21- kantoi

199 15 1
                                    

Makan malam ..

"Nana ! Cepatlah ! Lambat dah ni ." jerit Adam .

"Ha ye jap . Abang Nan semua dah siap ke ?"

"Diorang dah tunggu dalam kereta dah ."

xxxxxxxxxxxx

"Assalamualaikum .."

"Waalaikumussalam , Dahlia . Ha sampai pun . Ingat kan tak datang ."

"Dahlia ?" Adam ketawa kecil .

Adriana menyiku Adam .

"Ha masuklah ."

Addin , Iris , Adam dan Adnan pun masuk ke dalam banglo mewah itu .

Adriana memerhatikan sekeliling rumah itu . Besar dan moden . Semuanya putih .

Waw amazing .

"Eh , dah mana pulak Mail ni ?" tanya Datin Suliza saat tiada kelibat Mail di meja makan .

Adriana memandang kerusi kosong di sebelah Datin Suliza .

Mesti tu tempat Mail .

"Hmm Nana , kau panggil lah boyfriend kau tu ." arah Adam .

Kaki Adam ditendang sekuat hati .

"Adoii !"

Adriana memandang ke arah Datin Suliza . Dia tersenyum .

Eh bongok punya Adam .

Adriana menaiki tangga besar banglo itu .

Di hadapan Adriana sekarang ada lima bilik .

Dah mana pulak bilik Mail ni ?

Emm .. bilik ni kot .

Bilik yang berada di antara dua bilik dipilih .

Yang paling tengah la tu .

Tombol pintu dipulas .

Aduh bersepahnya bilik ni !

Beg bersepah , baju bersepah . Bilik dah lawa dah .

Mata Adriana menangkap cermin bilik itu .

MAIL'S ROOM TWO

Hah sah bilik dia !

Jap , room two ? Hah ? Maksudnya dia ada dua bilik ke apa ni ?

"Penceroboh !!!"

"Aaaaaa !"

Mail gelak . Adriana membuka matanya .

Bahu Mail dikarate . Atau bahasa mudahnya ditumbuk dan dipukul .

"Aduh sakitlah !"

"Mail , Dahlia , apa lama sangat tu ?" jerit Datin Suliza .

"Ha kejap , Ma ."

Mail memandang Adriana . Ketawa dilepaskan sekali lagi .

"Tak lawak lah ! Kalau saya ada sakit jantung macam mana ?" marah Adriana .

Mail senyap lalu memandang Adriana .

"Tu cepat turun . Semua orang tunggu awak ."

Seusai sahaja makan malam ..

"Eh biarlah saya yang basuh pinggan tu , Kak Ecah ." kata Adriana apabila ternampak bibik Mail ataupun Kak Ecah sedang membasuh pinggan .

"Aduh tidak mengapa , Cik Adriana . Ini memang tugas saya di dalam rumah ini . Perlu membuat kerja rumah yang ada di dalam rumah ini . Cik Adriana tetamu tidak perlulah membantu saya di sini dong ." terang Kak Ecah panjang lebar .

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now