Bab 55

16.9K 781 51
                                    

Danial menatap lama wajah kakakbya dari jauh. Jelas sahaja kakaknya itu sedang gembira berbual dengan Ayumi serta Laura.

"Jauh kau termenung" Sapa mesra Aryan sambil menepuk belakang kepala Danial.

Danial mendengus geram.

"Kau memang suka ganggu hidup aku kan?" Kata Danial dalam nada menahan geram. Penumbuk telah sedia di genggam bagi melepaskan geram.

"What? Aku nak kawan dengan kau saja." Ujar Aryan bersama riak wajah minta terajang.

Tanpa disangka Hisyam datang menyergah.

"BAHH" Sergah Hisyam.

"Opocot" Latah Aryan.

Danial menatap lama wajah Aryan yang merona merah secara mendadak, begitu juga Hisyam.

"Kau memang tak guna Hisyam. Kalau aku arwah tadi macam mana!"Tengking Aryan bersama jelingan maut.

" La, kira untung lah tu. Aku tolong galikan kubur kau. Betul kan Danial"Kata Hisyam selamba.

Danial hanya mengangguk setuju dengan riak wajah blur dia.

Aryan mendengus geram lalu beredar dari situ mencari ketenangan atau lebih kepada merajuk.

Hisyam menatap kawannya itu tanpa niat ingin memujuk. Kemudian matanya terarah pada Danial yang diam dari tadi.

"So kau umur berapa?" Tanya Hisyam sekadar beramah mesra.

"17.."

"Masih sekolah?"

"Dah berhenti empat bulan lepas.."

Hisyam mengangguk faham sambil mengetuk dagunya.

"Kau nak sekolah lagi tak? Memandangkan tahun ni kau SPM." Tanya Hisyam yang sedang mengambil tempat di atas sofa berhadapan dengan Danial. Memandangkan mereka sekarang ini berada di ruang tamu tingkat dua rumah agam Devil Rose yang sunyi selepas ketiadaan Aryan serta Ayumi dan yang lain.

" Aku nak lindungi kakak aku je. Lagi pun masa depan aku dah hancur sebab orang tua tak guna tu." Nada suara Danial yang dingin membuatkan Hisyam memahami perasaan lelaki itu.

"Tapi akak nak kamu sekolah. Berjaya. Jangan jadi macam akak ni" Sampuk suatu suara lembut di belakang Danial.

Danial tersentak. Lantas dia menoleh ke arah asal suara itu.

"Tapi kak.." Kata kata Danial terpotong apabila Ayumi bersuara pula.

"Saya akan tanggung semua yuran bayaran kemasukan kamu ke Sains High school." Kata Ayumi yang baru sahaja sampai di tingkat atas itu.

Danial tergamam mendengar nama suatu sekolah yang amat popular itu. Popular dengan kepintaran murid murid di sana.

"Tapi.."

"Hisyam daftarkan nama Danial hari ni dekat pengetua sekolah. Dia akan satu kelas dengan kamu dan Aryan." Arah Ayumi lalu beredar dari situ.

Danial terpana mendengar arahan Ayumi itu.

"Nampaknya kau akan bersekolah dengan kita orang.." Kata Hisyam sambil tersenyum manis.

"Tapi kak.. Danial " Danial sedaya upaya membantah keputusan Ayumi itu.

"Reda je lah woi.." Tegur Aryan yang baru muncul entah dari mana.

Danial dan Farah terkejut.

"Salam kau mana. Dah cukup pahala ke?" Tanya Hisyam sinis.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now