- ten

587 90 9
                                    

Rin

Mira duduk di antara haechan dan jaemin di atas lantai. Sementara jeno, jisung dan chenle duduk di atas sofa.

Mereka semua menonton cerita yang dipasang di televisyen rumah Mark. Manakala renjun dan mark berada di dapur.

"mark, kau dah berapa tahun kawan dengan mira?" dia bertanya dengan suara separa berbisik.

"emm lebih kurang 4 tahun lebih, kenapa?" mark memandang muka renjun pelik.

tetapi balasan renjun hanya gelengan dengan senyuman palsu. mark menyambung memasak makanan yang dibuatnya.

renjun menolong membasuh pinggan dan meletakkan pinggan yang telah dikeringkan di atas meja makan.

"renjun, kau nak tahu sesuatu tak?" mark tiba-tiba membuka topik. renjun membuat muka apa-dia?

"tapi janji jangan bagitahu mira dengan yang lain pasal ini, tapi yang lain dah tahu" mark menyambung lagi.

"hm cakap jelah apa dia?" renjun tidak sabar dengan cerita yang bakal di ceritakan oleh mark.

"sebenarnya dulu mira ada kawan, sebiji nama dia macam kau. tapi kawan dia itu terpaksa ditinggalkan sebab makayah dia suruh.

sampai sekarang mira tak dapat jumpa dengan kawan dia itu, jadinya, mira dah lupakan dia. mira pun tak nak berjumpa dengan kawan dia.

sebab dia kata, dia rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan kawan dia itu. " mark bercerita.

renjun mendengar dengan penuh teliti. dia turut mengangguk semasa mark bercerita.

"oh macam itu. kesiannya," kata renjun. dia bersimpati dengan nasib mira yang terpaksa tinggalkan kawannya kerana disuruh oleh mak ayah nya.

"OIII KAU BERSEMBANG ITU KAU DAH SIAP MASAK KE?" terdengar mira menjerit daripada depan.

"DAH DAH LAGI SIKIT!" kata mark dan terus menyambung kerjanya yang tergendala akibat cerita tadi.

"ha jangan bagitahu dia tahu, senyap senyap je" mark mengingatkan lagi sekali. aku menunjukkan jari okay.

<❇>

Seo Mira

"wah mark , tak sangka kau boleh masak HAHAHAH" kata jisung dan yang lain turut ketawa.

"haah mark, sedap pula itu" aku menambah. mark tersenyum bangga.

"renjun pun ada tolong juga" mark kata. renjun nampak terkejut. "aku tolong basuh pinggan je"

"tolong jugalah itu!" kami semua ketawa. memori yang tak boleh dilupakan? yes ofc.

aku sudah habis makan. aku membawa pinggan aku ke dapur. aku membasuh pinggan itu .

semasa aku sedang basuh, seseorang datang dan tunggu di sebelah aku. aku hanya meneruskan membasuh pinggan.

"mira-yah,"

aku tidak menjawab tapi hanya mengangkat kepala aku sedikit menandakan kenapa?

"kau ada suka someone tak?" aku memandang dia. aku menghabiskan pembasuhan aku dan memberikan laluan kepada dia .

"what? apa yang kau cakap? aku? suka someone? who?" aku membalas dengan muka pelik seribu.

"yea, kau nampak serasi dengan someone" jaemin berkata lagi. "woi, kau merepek apa ini?" aku berkata masih tidak faham.

"hahah, nanti kahwin, jemput aku tahu" jaemin meletakkan pinggan dan beredar dari dapur.

aku keluar dari dapur mengikut belakang jaemin. "eh, kau basuh dulu tapi jaemin siap lebih awal dah kenapa?" mark tanya.

"eh biarlah kau jealous ke?" aku mejelirkan lidah kepada dia dan terus ke ruang tamu. "JAEMIN-AHH!" aku berlari ke arah jaemin.

<❇>

Rin

"JENO!!!"

bergema suara mira yang sedang mengejar jeno. habis rumah mark dijadikan gelanggang kejar mengejar mereka.

haechan, mark, jaemin, chenle, jisung dan renjuj hanya memerhatikan mereka dengan gelak tawa.

"MIRA MAAF!!" jeno masih melarikan diri dengan muka yang amat menakutkan. tidak pernah dia melihat mira begitu marah sekali.

"KAU FIKIR DENGAN MAAF KAU BOLEH GANTIKAN BAJU AKU INI KE?"

"NANTI KITA BELI BAJU SAMA-SAMA" jeno masih lagi berlari daripada mira.
"NO!" mira mula berlari ke arah jeno dan menangkap jeno. jeno tidak dapat melarikan diri dan dia hanya memohon maaf tidak berkesudahan.

mira mencubit lengan jeno dan menyebabkan jeno meminta maaf dengan lebih kuat.

"dahlah itu mira, kesian dia aku tengok haha" chenle berkata dengan muka simpati + kelakar.

mira melepaskan cubitannya manakala jeno hanya menggosok-gosok tempat yang baru dicubit. gatal mungkin ? haha

salahnya juga kerana bercakap dengan renjun tanpa memandang bawah. dia memegang air kopi dan terlanggar sesuatu dan menyebabkan kopi yang dipegangnya jatuh di atas baju putih mira.

hah apa lagi? naik angin satu badanlah mira. hahah. al maklumlah orang yang tak suka membeli pakaian baru memang tak suka bajunya dibuat begitu sekali.

mira duduk di sebelah renjun. renjun hanya membiarkan nya. "wei korang jom tengok cerita ini" haechan mengajak.

"ha jom"
"awalla"
"cepat ah"

setelah mendapat kata sepakat, haechan terus membuka cerita itu. mark sebagai tuan rumah hanya membenarkan sahaja.

<❇>

tbc

- vomment la cikit, kesian aku tulis takde orang komen hahah xoxo

- also, korang mehlah jemput join kuanlinieeee punya af!! join meh join hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- also, korang mehlah jemput join kuanlinieeee punya af!! join meh join hehe

wish + renjunWhere stories live. Discover now