Bab 24

18.1K 816 28
                                    

Faris tersentak mendengar berita tersebut. Ayumi di sebelahnya di toleh sekilas. Jelas sekali Ayumi kini menahan rasa.

"Faris aku perlukan orang kau untuk bantu cari Fina.."Pinta Afiq. Sempat dia memberi iyarat mata pada Hafiz.

Faris mengangguk sahaja.

"Kita bincang kemudian Ayumi ada kat sini lagi.."Kata Faris dingin. Tangan isterinya di tarik lembut masuk ke dalam lif rumah nya.

Di dalam lif riak wajah Ayumi berubah polos.

"Aku perlu bantu along kau...kau duduk je  dekat rumah ni nanti aku balik.." Suara Faris jelas kedengaran memujuk.

"Pastikan awak pulang dengan selamat.."Ujar Ayumi perlahan. Tersangat perlahan mujur sahaja Faris dapat menangkap lagi bait bait kata yang di tuturkan Ayumin

"Jangan risau lah aku akan pulang dengan selamat.."

Ting

Pintu lif terbuka secara automatik. Tetapi Ayumi masih lagi tidak berganjak keluar dari situ.

"Hey kenapa ni.." Tanya Faris lembut. Dagu isteri di angkat lembut bagi memudahkan dia untuk merenung mata berwarna hijau itu lembut.

Badan tinggi lampai Faris pantas di dakap Ayumi erat tersangatlah erat. Air mata nya merembes keluar membasahi baju  Faris.

"Hiks..hiks...janji Awak pulang dengan hiks..selamat janji ya.."Kata Ayumi dalam tangisan. Dakapan Ayumi di balas Faris. Dahi isterinya itu di kucup lembut. Lama.

"Shhh...Jangan nangis lah tak comel dah isteri aku  ni nanti...Aku tolong along kau cari Fina je bukan pergi berperang okey.."Pujuk Faris lagi.

Ayumi mengangguk di dalam dakapan Faris. Pelukan Ayumi terlerai apabila tangisan nya reda sedikit walaupun bahu tu masih terhinjut hinjut.

Dia melangkah keluar dari lif tersebut dengan riak wajah muram. Walaupun Affina hanya adik angkat dia. Dia tetap sayang walaupun apa pun yang terjadi.

"Senyum lah sikit..Jangan buat aku risau .."Pinta Faris dalam nada bergurau. Ayumi patuh. Tapi yang jadi hanya lah senyuman nipis.

"Assalamualaikum..Aku pergi dulu ya.."Pintu lif tertutup secara perlahan lahan. Faris sempat melihat perubahan anak mata Ayumi membuatkan dia terkejut.

Aku berkhayal atau anak mata Ayumi tu memang berubah warna. Getus hati Faris.

Di tingkat atas pula anak mata Ayumi betul betul berubah merah. Aura sebagai seorang mafia jelas terasa di persekitaran berdekatan dengan nya. Hanif yang menjaga tingkat rumah itu hanya meneguk air liur kelat.

"Bagitahu Aqif dan Darwis aku nak dorang jumpa dekat depan rumah ni sekarang lepas Faris dan orang orang dia bertolak "Arah Rose dalam nada dingin.

Hanif akur.

                             ****

Di tingkat bawah pula kelihatan Hafiz sedang tekun melacak kedudukan Affina. Jari jemari dia menari nari di atas komputer riba dia.

"Dapat dah??"Tanya Afiq. Nada dia kedengaran risau.

"Sekejap lagi.."

"Kenapa kau nak Hafiz tolong cari kau punya tunang tu??" Tanya Naufal musykil.

"Anak buah aku cuti sakit kemalangan hari tu.."Jawap Afiq tenang.

Naufal mengangguk tanda faham. Kini semua orang fokus sahaja pada Hafiz.

"Belum jumpa lagi ke?"Tanya Faris dari kejauhan. Hafiz menggeleng.

                            ****

Di suatu sudut kawasan yang jauh dari rumah keluarga besar mafia itu. Tepatnya gudang lama jelas kelihatan beberapa orang lelaki sedang menarik kasar tubuh Affina.

