Bab 65

19.7K 856 57
                                    

Azrin yang keluar dari bilik tidur Ayumi dan Faris lantas sahaja di serbu oleh Ayumi. Riak wajahnya juga turut berubah mendung.

"Suami aku macam mana?" Tanya Ayumi. Nada suaranya antara dengar dan tidak dengar sahaja.

"Bagi dia berehat. Luka tusukan dekat bahagian perut dia tu agak dalam." Jawab Azrin tenang. Wajah satu persatu ahli keluarga mafia itu di tatap tanpa perasaan.

Hafiz dan Naufal yang baru sahaja sampai menghela nafas lega.

"Aku nak bercakap sikit dekat Ayumi kejap." Pinta Azrin. Hafiz dan Naufal mengangguk faham. Sofia dan Sya yang berdiam diri di tarik menjauh dari Ayumi dan Azrin itu.

"Kenapa?" Tanya Ayumi dingin. Pintu bilik tidur dia yang terbuka sedikit menampakkan keadaan Faris yang sedang lena bersama balutan kain kasa di badan.

"Dengan khabar angin, Kau mengandung. Sampai bila nak sembunyikan dari Faris? ." Tanya Azrin. Matanya juga menatap Faris yang sedang tidur.

Ayumi tersentak. Perutnya yang belum menampakkan bentuk di usap sayang.

"Ya. Aku mengandung anak Faris." Jawap Ayumi dalam nada sayu.

"Belum masanya lagi. Ramai musuh Faris yang tengah cari aku. Bila nanti dorang tahu aku mengandung, pasti anak ni jadi mangsa seterusnya." Sambung Ayumi. Kakinya di bawa melangkah ke dalam bilik tidur lalu menghampiri Faris.

Azrin mengeluh. Kadang kala ikut kepala otak boss dia itu boleh menyesal di buatnya.

" Oh ya. Mana Edy. Tak nampak pun. Kau tinggal dia sorang sorang dekat rumah ke.!"Laju sahaja tutur kata Ayumi apabila tidak menyedari kehadiran si cilik penerus Azrin.

" Ada kat rumah dengan bakal bini aku. "Jawap Azrin selamba.

Dia melangkah melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. Segala peralatan untuk mengubati luka Faris tadi di kemas semula ke dalam satu beg segi empat tepat.

Ayumi menatap Azrin lama.

'Otak dia ni betul ke tak? Bakal bini dia siapa? Ada ke yang nak?'

Desis hati Ayumi.

"Ada la orang yang nak aku. Aku kan hensem. Ramai berkenan nak wat menantu." Tutur Azrin riak.

Angkat bakul sendiri.

" Aku nak balik dah ni. Jangan lupa tau, Apa yang kau cakap tu bagi tahu dia. Dia ayah kepada anak kau." Ujar Azrin sebelum beredar.

Ayumi tersenyum kelat. Dia menatap lama wajah Faris yang sedang lena itu. Telapak tangan kanan Faris di genggam erat.

'Awak. Tak lama lagi awak akan jadi ayah.'

****

Irfan tersenyum sinis sebaik sahaja mendengar berita yang di sampaikan oleh anak buahnya.

'Faris cedera?'

"Peluang terbaik." Gumam Irfan.

"Korang culik perempuan ni" Arah Irfan sambil menunjukkan sekeping gambar perempuan sedang tersenyum manis.

"Baik boss" Sahut anak buah kepercayaan Irfan.

"You nak mulakan dah ke?" Tanya Syasya yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi.

"Yup"

Syasya tersenyum sinis.

****

Ayumi tersenyum gembira apabila pesanan makanan yang di pesan setengah jam tadi telah pun sampai.

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3] Where stories live. Discover now