Bab 23

19.2K 810 36
                                    

"Awak saya pergi pejabat dulu lah...nanti balik sini lagi Assalamualaikum.."Pamit Ayumi selepas waktu makan tenga hari tamat.

"Tak menyusahkan ke ulang alik??"Tanya Faris risau.

Ayumi tayang dia punya sengih sehingga menampakkan gigi yang tersusun rapi.

"Syarikat saya sebelah tu je.."Jawap Ayumi. Jari telunjuk dia tunding ke arah kiri Faris yang ditutupi kaca gelap.

"Ouh..tak tahu pula.."Matanya menatap sebuah bangunan yang tersergam indah di sebelah kiri nya.

"Hati hati.."Pesan Faris. Sempat dia mendaratkan satu kucup singkat di bibir Ayumi.

Ayumi senyum. Nasib tak de orang kat dalam semua dah pergi kalau tak. Malu dia.

Tangan Faris di kucup sayang sebelum beredar.

Keluar sahaja dari pejabat Faris ketiga anak buah nya telah siap menunggu. Siap buat barisan secara melintang lagi tu.

"Bos kitaorang siap menerima arahan bos. " Kata Raikal bersemangat.

Ayumi angguk saja sebelum masuk ke dalam lif tadi. Hafiz dan Naufal jangan tanya ke mana dia pun tak tahu.

Di dalam lif Khairul memberikan Ayumi tab untuk Ayumi melihat perkembangan syarikat dia seminggu ini.

"Pasal perempuan tu tadi korang tangkap dia malam ni aku nak kerat mulut lancang dia tu.."Arah Ayumi dengan senyuman sinis.

Ramai minta dia matikan.Getus Ayumi dalam hati.

"Siap. Tapi untuk apa.."Tanya Haikal blur.

"Untuk makanan Neko aku lah ..."Jawap Ayumi selamba sambil melangkah keluar dari lif ketika telah sampai ke tingkat bawah.

"Teko tu natang apa pula.??"Tanya Raikal pula.

"Neko bengap.."Marah Ayumi, mata dia menjeling tajam Raikal.

"Neko serigala peliharaan Bos pandai.."Bisik Khairul di kedua telinga kembar itu.

Kini kedua kembar itu mengangguk faham.

                             ****

Raziq merenung Syaza yang sedang termenung berhampiran kolam renang membuatkan dia mengerutkan dahi .

"Kenapa duduk luar dah malam ni ..masuk dalam.."Arah Raziq tegas.

Syaza tersentak. Mengalir air mata gadis itu membuatkan Raziq pelik.

"Kenapa awak nangis..?"Tanya Raziq sambil melabuhkan punggung berdekatan dengan Syaza

"Mana ada..ss saya nangis.."Jawap Syaza kepala dia di toleh ke tempat lain takut bertentang mata dengan lelaki di hadapan dia sekarang ini.

Dagu di pegangan lembut oleh Raziq kemudian dia bawa menghadap diri nya. Air mata yang mengalir tadi di sekat nya lembut.

"Awak rindu family awak eh.."Teka Raziq.

Perlahan lahan kepala Syaza mengangguk kemudian kembali menangis. Teresak esak.

Badan gadis itu di peluk dari sisi.

"Nanti saya bawa awak jumpa dorang ya.."Pujuk Raziq lembut.

"Dorang dah tak da ..dorang di bunuh dengan lelaki tempoh hari tu.."Kata Syaza sambil teresak esak.

Raziq tergamam.

"Shh..Don't cry please..you make me feel hurt same.."Kata Raziq lembut.

Perlahan Syaza terdiam kemudian terlena di dakapan Raziq.Raziq tarik senyum manis dalam diam.

Tanpa mereka berdua ketahui ada yang sedang memerhati tindak tanduk mereka berdua. Orang itu tersenyum. Gembira anak terunanya bakal bertemu jodoh.

                               ****

" Tangkap gadis ni kalau nak bagi  shadow merana..dia harta berharga bagi shadow" Kata suara garau itu. Di tangan nya terselit sekeping gambar seorang gadis sedang tersenyum manis.

"Baik boss.."

Kau bakal merana shadow..hahaha.

Gelak jahat lelaki itu kedengaran di seluruh pelusuk bilik. Membawa suasana seram.

                              ****

"Abang Afiq buat apa tu..kita keluar jum...bosan lah duduk rumah aja.."Adu Affina kepada Afiq yang sedang menatap handphone.

Afiq pandang Affina lama kemudian mengangguk setuju.

"Kau nak pergi mana.??"Tanya Afiq sambil tangan nya mencapai kunci kereta dan dompet.

"Dekat taman lah...nak tenangkan fikiran.."

Kereta berjenama Audi membelah jalan raya menuju tama rekreasi berdekatan.

Sesampai mereka di sana Affina tersenyum lebar. Pantas dia keluar dari kereta dan berlari laju mengelilingi taman tersebut. Afiq yang melihat itu hanya menggeleng kepala. Sifat budak budak tu tak penah tak mengusik tangkal hati nya.

Tetapi di kawasan taman yang gelap itu memudahkan seseorang mengambil kesempatan. Tanpa Affina sedari ada yang mengekori diri nya.

Belakang kepala Affina yang di tutup tudung di pukul kuat menggunakan batang kayu sehingga Affina rebah tidak sedarkan diri. Lalu badan Affina di bawa masuk ke dalam van yang membawa seseorang yang telah memukul Affina tadi.

Lama Afiq menunggu kehadiran gadis kesayangan dia itu namun hampa. Lantas dia mencari gadis itu sehingga jam menunjukkan 10 malam. Hati nya resah. Untung sahaja ibu Affina kini berada di luar negara bersama mama nya. Kalau tidak pasti keadaan menjadi semakin keruh.

Bukan bermaksud mereka tinggal berdua sahaja di rumah agam itu ada juga beberapa orang pembantu perempuan di rumah nya dan Aqif.

Handphone di keluarkan nombor Affandi di dail nya. Kemudian rumah adik ipar nya menjadi arah tujuan utama.

Kereta Audi berwarna merah memecut laju membelah jalan.

                               ****
Sesampai di rumah agam Faris dengan salam Assalamualaikum Afiq melangkah masuk ke dalam dengan wajah kusut.

"Waalaikumsalam..kenapa datang malam malam ni "Tanya Faris, dia menjemput Afiq duduk di sofia yang telah di sediakan di ruang tamu.

"Affina ada datang sini ke atau Ayumi ada bawa dia datang sini.."Laju sahaja dia menuturkan soalan yang membuat kan dia resah.

"Tak de pula Yumi bawa Affina long..kenapa Tanya.."Jawap Ayumi bersama dulang yang berisi minuman yang di bancuh nya.

"Fina hilang.."

Tangan Ayumi menggeletar menggenggam penumbuk. Dulang tadi telah dia letakkan di atas meja rendah khas untuk tetamu.

"Macam mana boleh hilang..??" Tanya Ayumi dingin.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now