- twenty

398 64 7
                                    

Seo Mira

"Jisung! Chenle!" aku berlari ke dalam kelas dengan teruja. jisung dengan chenle hanya mengerutkan muka mereka.

aku menuju ke tempat duduk aku. jisung menghadapkan badannya ke arah aku. "kau dah kenapa lari pagi pagi ini? nak kurus dah?"

aku berdecit. makin lama makin savage mamat ini. aku sepak kang baru tahu. ish.

"takdelah, harini aku dengar kita dapat result peperiksaan akhir tahun kita itu!" aku bercerita.

"oh, okay lepas itu?" chenle berkata dengan muka masih tak faham apa yang ingin aku sampaikan.

"takdelah, kalau keputusan kita baik, mana tahu kita sama universiti nanti? kan! tapi yang aku lagi takut, appa aku suruh aku sambung belajar dekat luar negara. aku taknak tinggalkan korang." aku menahan air mata daripada tumpah.

diorang merupakan kawan aku daripada sekolah rendah kot. kami dah banyak lalui masa susah dan senang bersama. sekarang, masa untuk tinggalkan diorang. sungguh aku tak bersedia untuk itu lagi.

jisung dan chenle memeluk bahu aku. "tak apalah, as long as benda itu terbaik untuk hidup kau." jisung berkata dengan senyuman.

"haah betul itu. lepas habis belajar nanti kita jumpa lagi," chenle berkata. "gomawo"

tiba-tiba seseorang mengetuk meja. mamat ini dah sampai dah. aku terus mengelap air mata aku dan mengajak mereka keluar dari kelas. haechan ini setiap pagi lapar, setiap pagi pergi membuang ke apa? haih.

<❇>

"saya dah balik!" aku tak tahu kenapa akhir-akhir ini aku asyik menjerit. penangan kawan dengan beruk-beruk yang tak reti dengar katalah itu.

"hah mira, lepas kamu dah mandi turun makan. appa kamu dah balik, jadi makan sama-sama" eomma berkata. aku hanya menjawab ya.

aku masuk ke dalam bilik aku dan letakkan beg aku di atas meja belajar. aku membuka telefon aku.

2 notifications by renjwin❤

aku membuka noti yang dihantar oleh renjun. kguys jangan nak salah faham, semua kawan aku, aku akan letakkan tanda 'heart' kat sebelah.

renjwin❤ : mira uuu
renjwin❤ : kau dekat mana?

me : dekat rumah .
me : kenapa?

renjwin❤ : tak ada apa-apa. saja nak pastikan kau selamat sampai.

me : ah okay
me : aku okay, jangan risau.

aku meletakkan telefon aku di tepi dan mengambil tuala dan pakaian untuk mandi.

<❇>

aku makan nasi goreng yang dimasak oleh eomma dengan penuh berselera. bukan apa, dah lama tak makan kot . orang kata apa? craving satisfied eh ? tah apa-apa.

"so, mira ada plan nak belajar dekat mana-mana ke?" appa memulakan perbualan. aku tersedak sedikit dengan soalan appa. tak sangka tajuk yang aku sentuh dekat sekolah tadi akan jadi topik perbualan dekat rumah .

"belum lagi, tapi mira ingat nak sambung belajar dengan ka—"

"kalau macam itu, appa dan daftarkan kamu di universiti dekat London sana." belum sempat aku habiskan ayat aku appa dah memotong.

"ah? l-london?" aku tanya appa untuk kepastian. appa hanya tersenyum memandang aku sementara aku tersenyum palsu.

"ya, dekat london . esok kamu boleh lah packing barang, kamu boleh pergi sana lusa." berita ini berita gembira atau sedih? aku tak tahu. aku memang nak belajar di luar negara tapi aku taknak tinggalkan kawan-kawan aku.

aku perlukan masa untuk ucapkan selamat tinggal dekat diorang . tapi masa yang diberi tidak cukup. kalau aku membantah apa yang appa cakap, silap haribulan aku tidur luar rumah.
ah, aku harap sangat ini mimpi tapi tidak, ini tetap realiti. realiti yang tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi.

"t-tap-" eomma memegang tangan aku. dia mengangguk untuk meyakinkan aku yang semua benda akan selamat jika aku belajar di sana. aku hanya mengeluh perlahan.

nak taknak, aku terpaksa juga ikut kata eomma dan appa, tiada bantahan, tiada kederhakaan. mungkin, ini masanya untuk aku berdikari tanpa 7 beruk ( ft. lucas ) di sisi aku semasa aku susah dan senang.
aku membuka telefon aku. aku mesej seseorang.

me : wei,
me : jumpa kat taman.
me : sekarang please ")

<♥>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now