- twenty eight

436 59 7
                                    

Seo Mira

Beberapa bulan kemudian

aku mengelap tanganku selepas membasuh pinggan yang berlambak di dalam sinki. renjun mungkin masih tidur di atas. jadi, aku naik ke atas untuk mengejutnya. sarapan yang aku masak aku letakkan di bawah tudung saji supaya lalat atau serangga tidak masuk.

aku membuka pintu bilik dengan berhati-hati, tak nak kejutkan king kita auch. langsir yang masih elok rapat antara satu sama lain aku tarik ke tepi. aku pergi ke arah jam loceng yang berada di sebelah katil aku ambil dan melihat jam.

7:49 a.m

nasib baik hari ini merupakan hari minggu, kalau tak, memang dah lambat untuk dia ke pejabat dia. aku duduk di sebelah dia. dia masih sedap diulit mimpi. aku mengambil masa ini untuk meneliti muka dia secara dekat. haih badan, kau beruntung dapat lelaki yang kacak, comel, dan baik. seperti pakej makanan tengah hari yang sedap dan mengenyangkan.

dia masih lagi tidak membuka mata dia . Jantung aku ini berbunyi dup dap dup dap laju . "Jangan tinggalkan saya , sekejap"

"r-renjun, awak mengigau ke?"

"huang renjun ! bangun, mandi!" aku menolak badan di ketepi. tapi dia memegang badan aku supaya aku tidak dapat bergerak. "tak nak!" renjun membuka mata dia dan menjelir lidah dia kepada aku. nasib baik tak ada gunting dekat sini haih.

"bangunlah! saya dah buat sarapan tahu!" aku menghempuk dia menggunakan bantal. "taknak juga!" dia menolak bantal yang aku pegang. "ish awak ini dah kenapa? bangunlah! takkanlah nak tunggu saya heret awak ke tandas?"

"haah, kalau boleh mandikan saya sekali" renjun mengenyitkan sebelah mata di ke arah aku.

"ey menggatal!" aku mengambil bantal peluk yang panjang itu dan menghempuk nya ke arah badan dia. sementara renjun hanya tergelak . tanpa membuang masa aku terus ke luar bilik.

<❇>

ting ! tong !

pelik, aku tak mengajak sesiapa untuk datang rumah aku hari ini tapi ada je manusia yang datang. kalau nak kata aku order delivery , aku baru order 5 minit yang tadi do. awal sangat sampai. aku tiba-tiba craving pizza , so why not beli sekali-sekala? yang bayar bukan aku tapi renjun. auch romantiknya lahai.

tanpa membuang masa, aku membuka pintu dan terpapar lah 7 beru— tak bukan manusia manusia yang datang tidak diundang. dengan tak membuat muka bersalahnya mereka semua menjerit hai secara serentak dan menyerbu masuk rumah aku meninggalkan aku keseorangan di depan pintu.

"ha mira, kau buat apa lagi tercegat dekat pintu itu? masuk ler tuan rumah oi!" jerit lucas dari ruang tamu. aku menutup pintu dan mula bergerak ke arah mereka. wei serius aku kata ini kalau renjun nampak diorang kejap lagi ini, mahu naik hantu dia.

"eH KORANG BUAT APA DEKAT RUMAH AKU INI?!" ya, betullah sangkaan aku. renjun berlari ke arah mereka dan meletakkan tangan dia di pinggang.

"alah, lek lek lah renjun ,, sekali sekala melawat ,, takkan tak boleh kan kan?" jeno berkata dengan eyesmile nya. aku duduk di atas sofa dan renjun pun duduk di sebelah aku.
"korang tak pergi ke honeymoon?" mark bertanya ke arah kami. soalan itu membuatkan mereka yang lain semua pandang kami. "aku tengok sekarang ini bulan tak ada madu, ada susu je" renjun berkata selamba. jap aku tak tahulah nak ketawa ke nak sedih ke sebab hambar sangat wei.

"haih, kalau korang pergi honeymoon, mana tahu tambah lagi satu masa balik nanti." jaemin berkata dengan senyuman yang agak mencurigakan. hah sudah apa benda yang dia fikirkan itu.

"lagi satu? apa? betina lain ke?" aku sengaja tekankan perkataan betina itu sambil menyiku siku renjun menggunakan siku aku. renjun mengaduh kecil menyebabkan aku tertawa kecil.

"awak ini mana ada saya nak tambah lagi satu kalau saya hanya perlukan awak seorang sahaja" renjun membalas.

"ciA CIA CIA.." yang lain menyambut pick-up line renjun dan dengan itu membuatkan aku malu tahap gaban.

fish you renjun, fish you!

<♥>

tbc
- okay aku senanya dh delete allllll the cringe part ini this chapter and tbh this chapter is really have no fun. i know it so im really sorry 😞🙏

wish + renjunWhere stories live. Discover now