❤️47❤️

10.1K 533 5
                                    

Aku intai farish yang baru keluar dari bilik air dengan bertuala sahaja. Sempat dia jeling aku. Cehhh! Marah lagi la kononnya. Dah aku memang tengah bendera merah masa ni, nak buat macam mana? Cemberut je mukanya bila aku tolak untuk bersama dengan dia malam tadi. Tapi, kelakar pun ada. Tak sangka, mengada ngada juga suami aku ni. Tidur nak berpeluk peluk.

"apa senyum senyum?" katanya padaku dengan nada merajuknya. Lagi la terhambur tawaku.

Aku bangun lalu peluk dia dari belakang.

"thank you, biy. Sebab terima sayang jadi isteri biy.." kataku.

"hmm.." itu sahaja balasnya. Sibuk membetulkan rambutnya didepan cermin ataupun sengaja sebab masih merajuk dengan aku.

"jangan la merajuk.." kataku.

"hmmm.. Bila nak pindah?" soalnya tiba tiba. Dia pusing, pandang aku bersandar pada almari meja solekku.

"pindah mana?" soalku semula.

"pindah rumah biy la. Takkan sayang nak duduk rumah sewa sayang tu pulak?" soalnya.

"ehh.. Apa salahnya. Lagipun, dekat dengan hospital. Senang nak pergi kerja" kataku. Sengaja mahu mengenakannya.

"hmm.. Yelah.. Memang sayang kahwin dengan hospital pun. Bukan kahwin dengan biy. Apalah nasib biy ni.. Isteri biy tak sayang biy, dia sayang hospital lebih dari sayang biy" rajuknya. Mashaallah.. Dia ni memang boleh menang award merajuk gaya perempuan lah! Aku pun tak pernah merajuk macam tu dengan dia! Aku tarik telinga di perlahan. Geram! Dia mengaduh kesakitan.

"sakit lah sayang!"

"haaa.. Tu dia.. Geram aih.. Dok merajuk pasaipa.. Mana ada orang kahwin, tak sayang laki" kataku. Sengaja aku guna loghat kedah ku. Dia pula dah sengih sengih.

"eh? Sayang orang kedah? Tak pernah dengar pun sayang cakap kedah." katanya sambil tersengih. Aku duduk dibirai katil. Dia pun duduk disebelahku. Mana tah hilang rajuknya tadi.

"habis tu? Takkan orang thailand pulak?" kataku.

"mana tahu.. Sawadikhapppp...kap khun kapppp..." mula dah dia dengan loya buruk nya.

"eh kejap. Sayang pelik lah" kataku. Kembali serius. Begitu juga dengan dia. Serius memandang aku.

"kenapa?" soalnya.

"biy ada something yang biy sorok pada sayang kan?" soalku.

"sorok apa?" soalnya semula.

"biy cakap betul betul.. Macam mana biy boleh dapat cuti sebulan? Takkan lah cuti kahwin sebulan!" kataku. Dah lama aku nak tanya, tapi tak sempat. Sekarang ni, alang alang ada depan mata dia boleh la aku tanya.

"kenapa? Tak boleh ke cuti sebulan kalau kahwin?" soalnya.

"mana boleh, ingat hospital tu biy punya ke?" kataku.

Dia senyap. Seperti memikirkan sesuatu.

"biy sorok apa dari sayang?" soalku lagi. Aku dapat hidu sesuatu yang tak kena sebenarnya. Dia pun kadang kadang termenung bila bersendirian. Tapi, bila nampak je aku terus dia pura pura ceria. Bukannya aku tak perasan! Dia pelik sejak dua menjak ni. Mungkin ada masalah, tapi dia taknak cerita padaku.

"sebenarnya.. Biy kena gantung kerja dua bulan.." katanya seraya menghela nafas perlahan. Bulat mata ku dengar.

"kenapa pulak?" soalku terkejut.

"pasal patient yang biy buat prosedur catheter exchange tu lah. Lepas je habis dialysis, dia collapse" katanya.

"hantar icu?" soalku. Dia geleng.

"nope.. Tak sempat, dia pass away kat situ jugak.."

"cause of death?" aku soal lagi, ingin tahu.

