- twenty seven

459 60 33
                                    

Seo Mira

Aku duduk di bawah pokok ini seorang diri. aku memakai earphone dan membuka lagu .

angel
nct 127

aku keluar dari rumah seketika kerana aku ingin mengambil angin segar. dekat rumah itu diorang asyik bergaduh je segala macam bau ada jadi dia dah tak segar. ha aku pun lupa nak bagitahu, kami semua decide nak duduk dekat Daegu ini sama-sama sebab lebih banyak peluang pekerjaan dekat sini. yalah, kami pun dah habis belajar, tak ada benda nak buat jadi bekerja.

aku dan mark telah membuka satu kafe yang bernama dear dream cafe . nama itu diberi sempena nama kami semua dreamies . Eh pepandai lah kau faham aku malas nak tulis lmao .

sedang aku mendengar lagu, tiba-tiba earphone aku yang di sebelah kiri aku tercabut . aku melihat orang yang mencabutnya dan aku terus tersenyum. kepala aku yang daripada lurus tengok hadapan terus melentokkan kepala aku di atas bahu dia. dia tidak tolak malah dia memegang kepala aku dengan perlahan .

"baby~"

"ya, huang renjun" aku masih tidak memandang muka dia. aku hanya mendengar lagu dan pandang ke hadapan. renjun seperti mencebik dengan aku tapi masih aku tidak melayan dia. kalau ada orang tanya kan kau tak rasa cringe ke kalau renjun panggil kau baby ? Jawapannya tak kalau kitorang berdua je tapi kalau depan yang lain memang aku malu uhuk . tapi en , bukan setakat dreamies yang lain jelah cringe , Rin pun cringe juga walaupun dia yang menulis jalan cerita ini.

hadap jelah HAHAHAH. ya ya kami tahu kami pasangan sweet tahun 2030 eh tak bukan 2018 ha . Ecece mira sekarang dah maju dalam membuat lawak, selalu hambar. eh terpuji diri sendiri.

"baby pandanglah ren," renjun memegang dagu aku dan menggerakkannya supaya aku memandang dia. aku masih lagi tidak pandang matanya, saja gurau dengan dia. sebab dia nampak comel kalau tengah marah. aku tergelak kecil sebelum mula memandang dia. tapi yang lagi aku terkejut, muka kami amat rapat dengan satu sama lain. aku hanya mengekalkan muka biasa.

renjun tersenyum apabila aku memandang dia. "kau nak a—"

"apa benda aku-kau ini? kan kita dah janji awak-saya?" renjun memandang dengan muka marah sedikit. elele macam mana nak takut kalau comel sangat ini ? aduh aduh. aku membuat mulut aku bercakap perkataan maaf. "awak nak apa renjun?" aku bertanya lagi sekali.

renjun senyap seketika. dia seperti sedang berfikir tentang sesuatu. aku hanya menunggu dengan penuh sabar. tak aku tak marah cuma nak nampak alim je hahah shhh jangan riak.

Huang Renjun

sekarang bagitahu aku , nak bagitahu dia ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke tak nak? kalau lambat takut terlepas. aku menarik nafas dalam sebelum memandang mira semula . mukanya yang cantik dan comel menjadi tatapan aku buat seketika.

"mira, saya tahu ini terlalu awal untuk saya beritahu awak," aku berhenti seketika. mira membuat muka ingin tahu tentang apa yang aku ingin sampaikan seterusnya . aku menyambung lagi. "saya harap awak boleh terima saya sebagai peneman hidup awak sampai mati." aku memandang dia sedikit dengan muka risau, aku takut dia tak terima aku walaupun fakta kami sudah berpasangan buat waktu yang lama.

mira diam buat sementara waktu. mungkin sedang menghadam setiap perkataan yang aku baru cakapkan tadi. dia mengangkat kepala dia dan terus memeluk aku. aku clueless . aku tak faham apa yang dia maksudkan sekarang .

"so, yes or no?" aku bertanya setelah dia habis memeluk aku. dia tersenyum lebar ke arah aku dan mengangguk dan menjerit yes dengan kuat.

<♥>

rin

sementara itu,

"eh jisung tutup mata kau!" kata haechan kepada jisung.

"eh bodo kita sebaya lah hanat!" jisung mengetuk kepala haechan dan membuat dia mengaduh kesakitan. yang lain hanya sambung mengintai mira dan renjun yang sedang 'dating' .

"diorang sweet kan?" jaemin bertanya ke arah jeno. "asal kau pandang aku?" jeno memandang tempat lain. "aku tanya je ngek, ko fikir aku suka ko? euw takde taste " jaemin membalas dengan nada kejam.

"kuaja!" jeno mengacah untuk memukul jaemin sementara mark dan chenle hanya tergelak tengok mereka berempat bergaduh antara satu sama lain.

<♥>

tbc
-hi, hurin masih disahkan inesen muahahaha.

wish + renjunWhere stories live. Discover now