6- Dubai

283 19 2
                                    

"Pemenangnya ialah pasangan Naim dan Hana !"

Adriana mengeluh . Buat penat dia jahit . Mail tu bukan tolong pun . Design apalah sangat . Letak pelekat kecik ? Baby pun boleh buatlah . Dengusnya .

"Oi . Kau tak payah nak broken sangat . Ikut aku ." arah Mail . Ei dia ni daripada tadi arah orang buat tu buat ni . Apa dia fikir aku kuli dia ke ?

"Mengelamun pulak dah . Cepatlah ." Adriana hanya menurut langkah Mail . Mereka tiba di dewan .

"Kenapa awak bawak saya pergi sini ?" tanya Adriana . Mail tidak menjawab pertanyaannya . Dia pergi ke kaunter mengambil makanan dan berjumpa dengan salah seorang tukang masak .

"Awak cakap apa dekat makcik tadi ? Awak nak buat benda tak elok eh dekat saya lepastu awak suruh makcik tadi report dekat JAKIM suruh tangkap kita . Lepastu awak boleh kahwin dengan saya ." bebel Adriana . Mail gelak . Adriana kaku . Pandai gelak rupanya .

"Gila ."
"Awak cakap saya gila ?" marah Adriana .

"Haah . Kau gila ." seorang makcik datang kepada mereka .

"Cik Ismail , ni makanannya . Ikan bakar dengan sambal belacan , sup lemak dengan sayur dan secedok nasi juga ada . Ada apa lagi yang saya boleh bantu ?" makcik itu senyum ke arah mereka .

"Hmm .. Kau nak air apa ?" tanya Mail . Adriana kaku memandang makanan dihadapannya .

"Bagi 2 jus epal ." makcik itu senyum dan berlalu pergi . Adriana memandang Mail . Keningnya terangkat .

"Thank you !"
"Hmm ... Makan cepat .."

"Dah ni untuk ganti nasi kau yang jatuh tu . Free air ." Mail bersuara .

"Mana air ?" makcik tadi datang sekali lagi membawa dua gelas jus epal .

"Wah .. tau pulak air favourite saya ." Mail mengangkat kening .

"Apa pulak ? Favourite aku lah . Aku taktau pun eh kau suka jus epal . Geli lah ." Mail menggelengkan kepalanya . Tiba-tiba telefonnya berbunyi .

"Ha apahal ?"
"Adriana ? Ha dia ada dengan aku ."
"Dewan makan ."
"Em , datang jelah ." Mail meletakkan telefonnya . Dia memandang Adriana .

"Siapa tu ?" tanya Adriana .

"Naim ." beritahu Mail .

"Adriana !" Adriana memandang ke arah jeritan itu . Kelihatan Naim berlari ke arahnya .

"Awak pergi mana ?" tanya Naim lalu duduk di sebelah Adriana . Dia memandang Mail .

"Kau buat apa dengan Adriana ?" tanya Naim tegas . Adriana memandang Naim .

"Dia ganti makanan saya yang tumpah tadi ." kata Adriana cuba untuk meyakinkan Naim . Naim memandang Adriana .

"Hmm .. cepat sikit makan . Mail , aku nak jumpa kau kejap ." Naim memandang Mail sekilas . Mereka berdua bangun meninggalkan Adriana yang terpinga-pinga .

"Asal ni ?" tanya Mail pelik . Naim mendekati Mail .

"Aku kena ikut mak aku pergi tengok tanah kitaorang dekat sana ."
"Sana mana ?"
"Dubai ." Mail terkejut .

"Jauh gila . Berapa lama ?"
"Sebulan ." sekali lagi mulut Mail terlopong . Boleh masuk lalat dah .

"Habistu kelas kau , upcoming quiz dengan tournament basket kau macam mana ?" tanya Mail . Dah la dia ni harapan sekolah .

"Tu aku nak mintak tolong kau ni ." Naim merayu . Mail memandang Adriana sekilas .

"Hmm ...Apa dia ?"
"Teman aku jumpa dekan ."
"Aik jumpa dekan terus ? Jumpalah dulu Cikgu Tahir ." Naim menggaru kepalanya yang tidak gatal  .

"Alaa takutlahh ... Nanti dia soal siasat aku . "
"Kau bukan buat salah pun ."
"Ala ... yang mana lagi penting ? dekan kan ?" Mail mengeluh .

