Bab 18

19.9K 804 25
                                    

Bunyi pinggan berlaga sesama sendiri membuatkan kerutan di dahi keluarga besar mafia itu bertambah. Tangan si gadis bertudung litup itu menggigil menyebabkan pinggan yang berada di dalam gengaman nya berbunyi. Sumber bunyi yang dihasilkan oleh si gadis bertudung litup itu menjadi perhatian.

"Hani kau tak makan ke tadi ??"Tanya Naufal memecahkan kesunyian di meja makan itu.

Si gadis bertudung litup a.k.a Hani menggeleng kepala sebagai jawapan. Pinggan yang berada pada kedua belah tangan nya di susun cantik di atas meja berhadapan Ayumi.

Ya mereka sekarang ni dalam proses makan malam. Namun terhenti ketika Hani membuat bunyi pelik seakan takut akan sesuatu.

Dalam diam Ayumi simpan gelak. Terhibur melihat telatah Hani yang seakan takut akan dirinya.

"Habis??" Tanya Naufal lagi. Tangannya berkerja mengambil lauk pauk yang di masak oleh Hani pembantu rumah keluarga besar mafia itu.

"Err...si..siapa perempuan cantik sebelah Tuan Faris tu ye??" Tanya Hani penuh sopan. Dia juga inginkan kepastian ketika melihat wajah yang agak familiar di hadapan nya sekarang ini.

"Oh...dia ni Puan besar rumah ni mulai sekarang panggil dia Puan Ayumi.."Jawap Naufal. Sememangnya Naufal adalah seorang yang ramah.

"Tak perlu panggil Puan panggil je Ayumi...Awak ni siapa pula ??" Tanya Ayumi sekadar ingin beramah mesra dengan penghuni rumah agam milik Faris ini.

Terbutang mata Hani ketika mendengar pengakuan Ayumi itu. Senyuman kelat di paparkan nya.

"Oh saya Hani..Hani Zulaika..err.. Ayumi sila lah makan saya pergi dapur dulu ya.." Badan ditundukkan 90° tanda hormat sebelum pergi dari situ.

"Dah Hafiz baca doa makan.."Arah suaru suara garau berdekatan Ayumi.

Hafiz akur.

                             ****

Prakk..!!

"Siapa sebenarnya awak??...kenapa ??Kenapa awak bunuh orang..??" Pasu yang berharga ratusan ringgit di baling oleh Arissa ke arah seorang lelaki yang perlahan lahan menjadi sumber ketakutan nya.

Sejak majlis perkahwinan Ayumi dan Faris lagi Arissa telah mengurung diri mengelak dari bertembung dengan lelaki itu.

Sejak majlis perkahwinan Ayumi dan Faris jugalah dia menetap di rumah lelaki itu.

Ya. Lelaki itu adalah Zul. Lelaki yang telah dirawat nya dan juga telah membawanya keluar dari kampung halaman.

Pasu yang di balingnya pecah berderai. Tidak cukup dengan itu barang perhiasan rumah juga di baling nya. Syukur saja Zul pantas  mengelak tidak lah dia lebam nanti.

"Rissa tenang boleh tak..aku nak jelaskan pun susah kalau kau asyik baling barang tu.." Pujuk Zul lembut. Perlahan lahan dia menapak menghampiri Arissa yang seakan kena masuk itu.

"Awak bunuh orang...Awak pembunuh..Hiks..Hiks..Awak bunuh.." Dengan mata kepalanya dia melihat sendiri Zul telah menembak seseorang yang hampir membunuh pasangan yang baru berkahwin tempoh hari.

"Shhh...sudah kalau aku tak bunuh dia..dia akan bunuh pengantin tu. Kau nak ke tengok pengantin yang baru kahwin tu mati..hmm..??" Tubuh yang menggigil itu di dakapnya erat selepas barang yang ingin di baling oleh Arissa di letakkan semula pada tempat asal nya.

Perlahan lahan tubuh menggigil itu berhenti menggigil.

"Tapi ..."

"Shh..Aku cuma nak pengantin tu selamat je tak dendam pun dekat orang yang aku bunuh tu..faham"Perlahan lahan dengkuran halus kedengaran di dalam dakapan Zul.

Nafas lega kedengaran pula pada mulut Zul.

Seketika matanya meneliti segenap wajah putih Arissa. Ibu jari nya naik mengelap lembut air mata yang mengalir dari turbin mata Arissa.

Ya. Selepas sahaja kejadian serangan di hari perkahwinan Ayumi dan Faris, Arissa terus sahaja berubah. Takut akan sisi lain diri Zul. Membuatkan Zul mati akal untuk memujuk Arissa supaya tidak berfikir negetif tentang dirinya.

"Haish...bila Aku nak terangkan dekat dia pasal diri aku..?? Susahnya..Aku perlu jadikan di isteri aku cepat sebelum perkara lain pula yang jadi" Desis hati Zul.

Badan Arissa di angkat nya gaya bridal stail.     

                            ****

Satu hentakan kuat membuatkan markas mafia itu sunyi sepi. Badan seorang lelaki dengan berlumuran darah di pandangan sinis oleh DIA. Nyawa lelaki itu seakan berada di tangan dia sahaja.

Para pengikut DIA hanya diam menikus. Takut akan baran boss mereka itu agak nya.

"Aku dah cakap kan bunuh Faris yang kau tembak Bini dia kenapa!!..Bini dia tu berharga tau tak.." Tengking DIA kepada lelaki yang berlumuran darah itu.

"Bini tu akan jadi sumber duit kita..Kau tau tak..dasar Tak guna.."  Pistol berwarna hitam di keluarkan dan disasarkan pada kepala lelaki berlumuran darah itu.

"Aku dah tak perlukan kau lagi.."

BANG..

Darah yang memercik di seluruh kawasan bilik DIA masih belum meredakan baran nya kini begitu juga penghawa dingin yang terpasang berhampiran dengan kedudukan nya.

Bukan darah lelaki yang mati itu DIA mahukan tetapi darah Faris. Darah segar milik Faris. Darah yang telah lama menjadi idaman nya.

"Buang mayat tu kemas tempat aku.." Arah DIA dingin. 

Otak mula merancang pelbagai jenis cubaan membunuh khas untuk Faris. Namun satu pun tidak dapat di pakai. Kaki di bawa menapak ke arah kerusi empuknya.

"Marah benar kau..Aku ada cadangan macam mana nak bunuh Faris dan bini dia milik kau.." Hasut satu suara pada suatu sudut biliknya. Kasut hitam yang berjenama jelas semakin mendekati DIA.

"Maksud kau??"

"Aku boleh hapuskan Faris kalau kau nak." Riak sungguh nada suara yang menuturkan itu.

"Boleh percaya ke kau ni??" Ragu ragu sahaja DIA untuk menerima bantu lelaki di hadapan meja nya kini.

"Kau boleh berharap dengan aku.."

#######

Tepok tepok....Ifa kembali lagi ...Pt3 baru tadi Ifa habis jawap. Alhamdulillah dapat jawap semua pendidikan islam tadi dengan KHB

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now