- twenty three

386 56 25
                                    

Seo Mira

After 4 years...

"korea! i'm back!!" aku menarik beg bagasi aku dari tempat mengambil beg itu. apa benda tah aku lupa nama dia.

aku keluar daripada Lapangan Terbang Incheon dan mula membuka aplikasi grab. aku tak adalah noob sangat guna teksi agagaga. tapi grab pun teksi en? eh kisah apa aku.

Aku ingat mahu membuat suprise untuk kawan-kawan aku. Jadi, aku sudah suruh eomma menjemput mereka untuk ke rumah. Aku teringin hendak tahu apakah reaksi mereka selepas ini.

Em, dah 4 tahun tidak jumpa ini memang banyak benda aku nak ceritakan. Aku tidak mesej sesiapa walaupun mark kerana aku dah tukar nombor telefon aku. yelah, nanti tak pasal-pasal nak kena bayar bil itu ini. Jadi, aku hanya keep contact dengan eomma dan appa sahaja.

Apa yang aku tahu, untuk suprise kali ini pun appa tiada, kata eomma sebab dia out-station lagi. tak apalah dah biasa huhu. Sambut kepulangan aku lain kali pun tak apa.

Sedang aku mengelamun tiba-tiba kereta pakcik grab ini berhenti di depan sebuah rumah. Rumah aku dulu, rumah yang telah membesarkan aku. Aku membayar tambang dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu kerana menolong aku mengeluarkan bagasi aku.

Aku berdiri di depan pagar rumah aku. "aHHH! lamanya tak jumpa kau, pagar huhu" aku memegang pagar itu dan acah-acah seperti hendak menangis. lebih kurang 1 minit jugalah aku tunggu depan pagar itu sebab nak kumpulkan kekuatan nak masuk rumah.

apabila sudah bersedia, aku melangkah masuk halaman rumah aku dengan kaki kanan. lebih afdhal HAHAHAHAHAHA . aku memasukkan kod rumah aku dan membuka pintu rumah.

"suprISE!!!" aku menjerit dengan nada gembira. aku nampak 7 orang lelaki sedang makan dengan gembira dan seorang perempuan ? oh wow siapa punya sesat ini? dan setahu aku, aku suruh eomma jemput 7 beruk je, macam mana boleh terlebih satu ? perempuan pula itu. takkan Lucas jadi perempuan kot. weh lain macam.

"mIRA?!" aku dengar chenle dan jisung jerit serentak dan mereka berlari mendapatkan aku. mereka memeluk aku taknak lepas dan aku turut sama. weh rindu sia deskmates kot. huhu. rahsia aku diorang pegang wo. trusted.

"kau pergi mana selama ini?" chenle tanya dengan muka terkejut. ya tuhan aku tahu korang rindu aku. fuh fuh. tapi yang si jisung ini tak lepaskan lagi pelukan jadi aku tendang dia. hahah tak adalah, aku lepaskan dengan perlahan-lahan.

"hehe adalah" aku masih lagi ingin berahsia dengan mereka. "ehei, kau dah pergi 4 tahun pun still nak rahsiakan?" kali ini jisung mengetuk kepala aku. aku memandang dia dengan muka ko-nak-mati-ke?

Tapi, yang aku pelik kenapa aku hanya macam dialukan-alukan oleh chenle dan jisung saja. kenapa renjun, jeno, haechan dan jaemin hanya sambung makan? tapi aku taknak beranggapan buruk.

aku hanya fikir positif, eomma aku selalu pesan dekat diorang, masa makan jangan bercakap tapi 2 orang manusia ini je ; chenle & jisung tak reti dengar cakap.

"eh mira. ha meh sini makan, kejap lagi baru sambung sembang btw, ini kawan eomma, nanti kami nak keluar ." eomma menjemput aku makan. aku meletakkan beg aku di atas sofa dan kembali ke tempat makan. dan ya, perempuan itu ialah kawan eomma aku, nasib baik kau haa aku ingat lucas agaga.

aku nampak di antara mark dan jeno ada ruang kosong tapi baru aku nak duduk jisung telah duduk di tempat itu. aku terpaksa ambil tempat lain.

aku nampak di antara renjun dan jaemin ada ruang kosong dan tanpa membuang masa aku terus mengambil pinggan dan cawan dan meletakkan makanan dan minuman lalu duduk di sebelah renjun.

aku mengucapkan hai kepada renjun dan jaemin tapi tiada seorang daripada mereka menjawab hai aku. aku hanya fikir positif, period kot ehhh bukan bukan, mungkin mereka tersentap sebab sesuatu.

uish kalau period emmm emmm tak tahulah aku nak cakap apa. aku hanya menikmati makanan yang dimasak oleh eomma dengan penuh selera. yelah 4 tahun tak rasa woo mana tak rindu auch.

<♥>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now