- seventeen ( right here 😂 )

480 56 1
                                    

Seo Mira

aku masuk ke dalam kereta. mark akan bawa kereta ini dan aku dah bagi alamat yang kitorang akan pergi. aku tak fahamlah asal laki-laki ini lembab gila.

aku sudah memberitahu eomma untuk ke tempat lamaku dan alhamdulillah eomma kasi aku ke sana dengan beruk-beruk ini.

"wahai hamba-hamba Allah, boleh keluar dengan cepat tak?" aku bertanya dengan riak menyampah. aku rasa dah 30 minit aku tunggu diorang dalam kereta. segala lagu nct aku dah bukak dalam kereta. siap karok sorang-sorang lagi.

"sabarlah!" haechan menjawab kemudian dia memuncungkan mulut dia. eh ko fikir comel ke eyy. geram je tengok.

setelah mereka semua selesai masuk ke dalam kereta, kami semua mula memakai tali pinggang dan mark mula memandu.

"kita nak ke mana mira?" jeno yang duduk di belakang aku mendekatkan kepalanya ke aku dan bertanya. wei nasib baik mulut kau tak berbau HAHAHAH KK JKJK.

"neraka." aku membalas selamba.
"kau ini betul-betullah!" jeno memukul bahu aku. auch! sakit lah ey anak lee ini aku hempuk kang.

"kita pergi ke Daegu!" dan dengan itu mereka semua bersorak dan yang paling kuat ialah renjun dan lucas of course . yes i'm so ready!

<♥>

"bangun!" aku tersedar dari tidur aku. tak sangka aku boleh tertidur walaupun diorang ini bising. aku buka tali pinggang dan mula keluar dari kereta. aku menggosok mata aku supaya pandangan aku lebih jelas.

aku berjalan di sebelah renjun. aku mula membawa mereka ke rumah lama aku. sebernanya, appa aku tidak jual rumah ini dan tidak sewa rumah ini kepada orang. katanya, dia nak biarkan rumah ini macam itu je, manalah tahu nanti aku nak guna rumah ini.

aku membuka pintu kayu yang dah lama tidak disentuh. semasa aku ingin buka pintu, tiba-tiba jiran sebelah rumah aku keluar.

aku melambaikan tangan kepada dia dan turut menyalam dia. dia bertanyakan khabar aku dan aku terus menjawab. dan selepas itu dia meminta diri untuk ke kedai sebentar.
aku membuka pintu rumah dan menjemput mereka masuk. aku meletakkan kunci di atas rak kasut yang terletak di dalam rumah.

Mereka yang lain hanya tengok sekeliling rumah itu. aku rasa diorang tak ada idea ini rumah siapa sebab aku tak bagitahu lagi.

"weh, rumah siapa kita ceroboh ini?" jaemin tanya dengan muka risau. mungkin takut kami akan ditangkap mencuri atau merompak atau apa apa jela.

"ini rumah aku dulu, semua memori aku ada dalam rumah ini. kau nampak ini? ini dulu aku, renjun dengan lucas." aku menunjukkan satu gambar kepada mereka.

gambar itu semasa aku, renjun dan lucas makan aiskrim. kami waktu itu baru berumur 4 tahun. tak sangka waktu cepat berlalu.

sedang kami membelek-belek album lama aku yang mengandungi gambar aku semasa kecil bersama renjun dan lucas, tiba-tiba loceng rumah aku berbunyi. ia membuatkan kami semua terkejut dengan itu.

aku membuka pintu, terserlah puan park yang merupakan jiran aku. aku nampak di tangannya dia membawa bekalan makanan. aku ingatkan bekalan akhirat HAHAHAHAH JKJK.

"hai mira. lama dah tak balik ini, auntie nak bagi kimchi dengan biskut. auntie jual biskut ini tapi sebab kamu baru balik, auntie bagi free je." kata puan park sambil menghulurkan bekalan itu.

aku mengucapkan terima kasih dan menunduk hormat kepada puan park lalu puan park pun pergi semula ke rumah dia.

aku meletakkan makanan itu di atas meja dan mula mengambil pinggan dan seangkatan dengannya. "weh, jom makan."

mereka semua mengangguk dan meletakkan album itu ke tepi. mereka mula duduk dan mengambil makanan yang telah aku hidangkan.

<♥>

tbc

- maaf sebab chap ini pendek sikit sebab aku takde idea haha.

wish + renjunWhere stories live. Discover now