- twenty nine

419 59 7
                                    

Seo Mira

Aku duduk di atas sofa seorang diri dan menonton tv. Aku membuka drama kegemaran aku still 17 . kau nak tahu Yang Sejeong hensem gila bapak do! HAHAHAH

macam mana dengan renjun? kalau renjun level dia up sikit , yelah suami kan auch HAHAH. baru sekejap aku cakap nama renjun, dia dah muncul sebelah aku. datang-datang terus baring dekat peha aku. kalau kepala ringan tak apa juga, ini berat ya Tuhan. nasib baik sayang.

"drama apa awak tengok ini? tak best pun," renjun berkata dengan muka dia seperti tidak suka aku tengok drama. aku hanya mendiamkan diri , tidak dengar dengan apa yang dikatakan oleh dia. sedang aku menikmati drama itu, tiba-tiba rancangan itu ditukar kepada Maharaja Lawak Mega yang terbaru ini.

aku memandang renjun dengan muka terkejut. "awak ini kenapa? main tukar macam itu je? awak tengok tv ini 24/7 tapi saya yang duduk rumah ini pun tak adalah sebanyak itu!" tengkingan aku membuatkan renjun terbangun daripada peha aku.

"a-awak saya minta maaf," renjun cuba memegang tangan aku tapi aku pantas menarik tangan aku. aku memandang dia dengan muka marah. aku bangun dari tempat duduk aku. "awak nak tengok sangat kan? awak tengok lah ! kalau boleh masuk terus dalam tv itu !" aku berkata dan selepas itu aku ke bilik kami di tingkat atas.

terdengar, footstep renjun mengikuti aku ke atas dari belakang. sesampai aku di bilik, aku terus masuk bilik air.

Rin

"mira, awak marah saya lagi ke? maafkan lah saya, saya tak sengaja" renjun masih setia menunggu di hadapan tandas bilik mereka. sungguh lelaki itu berasa bersalah menukar rancangan tv itu dan membuatkan isterinya terasa dengan perangainya.

mira masih lagi berdiam dalam tandas. dia tidak mahu memunculkan diri dia buat sementara waktu . "mira, hiks, keluarlah, maafkan saya hiks" renjun menangis di hadapan tandas. tiba-tiba,

klak !

pintu tandas terbuka, dan muncullah wajah mira yang beku. dia hanya memandang renjun tak berperasaan. renjun memandang wajah mira, dan dia terus memeluk mira. mira tidak membalas. serius, renjun mempunya tiada idea dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"renjun, lepaskan saya," mira menolak renjun perlahan. renjun perlahan-lahan ke belakang. selepas itu, mira menunjukkan sesuatu yang membuatkan mereka berdua menjerit kegembiraaan.

<♥>

"tahniah, isteri encik disahkan mengandung 3 minggu" doktor Park itu memberikan khabar gembira kepada renjun dan mira. sungguh mereka berdua sangat gembira sekarang ini.

renjun melompat kecil tanda kegembiraan yang tidak terhingga. dia berlari ke arah mira dan memeluknya sambil kakinya seperti sedang melompat. mira yang sedang terbaring membalas dengan senyuman yang lebar.

"lagi satu, jangan bagi isteri encik buat kerja berat ya supaya kandungan dalam uterus selamat" kata doktor Park sebelum dia meninggalkan pasangan itu.

"ha awak dengar itu , jangan buat kerja berat , biar saya je buat," renjun berkata di sebelah mira. mira hanya menggulingkan bebola matanya untuk bergurau dengan suaminya.
"yelah, huang renjun, kalau macam itu baik saya terbaring je dekat hospital ini selama 9 bulan" kata mira dengan sinis.

"ish, tak baik tahu perli suami awak. kan baby kan?" renjun berkata sambil meletakkan tangannya di perut isterinya ; mira. "eh apa awak ini? malu lah saya kalau orang nampak!" jerit mira dengan nada berbisik.

"tak apalah kalau orang nampak, diorang dengki isteri diorang tak mengandung hehe" renjun berkata dengan selamba. mira menampar lengan bahunya kasar tetapi tidak kuat.

<♥>

tbc
-okay untuk dak² inesen sekalian, uterus itu rahim k. aku saja nak acah dak sains HAHAHAH. lepas itu, mohon bersedia sebab lepas ini last chap ya muah. xoxo

wish + renjunWhere stories live. Discover now