Tanpa sesiapa sedari pin tudung berbentuk bunga ros milik Affina berkelip.

"Masukkan perempuan tu dalam bilik jangan bagi dia lepas kalau tak nyawa korang jadi penganti.."Arah si KETUA .

Anak buah nya hanya mengangguk. Tangan Affina di tarik kasar tanpa rasa belas kasihan langsung. Hinggakan pergelangan tangan dia berbekas.

"Lepaskan saya hiks..hiks..hiks..sakit.."Rayu Affina sayu.

"Jangan mimpi lah budak..kita tengok sejauh mana shadow tu sayang kau kalau dia tak jumpa kitaorang juga nanti...kau 'jumpa' kitaorang sorang sorang setiap malam nanti.." Gelak sinis orang bawahan si KETUA tadi membuatkan Affina menelan air liur kelat.

Air matanya tidak berhenti henti keluar . Takut situasi sekarang ini.

Kak Ayumi tolong Fina...Jerit Affina dalam hati.

                               ****

"Dapat..! Kawasan dia jauh kira kira 80 Kilometer dari sini.."Jerit Hafiz. Naufal , Faris dan Afiq berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk.

Ayumi dari tingkat atas hanya melihat melalui beranda tingkat tersebut kosong tanpa suara. Kemudian beredar dari situ.

Dia masuk melangkah ke dalam bilik dia dan Faris. Mask mulut di ambil dari dalam almari baju. Pistol berukiran unik dengan bunga rose hitam dan akar berduri di selitkan di pinggang.

Kemudian pintu yang bersambung dengan balkoni di tuju. Tanpa sesiapa sedari Rose turun perlahan lahan dari balkoni tersebut kerana jarak balkoni tersebut dan tanah agak tinggi.

Anak buah Faris yang berkawal langsung tidak menyedari kehadiran Rose.

Jalan belakang rumah Faris di susuli dia. Kereta BMW hitam jelas tersadai di sana. Siapa lagi orang yang memandu kalau bukan Darwis. Aqif yang duduk di sebelah set memandu jelas kelihatan sedang menahan sabar.

"Kau tahu kedudukan dia kan.."Tanya Rose dingin sebelum masuk ke dalam kereta . Darwis mengangguk sahaja.

Rose menghembus nafas lega. Lalu dia pun masuk ke dalam kereta yang di pandu Darwis. Mesti ramai yang tertanya adakah Darwis tahu identiti sebenar Rose bukan . Jawapan dia tidak. Darwis masih belum mengetahui dia kerana Rose ingin tahu sejauh mana kesetiaan dia terhadap Rose.

Di rumah agam milik Faris pula van hitam kumpulan Black Phoenix jelas sudah berlalu dari situ. Menuju ke lokasi yang telah di arahkan.

                              ****

Pintu bilik kurung Affina terbuka dari luar. Affina yang telah kehabisan tenaga untuk melawan mengendahkan siapa yang membuka pintu tersebut.

"Hey..kau Tak apa apa??"Tanya seorang remaja lelaki tinggi lampai berumur kira kira 17 tahun. Muda dari Affina.

"Awak ni siapa pula??"Soalan di balas soalan. Remaja lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Plastik makan yang berada di gengaman tangan  nya di letakkan di atas meja berhampiran Affina.

"Aku perisik Rose.." Jawap remaja tersebut dalam nada berbisik.

Affina tersentak. Dia teringatkan sesuatu ketika mendengar nama tersebut.

"Affina jangan beritahu orang lain tau pasal akak ni MAFIA.."Kata Ayumi ketika dia berumur 17 tahun dahulu.

"Akak MAFIA..wah Akak ni kira nya suka buli orang lah.."Tanya Affina teruja.

Ayumi menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bukan lah..Akak Tak buli orang akak selamatkan orang.."

Lamunan kenangan lalu menerjah ke dalam fikiran Affina membuatkan Affina terkejut.

"Aku ditugaskan untuk lindungi kau .." Tambah remaja lelaki itu lagi.

Affina hanya mengangguk sahaja.

######

Sejujurnya Ifa hampir lupa yang S.H.M.M ni pasal Mafia..hehehe..sorry ..

                               

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now