Bab 53

17.1K 785 22
                                    

Aryan menatap tajam wajah Hisyam begitu juga Hisyam. Memandangkan kini mereka di bilik latihan kumpulan Rose jadi tiada siapa kesah sekiranya mereka ingin beradu kekuatan. Namun yang menjadi penghalang pula ialah..

"Apa pandang pandang aku tahu kau ada hutang dengan aku bulan lepas. Bila nak bayar?" Tanya Hisyam sinis.

Aryan mengerutkan dahinya.

"Sejak bila pula aku ada hutang dekat kau?" Tanya Aryan pula.

"Eleh jangan buat buat lupa. Top up 30 bulan lepas yang kau minta aku belikan tu bila bayar?"Ujar Hisyam mengingati rakan dia yang seorang itu.

Aryan tergamam. Ya, dia baru mengingati hal itu. Dia mencebik bibir. Tangan kanan menyeluk poket bahagian belakang seluarnya.

" Eleh tu pun nak berkira ke? Kata sahabat dunia akhirat. Mana akhiratnya? "Cebik Aryan sambil mengeluarkan tiga keping wang bernilai RM 30 ringgit.

" Ahh tak de. Syurga, Akhirat kalau kau tak bayar hutang kena tanya nanti baru tahu. "Bidas Hisyam lalu merampas wang yang berada di tangan Aryan.

Aryan buat mimik muka geram.

" Buruk beno muka hang tu.. "Kata Hisyam pula sambil memasukkan duit ke dalam dompet dia.

" Biar lah kau kesah buat apa! " Bidas Aryan lalu tanpa amaran di meluruh ke arah Hisyam bersama penumbuk yang di sasarkan di bahagian perut. Hisyam tidak sempat mengelak lalu badannya berundur beberapa langkah kebelakangan.

"Hoi, dah gila ke main tumbuk tumbuk ni. Senak perut aku sial" Marah Hisyam pula, sempat dia mencarut kawannya itu.

"Kita kata nak lawan kan. Jangan berlengah lagi. Ke dah jadi pengecut?" Provok Aryan.

Hisyam maju ke hadapan bersama tendangan. Namun sayang sempat di elak Aryan.

Ayumi dan Sofia yang melihat kejadian itu hanya menggeleng kepala.

"Lama tak tengok Haikal dengan Raikal gaduh macam tu kan?" Sampuk Aqif bersama senyum nipis dia.

Ayumi tersenyum saja sebagai balasan begitu juga Sofia.

"Agak agak macam manalah dorang sekarang ni ye?" Tanya Aqif yang sedang melabuhkan punggung dia di atas kerusi yang di sediakan.

"Sekarang dia orang dalam proses penghantaran semua data kumpulan untuk dipindahkan ke dalam kumpulan kita." Jawap Ayumi sahaja.

Aqif mengangguk faham.

****

Harry melangkah ke dalam perkarangan rumah seorang lelaki yang berhutang dengan kumpulan Irfan. Wajah dingin dia jelas kelihatan. Manakala matanya menatap tajam pintu rumah di hadapan dia.

Di pendengaran dia jelas kedengaran suara seorang gadis sedang merayu bersama tangisan. Lalu muncul pula suara remaja lelaki seakan melindungi gadis itu.

Tanpa berlengah dia meneruskan perjalanan dia untuk mengutip hutang.

****

Di dalam rumah itu pula sedaya upaya Farah melindungi adiknya Danial yang telah pun di pukul oleh Ayah kandung mereka kerana wang.

Air mata Farah tidak henti henti mengalir apabila melihat keadaan adiknya yang seakan nyawa nyawa ikan itu. Tidak kurang juga pada badannya yang menerima beberapa kesan pukulan rotan dan tali pinggang.

"Ayah sudah lah tu. Farah dah cakapkan Farah dah tak ada duit ayah yang habiskan semua." Kata Farah cuba untuk memberanikan diri melawan ayahnya yang seakan lupa diri.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now