- fifteen #partone

514 71 3
                                    

Rin

"wah , sedapnya eomma masak!" lucas menjerit sambil tangannya menunjukkan ikan yang dimasak oleh puan seo. setelah beberapa tahun dia memang tidak berpeluang untuk merasai makanan puan seo.

"haha terima kasih, kalau sedap makanlah lagi." dan serentak dengan itu lucas mengambil lagi lauk ikan tersebut.

yang lain hanya tergelak dengan perangai lucas. mira yang duduk di antara renjun dan jeno itu hanya tersenyum.

"mira, lepas ini ada nak buat apa-apa ke?" jeno tanyakan ke arah mira yang mahu ambil ayam di depannya.

"kita main game !!!" jaemin menjerit riang. mereka yang lain pandang dia dengan muka pelik. jaemin meminta maaf dan menundukkan kepalanya.

"ehe jomlah main game , sebelum itu , habiskan makanan ini dulu, aku yang masak tahu." mira berkata.

"kau masak? heh kalau kau masak, aku rasa boleh terbakar rumah ini." haechan berkata dengan muka selamba.

akibat mira sakit hati, dia melemparkan tulang ayam tapi malangnya tulang itu terkena chenle yang ketika itu ingin mencuri sesuatu di pinggan jisung.

"aduh! apa benda ini? tulang? dah siapa pulak yang hilang tulang dia ini?" chenle mengambil ayam itu dan melihat tulang itu tanpa mengetahui apa-apa.

mira yang membalingnya hanya bertindak mendiamkan diri manakala yang lain hanya tertawa kecil.

"kamu semua sambung makan, eomma nak buat kek." lalu puan seo bangun untuk ke dapur.

"kek? tapi diorang akan balik malam i—"

"tak apa mira, kitorang dah bawa baju kitorang, memang plan nak tidur rumah kau HAHAHA" jisung menunjukkan beg mereka yang elok terletak di sofa rumahnya.

mira hanya membuat muka suka-hati-korang-lah. melihatkan reaksi mira sebegitu, puan seo hanya menggelengkan kepalanya dan menyambung membuat kek untuk dihidangkan kepada kawan-kawan mira esok pagi.

<❇>

"shijak buteoda yesang bakke holla stop—"

lagu yang dimainkan oleh mira terhenti apabila seseorang menutup lagu itu dari berbunyi.

"yah! kau ini tak sempat aku nak dengar suara laki lepas itu! dahlah hensem eghh suara mantap auch menaw—"

"eh dahlah itu, aku lagi hensem daripada dia tau!" jeno cuba menarik perhatian mira.

"kalau inilah hensem, aku rasa beruk yang tengah beranak tupun tak jadi beranak, dia terkejut dengan muka kau hahah."

pap!

mira terima tamparan di dahinya. dia mengaduh kesakitan. dia memandang jeno yang menamparnya tadi tapi jeno hanya buat tak tahu.

"kau ini lepas ingat renjun dengan lucas, makin gila en? eh dahlah jom main game" jeno mengheret mira sebelum perempuan itu kata apa-apa.

dia tahu , kalau dia bagi perempuan itu bercakap, silap haribulan, memang takkan turun mereka berdua , terpacak berbalas ayat di situ.

"ha mira, awallah kita main mafia jom!" chenle mencadangkan dan yang lain semua bersetuju.

mereka membuat cabutan melalui kertas dan ada yang buat buat terkejut dan ada yang act cool.

puan seo yang ketika itu sedang menunggu kek nya siap menjadi pengadil(?)

siang tiba, mereka semua membuka mata mereka dan berbincang untuk mengenal pasti siapa yang patut dibunuh.

"apa kata, kita jangan kill sesiapa, ha baru best." jaemin berkata dan mengangkat keningnya.

"ah okay okay." haechan mengangguk.
"malam sudah tiba, sila tutup mata kamu semua," puan seo berkata dan mereka semua menutup mata mereka.

"baiklah, mafia boleh buka mata untuk kenal satu sama lain," dan dengan itu 2 orang daripada mereka membuka mata mereka dan senyum ke arah satu sama lain.

"sila pilih sesiapa yang kamu nak bunuh," puan seo berkata lagi dan setelah dia tau siapa yang mafia ingin bunuh, dia mengangguk.

"siang sudah tiba, dan haechan telah terbunuh, haechan sila duduk di sini." puan seo menyuruh haechan untuk disebelahnya sebab haechan sudah mati.

haechan menunjukkan muka tidak percaya, dia memerhatikan semua kawannya dan ada yang mentertawakan dia.

sungguh haechan sedih kerana mafia mafia itu membunuhnya walaupun dia tidak tahu siapakah mafia tersebut.

dia melangkah berat ke sofa dan membuat muka seperti hendak menangis. sungguh tak tahu malu.

"aku rasa en, jaemin lah mafia, sebab dia diam je dari tadi." jeno berkata dan menyebabkan ada yang memandang jaemin dan jeno.

"eh aku pula? aku tak buat apa-apa pun tahu!" jaemin mempertahankan dirinya.

"mafia selalu cakap macam itu," jeno bercakap selamba. "ke kau jeno yang mafia itu?" mark bertanya ke arah jeno. dari tadi jadi pemerhati pun tak boleh juga.

"eh aku pula? aku orang biasa lah!" jeno membuat muka resah. yang lain mentertawakan dia.

"yelah itu orang biasa, bukan boleh percaya ini!" renjun berkata dengan sedaya upaya tidak keluarkan ketawanya.

"aku orang biasalah! jaemin itu ha mafia!" jeno tetap dengan pandangan dia bahawa jaemin mafia.

"okay, 2 minit telah lepas, sila undi siapa yang hendak anda singkirkan." haechan berkata memandangan puan seo telah kembali ke dapur jadi dia mengambil role itu.

mereka saling menunjukkan tangan ke arah satu sama lain dan pada akhirnya, jeno terpilih untuk disingkirkan dengan 5 undian .

"jeno sila dedahkan identiti kamu" kata haechan dengan lembut.

jeno menunjukkan kertas yang tertulis 'awam' dan yang lain mengeluh perlahan kerana ada high-chance untuk mafia menang.

<❇>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now