Bab 57

16.5K 818 35
                                    

Ayumi menatap lama suaminya yang sedang bekerja di dalam pejabat. Memandangkan hari ini dia tiada kerja hari ini di pejabat di jadi dia mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama suaminya di pejabat suaminya.

"Awak tak lapar lagi ke?" Tanya Ayumi yang mendagu.

Faris tersenyum nipis.

"Kau bosan ke? Kalau bosan sini kejap" Arah Faris yang pada isterinya yang sedang duduk di salah satu sofa di dalam pejabat dia.

Ayumi akur.

Tanpa sempat di ramal pergerakan seterusnya Faris itu, lantas sahaja Ayumi selamat duduk di atas riba Faris manakala badannya di dakap dari arah belakang.

"Awak.." Wajah Ayumi secara automatik merona merah apabila hembusan nafas Faris menembusi tudungnya.

"Shhh.. Bagi aku peluang peluk isteri kesayangan aku ni."

Ayumi terdiam mendengar isi kata suami dia itu. Selang beberapa minit satu ketukan pada pintu pejabat Faris mengejutkan Ayumi.

"Awakk!!" Jerit Ayumi dalam nada kecil.

"Jangan lari. Masuk"

Orang yang mengetuk pintu pejabat Faris masuk bersama wajah serius. Dia adalah salah satu anak buah kepercayaan Faris.

"Naufal?"

Desis hati Ayumi.

"Kenapa?" Tanya Faris dingin.

"Ada surat untuk kau" Kata Naufal serius. Sekeping sampul surat bersama logo burung Phoenix jelas kelihatan di ruang retina mata Ayumi.

"Surat ni! Surat perjumpaan semua kumpulan. Wow hampir 10 tahun aku tak dapat surat ni. Last aku dapat sebelum arwah papa meninggal dunia. Siapa pula pengirim surat ni?"

Monolog Ayumi dalam hati.

"Siapa pengirim surat ni?" Tanya Faris seperti biasa. Dingin.

Naufal tersentak lalu kembali dengan riak wajah serius.

"Afiq"

Kini giliran Ayumi tersentak. Manakala Faris mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Tanya Faris.

"Kata dia tadi ada benda penting untuk di bincangkan malam esok." Terang Naufal tanpa sedikit nada bergurau seperti biasa.

Faris mengangguk faham.

"Kau boleh beredar sekarang."

Naufal menganguk lalu beredar dari situ.

"Awak surat dari siapa tu?" Tanya Ayumi manja.

"Adalah. Kau tak perlu tahu. Ni tak lama lagi malam kau balik dulu lah aku ada kerja banyak lagi ni." Arah Faris lembut. Sempat juga dia mencium pipi isterinya itu.

"Hmm.. Baik la.. Saya pergi dulu." Kata Ayumi bersama senyum manis. Tangan Faris dikucup lalu pipi suami dia itu.

Faris terpana. Ayumi yang berada di pintu selepas selamat melarikan diri dari sakan hangat dia di pandang lama.

"Dah pandai dia"

Ayumi hanya ketawa mendengar suara Faris yang seakan mengejek dia itu.

****

Ayumi melangkah masuk ke dalam markas dia bersama aura dingin. Ada sesuatu yang perlu dia pastikan.

"Rose petang tadi kita terima surat dari anak buah Afiq untuk berkumpul di tempat lama dulu" Kata Sofia yang baru sahaja menuruni anak tangga.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now