- sixthteen

476 60 1
                                    

Seo Mira

"woi pemalas-pemalas sekalian, bangunlah ! aku dah tolong kejut ini bangunlah! kang aku gigit sorang-sorang kang ha baru tahu" aku mengejutkan kawan-kawan aku yang tidur di ruang tamu.

Eomma telahpun keluar untuk ke pasar untuk mencari bahan masak untuk tengah hari nanti. em banyak betul untuk AGAGAG.

mereka masih lagi tidur dengan nyenyak tak mempedulikan aku yang tengah sabar dengan perangai mereka. sabar mira sabar huuu.

aku mendekati jaemin yang baring di tepi sekali. aku pandang muka dia lalu mengeluarkan telefon bimbit aku yang kemas berada di dalam poket aku.

aku membuka aplikasi camera lalu mengambil gambar dia yang masih nyenyak tidur. uish boleh jadi bahan ini hahahah. maaf.

aku pergi pula ke jeno. yaks ada air liur. aku turut membuka camera dan mengambil gambarnya . begitu juga dengan lain haha sorang-sorang aku buat macam itu.

"hmm sekarang aku nak buat apa? Semua dah mati ke apa sia? Kejut tak bangun-bangun eyy." aku bercakap sendirian.

tiba-tiba aku menerima satu idea. ha masa untuk aku mulakan operasi aku. aku mula membuka aplikasi jooks dan mencari lagu yang sesuai.

aku ternampak satu lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan yang amat popular.

simon says
- nct 127

"simon says hurry up BANGUNLAH WAHAI BABUN BABUN!!!" aku menjerit sekuat hati dan menyambungkan bluetooth ke speaker. dengan itu, bunyi lagu itu akan kuat dan dengan harapan dapat mengejutkan mereka semua.

misi aku berjaya apabila renjun menggerakkan badannya dan membuka matanya sedikit. apabila sedar sudah siang, dia terus bangun dan pandang aku yang berdiri di hadapan dia.

"kau baru reti nak bangun ke ha?" aku memberhentikan lagu simon says itu dan menyuruh dia untuk mengejutkan yang lain.

aku pergi ke arah dapur untuk mencari air. ha manalah tahu ada yang tak sabar nak kahwin, aku renjis kan dulu haa baru sedo sikit.

aku mengambil bekas kecil dan mengisi air di dalamnya dan aku membawa bekas itu ke ruang tamu.
hm nampak macam ramai lagi tak reti reti nak bangun sementara renjun entah hilang ke mana.

aku membawa air ke arah lucas. aku mengejutkan dia perlahan-lahan tetapi dia tidak tunjukkan sebarang reaksi.

aku mengambil sedikit air dan renjiskan ke arah mukanya. dia mengerutkan mukanya apabila tersedar yang aku merenjis air ke arahnya.

dia terus membuka mata dan duduk dalam keadaan yang mamai. "woi bangun, kejut ini ha babun tak reti bangun ini."

dan aku terus naik ke atas untuk mandi dan merehatkan badan aku sebentar setelah penat mengejutkan mereka.

dan aku pun dah malas nak kisah kalau diorang tak reti-reti jugak nak bangun egh penat nak fikirannya  .

<❇>

Aku turun ke bawah setelah selesai mandi. Aku ingin makan sarapan. aku turun tangga dengan sangat perlahan. aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku kalah kura-kura haha.

"ha yang tengah turun itu memang jalan lambat macam itu ke macam mana?" haechan menegur aku. aku pandang dia dan aku hadiahkan jelingan ke arah dia.

Aku mula berjalan dengan laju dan pergi ke arah meja makan. Eomna still tak balik dari pasar dan kalau korang nak tahulah sebenarnya appa aku outstation itu yang tinggal aku dengan eomma je dekat rumah.

Sepatutnya rumah ini senyap tapi setelah kedatangan 8 beruk tak diundang ini, bagai nak roboh rumah dibuatnya. aku mengambil roti dan nutella yang terletak di sebelah sudu dan garfu.

aku mengambil sudu dan mula meletakkan nutella di atas roti dan terus makan. sementara aku mengunyah roti itu, aku mengambil cawan dan menuangkan milo yang elok terletak di hadapan mark.

aku melihat mereka yang sedang makan sekarang. tak ada seorang pun yang dah mandi. aku pun tak pasti lah diorang dah basuh muka ke belum dan dah gosok gigi ke belum. macam misteri lah benda ini.

"wey, korang mimpi apa ha malam tadi? punyalah aku kejut bagai nak rak, tak ada seorang pun bangun." aku memulakan percakapan sebab semua muka mamai mamai je HAHAH.

"ah maaflah, kitorang tidur lambat malam tadi. sebok main game. maaf jugak sebab tak ajak kau." jeno berkata dengan muka selamba. aku hanya meng'oh'kan sahaja walaupun dalam hati sedih gak tak ajak main.

aku minum air milo dan mula beralih ke televisyen rumah aku. aku membuka televisyen itu dan tengok rancangan yang popular iaitu running man.

"ha korang cepat mandi, aku nak ajak korang pergi satu tempat ini!" aku menjerit ke arah mereka walaupun mata aku fokus di televisyen.

mereka yang lain hanya sambung makan seperti tiada rasa teruja dengan pelawaan aku.
aku melihat mereka dengan pandangan kecil-besar-kecil-besar je.

"cepatlah bangun babun!!" dan mereka semua terus ke bilik tetamu untuk ambil baju dan mandi.

<♥>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now