BAB 60

17.7K 758 31
                                    

Alisya berjalan mengelilingi kawasan tempat membeli belah itu seorang diri. Tanpa sesiapa sedari diri dia telah pun lama diperhatikan oleh seseorang.

Alisya tersenyum apabila barang yang di carinya telah di jumpai iaitu sehelai baju hoodie berwarna hitam. Si pemerhati tersenyum suka apabila senyuman Alisya itu terlakar di bibirnya.

Lalu si pemerhati mengatur langkah ke arah gadis tersebut.

"Kebetulan kita dapat berjumpa lagi Mia kan?" Kata Lutfi sambil menggosok tengkuknya.

Alisya terkejut apabila di tegur ketika membeli barang.

"Lutfi! Terkejut saya. Ya saya Mia" Sahut Alisya bersama senyuman yang melebar.

"So kalau saya ajak awak makan tengah hari nak tak?" Tanya Lutfi memulakan taktik memikat nya.

Alisya tersenyum manis.

"Boleh juga. Lagi pun saya  belum makan lagi dari pagi tadi" Jawap Alisya.

Lutfi tersenyum manis. Lalu dia mengatur menuju ke arah sebuah restoran di dalam pusat membeli belah itu.

"Kenapa awak pergi hospital hari tu?" Tanya Alisya hanya sekadar beramah mesra.

"Kawan saya sakit."

"Ooo.. Yang Irfan tu ea?" Tanya Alisya tanpa segaja.

Lutfi tersentak.

"Mana awak tahu?" Tanya Lutfi curiga.

"Hah.. Erk saya ada cakap apa apa tadi ke?" Tanya Alisya kalut.

Lutfi terdiam sebelum meneruskan perjalanan dia.

Macam mana dia tahu?

****

Sya memandang lama taman bunga yang berada di hadapannya. Berbagai persoalan berlegar legar di kepala.

Kenapa aku tak perasan selama ni?

Monolog Sya dalam hati.

Ayumi yang berada di kejauhan hanya tersenyum pahit melihat perubahan riak wajah sahabatnya itu selepas sahaja perjumpaan malam tadi.

Tidak tahu puncanya mengapa. Namun hati dia mengatakan bahawa ada  sesuatu yang terjadi malam tadi sehingga membuatkan Sya tidak senang duduk.

Ada benda yang aku terlepas ke semalam?

Desis hati Ayumi.

Ayumi menatap pula ke suatu arah di mana seseorang datang mendekati Sya yang seakan hilang roh tersebut. Dia tersenyum manis apabila seseorang itu datang memeluk Sya dari belakang. Ya. Itu adalah suami Sya. Naufal.

Sya tersentak apabila mendapat pelukan hangat suami dia itu.

"Hey kenapa jauh sangat sayang termenung hmm?" Tanya Naufal dalam nada berbisik.

"Erk.. Terfikir satu perkara je" Jawap Sya. Wajah dia memerah apabila Naufal mengucup pipi kanannya tanpa persetujuan dia.

"Fikir apa?"

"Bila kita nak dapat anak" Jawap Sya polos.

Naufal tersentak. Bibir dia automatik mengukir senyuman nakal.

"Itu kita kena usaha sayang." Jawap Naufal lalu mencempung tubuh badan kecil milik Sya.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now