- twenty five

421 54 38
                                    

Seo Mira

"mira mira! kau tau tak beza kau dengan ikan?" dia dah mula dah dia dah mula.

"tak tau, apa dia?"

"ikan berenang dalam air, kau berenang dalam hati aku CIA CIA CIA"

"weh jaemin kau tahu tak cara nak bunuh orang?" aku tanya ke arah jaemin yang tengah duduk di sebelah aku. dia hanya menggeleng.

"kau nak bunuh aku? sampai ati!"

"yah haechan! kau nak kena baling dengan periuk ini ke? rasa nak termuntah aku tiba-tiba dengan pickup line harom kau tu." jeno menjerit dari dapur.

"kau nak termuntah? kau mengandung ke?" astaga ni lagi sorang. yang semua otak tak betul hari ini dah kenapa? "pala otak ko babun!" jeno menengking chenle yang merepek. nasib baik aku tak nampak periuk terbang hari ini .

ya, haechan dah okay dengan aku. katanya dia piye- tak tak dia kata dia mood tak stabil. ceh . hanya renjun sahaja yang masih tidak bercakap dengan aku, dia hanya bercakap dengan kawan-kawan aku yang lain sahaja.

"renjun," aku mendekati renjun semasa mereka semua sedang bergaduh tentang pick-up line tadi. renjun tidak membalas kata-kata aku. aku masih mencuba. masih tidak menjawab. hm aku cuba tahan sabar aku. "yah, renjun, aku tengah panggil ini, kau memang tak dengar ke buat buat tak dengar?" aku kata lagi.

manalah tahu , kalau dia betul - betul tak dengar, aku boleh lah bawa dia pergi jumpa doktor, manalah tahu dia pekak ke eh mana boleh cakap macam itu, doa itu. tak baik tak baik .
"renjunah!" aku menjerit. yelah sebab kalau dengan atok atau opah pun kalau tak dengar pun kenalah jerit baru dioranh boleh dengar.

"kau nak apa hah?!" okay.... renjun jerit balik dekat aku. mereka yang tengah bergaduh semua terdiam. mata mereka semua tertancap kepada kami. tak expect kami menjerit mungkin? disebabkan aku terlalu marah, aku menarik renjun ke bilik aku yang terletak di tingkat atas. pegh apak susah do bawa mamat ini. dia bawa batu bata ke dalam badan dia. em bukan yang dekat perut tu HAHAHAHAH UISH ASTAGHFIRULLAH.

aku menutup pintu bilik aku dan mengunci pintu. aku memusingkan badan aku menghadap renjun. aku memandang muka dia dengan muka menahan marah. aku boleh tahu muka aku merah sangat-sangat. silap haribulan ada statement 'kepala meletup sebab terlalu marah' . jangan main-main siot.

renjun memandang aku dengan pandangan sinis, dia juga menaikkan satu keningnya. aku tak tahu apa yang lelaki ini fikir. aku pun tengah marah ini. "kau kenapa hah? aku panggil buat buat tak dengar! aku buat salah apa?" aku mengeluarkan apa yang telah aku simpan dalam hati aku dari tadi. tolonglah, aku nak habiskan benda ini cepat sebab aku dah tak tahan dah. macam drama tahu tak? ey.

"kau buat salah apa?" dan saat ini aku dapat lihat takungan air mata di mata renjun. ey apa benda ini? "r-renjun, kenapa ini?" dan dengan itu aku mendapat pelukan mengejut. aku terkaku buat seketika sebelum memeluk dia.

"s-sanggup kau kan? t-tingalkan aku m-macam itu je," renjun bercakap sambil meletakkan pipi di bahu aku. dia memeluk aku lagi erat. "kau tak ingat janji kita? jangan tinggalkan satu sama lain lagi sekali?"

"a-aku minta maaf renjun" aku mengusap bahagian belakang badan renjun. sementara renjun tidak menunjukkan tanda untuk berhenti menangis atau melepaskan pelukan kami.

"please don't go far from me because I," renjun berkata. wei english bai HAHAHAH. "because? " aku tanya dia dengan nada ingin tahu.

"because i love you."

<♥>

Rin

"kau rasa apa diorang buat lama-lama dekat atas?" jeno tanya kepada mereka semua yang merenung atas tangga. semua memandang jeno dengan muka what?
dan jeno selamat mendapat hempukan di kepala khas daripada mark.

"siapa ajar kau benda ini hah?" mark tanya ke arah jeno. jeno hanya mengangkat mulut dia sikit. sementara mereka yang lain hanya menggelengkan kepala.

pada masa yang sama, mereka terdengar pintu bilik mira terbuka dan cepat cepat mereka berlakon seperti sedang bermain dengan satu sama lain . mira turun dengan senyuman dan membuatkan yang lain ingin tahu apa yang berlaku.

"baby!" terdengar jeritan dari tingkat atas. "baby ke babi?" kata jisung.

<♥>

tbc

- aku suka ending dia do. baby ke babi HAHAHAH. maaf termasukkan carutan 🙏 .

wish + renjunWhere stories live. Discover now