"staff dialysis tu cuai, catheter baru yang biy dah exchange tu tercabut masa dia tengah disconnect tubing. To much Blood loss. Then, collapse lah. Sempat CPR 15min je. Tak sempat topup darah pun. So, Nephro salahkan biy lah. Dorang cakap biy tak secure betul betul sebab tu catheter tu mudah dislodge. Esoknya biy kena panggil dengan dr yew. Dr yew okey je sebab dia tahu MO & HO dia yang salah sebab tak review patient. Tapi dr wan still salahkan biy sebab biy buat keputusan melulu. Dr luqman masuk campur, then kena hukum lah. " terangnya. Aku angguk perlahan. Baru aku tahu. Dah aku agak, dia sorok sesuatu dari pengetahuanku. Hmm.. Dia cuma nak selamatkan keadaan tapi, nasib tak baik.. Lagipun aku rasa, farish suture catheter tu dengan baik kot! Aku rasa, staff tu yang cuai. Tarik kuat sangat sampai tercabut. Dah tu, salahkan farish pulak. Yelah, diorang mesti takut sebab diorang tak review pun patient tu.

" Dia tak tahu kot majlis kita nak dekat. Kalau dia tahu, dia mesti bagi biy kerja straight dua bulan. Bukan cuti dua bulan." kata farish lagi. Kali ni lain suaranya. Ceria berbanding tadi.

"iyelah tu!" kataku. Orang tak suka didenda, tapi dia suka pulak. Yelah! Dapat cuti kahwin dua bulan.. Siapa taknak. "selain tu? Kena denda apa lagi?" soalku. Tapi, sejujurnya aku kasihan dengan dia. Aku tahu dia nak bekerja tapi tak boleh. Yelah, dia kan workaholic.

"hmm.. Proses kenaikan pangkat ditangguh. Setahun. Lepas tu elaun kena potong sebulan. Alah. Small matter je semua tu" katanya. Aku jeling dia yang sedang tersengih. Small matter dia kata? Geram pulak aku. Ingat aku tak tahu dalam hati dia tengah bergolak?

"sayang, jangan lah serius sangat. Bukan first time jadi macam ni kat biy.. Ini lah risiko kerja dalam bidang emergency. 100% salah tu atas bahu kita. Kita betul ke kita salah ke, kena jugak bersedia atas apa apa yang terjadi. Kalau okey, alhamdulillah.. Kalau KO, terima jelah. Tapi, yang penting usaha jelah untuk treat patients sebaik mungkin. So, kita macam biasa je la. Act cool like?"

"farish" jawabku. Hmmm.. Boring dah aku dengar pepatah dia tu. Sebelum kahwin selalu aku dengar. Dah kahwin ni mungkin setiap jam aku kene dengar. Haih.. Sukahati dia lah.. Asal kan dia tak sedih.

"good girl" pujinya padaku.

Suasana jadi senyap seketika. Aku pandang dia. Dia pula tersenyum padaku. Naik segan aku dibuatnya bila dia tenung aku macam tu. Kemudian, dia membetulkan sedikit rambut ku yang terjuntai di depan menutupi dahi.  sengaja aku lepaskan rambut ku tak berikat jika selepas membasuh rambut.

"lawa rambut sayang. Pandai sayang jaga" katanya sambil membelai belai rambutku. Ah sudah! Aku telan liur bila suaranya gemersik ditelingaku.

"kan?" aku buat biasa. Kalau dia tahu aku gelabah, lagi kuat la dia sakat aku nanti. Huhu.. Hang buat biasa jelaaa aina oiii!

"hmm.. Tulah.. Kalau ikat ni, Macam ekor kuda pun ada biy tengok" katanya lalu ketawa suka.

"heee.. Dah lah malas cakap dengan biy." aku bangun. Dia macam biasa lah, kalau takde loyar buruk tu bukan farish lah maksudnya.

"eh nak pergi mana?" soalnya sambil menarik lenganku.

"keluar. Nak tolong apa apa yang patut" kataku. Takkan lah aku nak terperap je dalam bilik. Nanti apa orang cakap pulak.

"eh nanti lah dulu, kan dah janji dengan biy?"

"janji apa?" soalku.

Dia pula dah muncung muncungkan bibir.

"apa tu?" soalku. Pura pura tak faham. "tikus mondok ke?" kataku lalu keluar.

"eyyyy sayang ni.. Siap lah nanti.. Main mainkan biy eh?" gumamnya namun dapatku dengari. Aku hanya ketawa. Dia pun membuntuti aku keluar dari bilik. Berbual dengan sepupu serta pakcik ku yang belum pulang lagi.

Heart BeatWhere stories live. Discover now