Bab 58 PERJUMPAAN MAFIA

18.2K 859 59
                                    

Faris menatap lama wajah Ayumi, suasana sunyi di malam hari berlatarkan bilik mereka mengundang suatu suasana dingin. Pinggang wanita di hadapannya di rangkul erat. Wajah memerah Ayumi membuatkan dia tergelak kecil.

"Aku ada hal malam ni tak boleh teman kau tidur..." Sengaja Faris menggantungkan ayat dia membuatkan riak wajah Ayumi berkerut.

"Jadi jangan rumah ni elok elok dengan Sya okey?"

Ayumi tersenyum manis.

'Rasanya Hani je yang jaga rumah ni nanti'

"Awak nak ke mana?" Tanya Ayumi bersama raut wajah risau.

"Aku ada keja dekat pejabat belum siap tadi. Jadi aku nak buat lah ni. Sayang kau." Ujar Faris. Bibir isterinya di kucup lembut. Ayumi terpana.

"I Love You"

Bisik Faris tepat di telinga Ayumi lalu merungkaikan pelukan pada pinggang isterinya.

"I Love You Too" Jawap Ayumi bersama kepala yang di tundukkan.

Faris mengambil jaket kulit berwarna hitam yang berada di dalam almari bersama dengan pistol yang tersembunyi di dalam almari tersebut.

Ayumi pula hanya memerhati sahaja perbuatan tidak kelihatan Faris itu kerana tidak mahu suaminya berasa kurang selesa apabila berhadapan dengannya nanti.

"Aku pergi dulu" Pamit Faris lalu beredar dari dalam bilik tersebut sempat juga Ayumi bersalaman dengan suami dia sebelum beredar tadi.

'Tunggu orang terakhir gerak'

****

Sya mengerutkan dahinya melihat Naufal bersiap siap ingin pergi ke suatu tempat.

"Awak nak ke mana?" Tanya Sya apabila suaminya melangkah ke arah dia bersama senyuman nipis.

Rambut Sya yang sedia berwarna hitam itu di usap sayang lalu turun ke pipi gebu Sya dan akhir sekali dagu isterinya yang di angkat lembut.

Sya telan air liur kelat apabila matanya berlaga dengan Naufal. Dahi Sya di kucup sayang.

"Jaga rumah okey.." Bisik Naufal sebelum beredar selepas bersalaman dengan isterinya.

"Hati hati" Gumam Sya tanpa sedar.

****

Iqbal tersenyum lebar apabila kelibat sahabat serta sepupunya telah kelihatan menuruni tangga. Manakala Hanis dan juga Shawn hanya menjeling kedatangan boss mereka itu. Al maklumlah lama sangat.

"Jauh kau termenung Fiz" Tegur Faris apabila menyedari bahawa sahabat dia itu tidak banyak bersuara.

Hafiz yang duduk termenung itu tersentak lalu menoleh ke arah asal suara yang menegurnya.

"Kau rupanya. Sekarang dah boleh gerak kan?" Ujar Hafiz menutup gugup yang dirasai.

"Kau fikir pasal apa ni?" Tanya Iqbal pula.

"Tak fikir apa la. Cuma rasa macam ada sesuatu nanti.." Jawap Hafiz sambil menoleh ke arah tingkat atas.

Ayumi yang menyorok di balik tiang rumah tersenyum nipis.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now