BAB 40 KEPERGIAN YG TERSAYANG

17.9K 761 24
                                    

Badan Ayumi didakap dari belakang oleh Faris. Cuaca pagi yang indah tanpa ada yang mengganggu dan sedikit mendung.

Taman bunga yang baru sahaja di buat beberapa hari lalu kini di basahi oleh hujan air yang renyai - renyai.

Ayumi tersentak. Pantas dia menoleh ke kanan. Wajah putih Faris membuat dia kembali tersenyum. Malam tadi dia baru sahaja mendapat khabar baru mengenai kematian pewaris kedua COBRA selepas Joy iaitu Faizal.

"Kenapa?" Tanya Ayumi ketika di tarik lembut masuk ke dalam rumah agam besar milik Faris.

"Buatkan aku nasi lemak kampung.." Pinta Faris lembut.

Ayumi tersenyum melihat kerenah suaminya itu sebelum mengangguk perlahan.

Pasangan suami itu pun sama sama masuk ke dalam dapur. Hari ini Hani di beri cuti jadi tiada siapa yang akan memasakkan penghuni rumah agam itu selain Ayumi yang pandai memasak. Jangan cakap akak Mafia ni tak reti masak.

Faris duduk di atas kerusi yang di sediakan di dapur itu.

****

Hisyam merenung lama papan putih yang menulis segala formula mengenai matematik. Mencuba memahami. Aryan di sebelah telah pun siap kerja yang telah di beri oleh guru matematik mereka.

Kemudian matanya di kalih kan pada Aryan yang sedang termenung jauh merenung ke luar tingkap kelas mereka.

"Kenapa kau termenung?" Tanya Hisyam.

"Aku rasa tak sedap hati lah hari ni" Kata Aryan jujur. Wajahnya diraup perlahan.

"Kau stress sangat ni"

"Bukan lah. Rasa ada yang bakal meninggalkan aku." Kata Aryan sebak.

Hisyam mengusap belakang kawannya perlahan.

"Aku ada jangan risau kalau ada yang bakal meninggalkan kau. Aku masih ada. Kita Kawan kan." Kata Hisyam memberi semangat kepada sahabat nya.

"Jap. Luka dekat pipi kanan kau tu kenapa?" Tanya Hisyam sambil mencuba menyentuh luka yang berada di pipi kanan Aryan.

Laju sahaja tangan Aryan menepis tangan Hisyam agar tidak menyentuh lukanya yang masih merah itu.

"Jangan sentuh. Aku terkena ranting tajam hari tu.." Nafi Aryan pantas.

Hisyam tersenyum sinis mendengar Aryan menafikan mengenai lukanya.

"Kau berlatih dengan abang Faris then
dapat luka tu kan?" Teka Hisyam tepat pada sasaran.

Aryan tersengih sebagai jawapan.

Hisyam menggeleng kepala perlahan.

"Bagi pengetahuan kau, 99.9% murid dekat sini adalah anak buah kak Yumi. Selebihnya orang luar atau anak mafia yang bekerjasama dengan kak Yumi. Jadi rahsia kau selamat dekat kelas sini sebab semua dalam kelas kita adalah yang terlatih." Terang Hisyam panjang lebar.

Aryan mengerutkan dahinya.

"Maksudnya, kelas kita ni kelas pembunuh lah?" Tanya Aryan teruja.

Hisyam menggeleng kepala perlahan. Menidakkan apa yang difikirkan oleh Aryan.

"Dorang memang anak buah kak Yumi tapi tak di ajar membunuh selagi belum berumur 20 tahun. Kecuali aku dan yang terpilih.." Terang Hisyam lagi.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now