Bab 47

17.4K 1.2K 39
                                    

Suasana sepi di perkarangan rumah agam Faris membuat sesiapa sahaja yang ingin masuk terpaksa membatalkan niat mereka. Kerana suasananya begitu suram seakan tiada yang menghuni kediaman itu.

Manakala di dalam rumah agam itu tepatnya di dalam bilik master bilik yang menempatkan dua pasangan sejoli.

"Buat apa tu?" Tanya Faris lembut kepada si  isteri yang sebuk melipat pakaian mereka.

"Goreng pisang.." Jawap Ayumi selamba. Tangannya lincah sahaja melipat baju akibat geram di tanya soalan sebegitu.

Faris tersengih.

"Jangan lah merajuk tak comel lah lah.."Pujuk Faris lembut tangan isterinya di tarik lembut lalu di dudukan pada peha nya. Faris yang sedang duduk di atas tilam kekal tersengih apabila melihat perubahan wajah isterinya yang semakin keruh.

CUP

Tak semena mena bibir Ayumi di kucup lama. Membulat mata Ayumi akibat terkejut.

Faris melepaskan kucupan dia dengan sengihan nakal. Bulu roma Ayumi berdiri ketika terpandang sengihan nakal suaminya itu. Air liur di telan kelat.

"Kenapa ni?" Tanya Ayumi pura pura tidak mengerti maksud di sebaliknya.

Pinggang ramping Ayumi di peluk erat. Dagu milik Faris sengaja dia rehatkan pada bahu isterinya.

"Aku 'nak' kau boleh"

Suara bisikan itu halus sahaja masuk ke dalam corong telinga Ayumi.

Ayumi tersenyum malu. Melihat senyuman isteri seakan tanda mengizinkan Faris melakukan kerjanya.

****

Shawn menatap lama wajah adik kandung dia itu. Otak dia ligat memikirkan tentang adiknya  yang seakan menyimpan suatu rahsia besar.

"Kenapa tengok Syam macam tu?" Tanya Hisyam, terselit juga nada kekok kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dia yang sekarang telah memiliki keluarga. Satu satunya keluarga yang dia ada kerana ibu dan ayah nya telah tiada lagi di muka bumi kini.

" Aku tengok perlawanan kau hari tu dengan Hanif. Siapa ajar kau?" Tanya Shawn tanpa berkias.

Hisyam telan air liur kelat.

Terpaksa menipu. Maafkan Syam ye bang..

"Dari YouTube lah. Zaman kan dah canggih." Jawap Hisyam selamba bersama sengihan menjengkelkan.

Shawn mengangguk kepala perlahan tanpa mengesyaki apa apa pun.

Di tempat mereka berasa kini tersangat lah luas. Bilik yang di tempah khas untuk melatih Aryan. Shawn yang tidak ingin adiknya di lambat kebosanan menganjak dia ke tempat yang luas di kawasan yang terpencil dan tiada siapa tahu kecuali ahli Black Phoenix.

"Aryan hari ini kau berlatih dengan aku. Aku nak kau lawan adik. Hisyam buat yang terbaik.." Arah Shawn tegas. Hisyam membulatkan matanya tanda terkejut. Wajah sahabatnya di toleh sekilas.

"Aku lawan kau" Kata Aryan tak percaya. Kerana Ayumi pernah menceritakan tentang Hisyam yang di tugaskan menjadi perisik dalam sesebuah kumpulan mafia yang Ayumi anggap berbahaya. Kecekapan yang di miliki Hisyam membuat dia tergugat.

Hisyam yang melangkah perlahan ke hadapan, menjarakkan diri dengan Aryan sebanyak 5 meter.

Aryan merenung tajam wajah Hisyam menganggap dia sebagai musuh bukan kawan. Kuda kuda berlawan siap di pasang begitu juga Hisyam.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now