Bab 71

22.7K 836 115
                                    

Suara nyaring Ayumi jelas kedengaran di setiap lorong yang berdekatan dewan bersalin itu tetapi tidak pula membangunkan Tengku Syed Rayyan Iskandar yang berada di dalam dukungan Faris. Bayi lelaki yang baru sahaja kehilangan ibu dan ayah dalam pada masa yang sama  itu terlihat begitu selesa di dalam pelukan hangat Walit nya.

Nama yang begitu sempurna bagi seorang bakal abang kepada anak anak Faris kelak.

"Faris macam mana?" Tanya Sya yang baru sahaja datang bersama suaminya Naufal.

Faris mengeluh.

"Ayumi masih di dalam dewan bedah"

Jawapan Faris membuatkan keluarga besar Mafia itu merenung pintu dewan bersalin itu.

"Doa banyak banyak bro" Pesan Hafiz pula yang telah lama berada di sana bersama isterinya yang telah mengandung 7 bulan itu.

Faris menganguk faham. Dahi kecil Iskandar di kucup sayang. Jelas wajah Iskandar itu lebih mengikut arwah Sabrina hanya warna rambut serta matanya sahaja yang berlainan.

"Yow, Abang Faris amacam?" Tanya Aryan yang baru sampai bersama nafas yang tidak teratur.

"Belum ada perkembangan. Korang pula arwah Sabrina tu dah di kebumikan?" Kata Faris tanpa nada.

"Alhamdulillah selamat di kebumikan dengan suami dia." Jawap Hisyam pula yang datang bersama sama Aryan tadi.

Faris menganguk.

KALK..

Pintu dewan bersalin yang di  buka menarik perhatian mereka semua.

"Abang Faris. Kalau Laura cakap ni abang jangan sedih tau.." Sayu suara Laura membuka bicara begitu juga riak wajahnya.

Wajah Faris berubah 100%.

"Kenapa dengan isteri aku?!" Nada suara Faris berubah dingin .

Tengku Afiq dan isterinya Affina serta bayi perempuan mereka yang dari tadi berdiam diri membuka bicara.

"Sabar Faris. Kita dengar apa yang Laura nak bagi tahu" Terguris Tengku Afiq. Belakang badan adik iparnya itu.

"Awak boleh teruskan tak? Apa jadi dekat Ayumi?" Celah Iqbal yang baru sahaja sampai di hadapan dewan bersalin.

"Laura nak abang Faris saja masuk ke dalam dewan bersalin tu. Biar dia sendiri tahu." Kata Laura serius.

Faris menganguk. Dia melangkah masuk ke dalam dewan bersalin itu bersama Iskandar kecil di dukungan.

****

Masuk sahaja dia di dalam dewan bersalin itu. Melopong mulut Faris melihat Ayumi bersama 3 orang bayi kecil, elok tertidur di dalam dakapan Ayumi.

Beberapa jururawat yang bertugas keluar untuk memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu.

"Abang kita dapat triple" Suara Ayumi perlahan sahaja memberitahu berita gembira itu.

Mengalir air mata jantan Faris melihat anak anak kembarnya itu.

"2 Lelaki 1 perempuan abang!" Ujar Ayumi teruja walaupun masih dalam keadaan lemah.

Badan kecil Ayumi itu lantas sahaja di dakap erat oleh Faris. Ubun ubun kepala Ayumi di kucup sayang.

"Terima kasih ayang"

****

Wad VIP yang menempatkan Ayumi bersama anak anak nya jelas kelihatan meriah. Lebih lebih lagi kehadiran 4 orang bayi comel anak kepada pasangan ketua Mafia itu.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now