BAB 38 Gadis Misteri ii

17.8K 793 33
                                    

Rose menatap tajam gadis misteri di hadapan dia. Sekali lagi target nya di bunuh oleh gadis di hadapannya. Segala makian, carutan semua di luahkan di dalam hati.

Kedua tangan gadis misteri yang menggenggam erat pistol berkembar di jeling sekilas. Nafasnya turun naik menahan marah. Mayat seorang lelaki yang terkulai lemah tidak bernyawa di pandang tajam.

Pertama kali kerjanya di ganggu orang luar. Lebih lebih lagi pembunuh upahan yang kini melonjak naik nama nya.

"Siapa kau sebenarnya hah!?" Tengking Rose.

Senyap.

Sunyi.

Tiada sebarang balasan yang Rose terima.

Tanpa menunggu lama lagi dia mengarahkan semua anak buah nya dengan menggunakan isyarat tangan untuk menangkap gadis misteri di hadapan nya.

Anak buah Rose menyerang dari pelbagai arah gadis misteri itu. Namun dengan begitu mudah gadis misteri itu menepis di setiap serangan yang di tuju ke arah nya.

Anak buah Rose pula kebanyakannya juga cedera akibat serangan balas dari gadis misteri itu.

Rose mendecit. Lalu pistolnya di keluarkan dan di sasarkan pada bahu gadis misteri itu.

Namun nasib lebih menyebelahi si gadis misteri ketika dia mengambil keputusan untuk melompat turut dari gudang lama yang hanya berjumlah dua tingkat.

Rose berlari ke arah kawasan gadis misteri itu melompat tadi. Di menatap lama gadis misteri yang berlari bagai lipas kudung.

"King pasal pengacau misi kita aku bagi tugas ni dekat kau." Kata Ayumi melalui earphone di telinga.

"Aku okey je. Aku bawa Raziq boleh?"

"Boleh"

****

"Aryan dan Hisyam kau berdua ikut cikgu pulang ya" Arah Sofia yang sedang mengemas buku buku pelajar kelas 5 Berani.

Aryan mengerutkan dahi manakala Hisyam yang menguap jelas perubahan riak wajahnya.

"Kenapa aku mesti ikut kau?" Tanya Aryan dingin.

Murid murid 5 Berani mengendahkan perbualan guru dan rakan kelas itu kerana ingin pulang ke rumah dengan cepat.

Sofia tersenyum misteri.

"Cikgu dah janji nak tunjukkan kamu sesuatu bukan?" Kata Sofia lagi.

Hisyam tersenyum kelat. Seakan dapat menangkap apa yang telah di katakan oleh guru kelasnya itu.

"Hisyam bawakan barang barang akak pergi tempat parking guru.." Arah Sofia lembut.

Hisyam hanya mengangguk patuh. Aryan terpinga pinga mendengar Sofia yang mengelarkan dirinya sebagai kakak Hisyam. Kerana setahunya Hisyam tidak mempunyai kakak mahupun adik hanya abang sahaja yang telah dikatakan hilang bertahun tahun lamanya .

" Dah jom.. "Ajak Hisyam sambil mengambil ke semua barang barang Sofia itu.

Manakala Sofia telah lesap pergi ke bilik guru.

Aryan akur sahaja.

Sesampai mereka di tempat yang di arahkan. Kelihatan figura Sofia menghidupkan enjin kereta nya.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now