- four

766 89 4
                                    

Seo Mira

Disebabkan hari ini merupakan hari sabtu jadi kami semua bercadang untuk berkumpul di ten oppa dance studio.

Kalau korang semua nak tahu, ten oppa ialah seorang penari yang amat terkenal di Daegu ini. Dia telah memenangi banyak pertandingan di Seoul dan Daegu.

Dia kenal kami kerana kami junior yang rapat dengannya dulu. jadi, dia juga sedikit sebanyak menolong kami dalam bab tarian .

Setelah 15 minit berjalan, aku sampai di hadapan dance studio dia. aku membuka pintu dan kelihatan renjun duduk bersandar pada cermin  .

awalnya datang, desis hati aku.

aku meletakkan beg sandang aku di atas sofa yang terletak di penjuru studio itu. aku dengan langkah perlahan mula memanaskan badan.

setelah habis panaskan badan, aku mendekati renjun. rupanya dia sedang tidur. haih apa benda lah tidur dekat dengan cermin. kang bangun bangun terkejut tengok muka sendiri.

"renjun, bangun bangun. teman aku cari lagu untuk pertandingan" aku menggerakkan badan dia.

dia terjaga dan terkejut dengan kehadiran aku. dia menggosok mata dia dan mula bangkit.

kami berdua duduk dihadapan komputer sekarang. aku pun pelik gak senanya mana budak lagi 6 ekor itu pergi.

"kau ada song recommend tak?" aku tanyakan ke arah renjun. Dia mengangguk dan menyuruh aku menukar tempat dengan dia .

Dia mula menaip sesuatu di atas keyboard. Dia membuka lagu yang paling atas sekali.

'2002 - annie marrie'

"what? ini favourite lagu aku" aku berkata kepada renjun. dia memandang aku dengan senyuman bangga.

"aku rasa lagu ini sesuai untuk persembahan kita dalam pertandingan itu nanti. kau rasa okay tak?"

aku mengangguk tanda setuju. tak lama selepas kami memilih lagu, mereka yang lain sampai dengan muka yang berpeluh-peluh.

aku memandang diorang pelik. "woi korang kenapa? Dahlah dah lambat hish"

Mereka duduk di sofa tempat aku letakkan beg aku tadi. Aku tolong ambilkan air mineral untuk mereka begitu juga dengan renjun.

Setelah mereka bertenang, mereka mula membuka mulut. "tadi, kitorang semua dalam perjalanan nak ke rumah jaemin, tiba-tiba aku ternampak ada seekor kucing ini,

aku ingatkan comel jadi aku pergilah dekat dia, aku usap-usap belai dia tiba-tiba benda itu pusingkan kepala dia.

kau tahu tak benda itu apa?" haechan tanya .

aku dan renjun menggeleng.

"itu ANJING!" mereka semua membalas. aku apa lagi? gelak lah.

"lepas itu?" renjun tanya ke arah mereka.

"benda itu kejar bagai nak rak weh. kitorang sampai rumah jaemin terus bukak pintu masuk macam itu je" mark menyambung.

"lepas itu kitorang nak pergi sini tapi dia masih tunggu kat luar em kena kejar lagi! sebab itulah kitorang berpeluh datang sini" jisung berkata.

aku masih lagi gelak. hadoi patutlah datang lambat lepastu berpeluh. ha padan muka kau main pegang saja benda. kan dah kena.

"apa lagi yang kau gelak?" chenle berkata dengan muka kawan-aku-ini-dah-gila-ke?

aku terus berhenti gelak dan cuba fokus untuk sesi berlatih. "ha weh kitorang dah try cari lagu yang sesuai jadi aku nak tahu kalau korang setuju"

aku menunjukkan lagu yang aku dan renjun pilih tadi. aku harap mereka bersetuju.

<❇>

"jumpa isnin nanti bye bye!" aku melambaikan tangan aku ke arah mereka berenam.

mereka turut membalas. "hati-hati Mira!" jeno menjerit. aku mengangguk.

aku balik dengan renjun kerana rumah kami dekat antara satu sama lain. lagipun, dia sendiri pun ajak aku untuk balik sama-sama.

aku hanya mengiyakan sahaja. kami berdua berjalan dengan keadaan yang janggal.

aku memandang muka dia. em asal macam kenal je?  .

"haish tak mungkin dia" kata aku perlahan.

"hah apa dia?" renjun berkata dengan muka terkejut. aku memandang dia.

"eh takde apa-apa lah. kau salah dengar ini" aku tersenyum janggal.

dia mengangguk dan sambung berjalan. sesampai di hadapan rumah aku, dia meminta izin untuk pulang ke rumah dia.

"bye jumpa hari isnin!" aku melambaikan tangan ke arah dia .

"bye Mira!" renjun kata sambil berjalan ke belakang.

<❇>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now