"Ish yelah yelah ." Mail berpaling . Mereka berdua menghampiri Adriana yang sudah habis makan .

"Lamanya dating . Sampai lupa ada orang dekat sini ." perli Adriana . Naim gelak .

"Elelele .. apa salahnya ? Setiap hari asyik tengok muka awak je . Tengok muka Mail pulak ." Adriana senyum .

"Dah la . Aku balik dewan dulu eh . Jangan flirt eh . Nanti terbalik dewan nanti ." tegur Naim sambil menjeling ke arah Mail . Mail gelak .

"Ha dengar tu ." kata Adriana .

"Eh aku rela flirt dengan acik dewan makan ni daripada flirt dengan kau lah ." Mail menggoyangkan bahunya .

"Ehhh , amboi asam boi . Eleh taula awak jeles saya bersweet dengan Naim tadi kan .." Mail gelak besar .

"Hashtag perasan hashtag geli squared ." Mail ketawa lalu berlalu pergi .

"Eh awak tu ? Annoying kuasa tiga !" Mail gelak lagi . Betul betul mudah terhibur lah dia ni .

"Ha kuasa tiga apa ?" Adriana diam .

"Cubed lah ! Apalah ." Mail menolak kepala Adriana .

Eeeeeeeeeee !

xxx

"Wana !! Mana lifebuoy aku ?!" jerit Adriana dari dalam bilik air .

"Dalam tu lah . Mana ada dekat aku !" Wana jerit pula .

"Oh ha weh ambik kan sabun baru dalam locker aku bahagian atas !" Wana mengeluh . Menyusahkan betul .

"Ha nah ." Wana mencampakkan sabun buku itu ke dalam bilik air .

"WOI ! Sakitlah bengong ! Benjol kepala aku !" jerit Adriana . Nasib baik sabun buku . Kalau sabun botol , hilang dah kepala rasanya .

"Ala setakat benjol aku dah banyak kali kena lah . Baru sikit ." Wana gelak kecil . Tiba-tiba telefon bimbit milik Adriana berbunyi . Wana melihat ke skrin telefon itu .

Naim 💙 is calling ...

Wana menekan butang hijau ...

"Aaa assalamualaikum .. Naim eh ?" Apalah . Dah memang Naim yang call pergi tanya balik . Lain la kalau Adriana letak nama bangla sesat ke yang menjawabnya memang bangla la .

"Emm waalaikummssalam . Kenapa kau yang jawab ? Juliet aku mana ?" kata Naim sedikit marah .

"Eish marah marah . Kau ingat aku nak sangat jawab call kau kalau bukan sebab Adriana ." Wana menggenggam penumbuk . Naim ni memang tak berubah sejak dulu .

"Adriana tengah mandi . Nak aku panggil ?"
"Ehh boleh jugak . Nanti aku buat video call ."
"Eh kau ni aku bagitau Adriana kang ! Adriana !" Dalam diam gatal jugak .

Adriana keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya .

"Siapa call ?"
"Pervert tak bertauliah ."

Adriana mengerutkan dahinya .

"Hello ?"
"Adrianaaa !!"
"Ohh ni lah pervert tak bertauliah tu ."
"Eh apa pulak saya ?"
"Hmmm dah pandai dah ni eh . Belajar dari siapa ?" Adriana gelak kecil .

"Eh takde lah awak ni . Ni nak cakap dengan awak ni ."

"Saya nak jumpa awak boleh ? Rindu lah ."
"Eh ngada ngada . Baru jumpa tengahari tadi ."
"Ala please .."
"Hmm yelah .."

xxxxxxx

Di mamak ..

"Ha ?! Bila ?" suara Adriana yang sedikit kuat itu menarik perhatian mata-mata di sekeliling .

"Lagi 2 minggu ." Adriana mengeluh .

"Lamanya .."
"Hmmm .."

Adriana termenung seketika .

"Saya macam mana ?"
"Awak , sebulan je . Wana kan ada ."
"Bestfriend saya ramai . Boyfriend saya sorang je ." Naim mengeluh .

"Saya suruh Mail jaga awak ."

kk last ni tak logik chapter 7 tinggal 2 paragraph je lagiiii 1-2am author post
promote zzzz @ thatbananawly on ig yea 🤟👀
xoxo , bananawly ❤️

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now