25- pemusnah

186 14 4
                                    


"Ha kau belajar elok-elok . Ingat kata-kata aku . Belajar jangan sampai ke menara gading . Tetapi belajar lah sampai ke langit yang ketujuh ." kata Adam .

Ha sudah Adam ni . Dah mulalah kata-kata hikmat dia tu . Banyak dah dia bagi . Antaranya :

Kena jadi macam titikberat . Sebab walaupun kecil , tetap mempunyai ilmu yang memberatkan dia .

Yang ni tak leh move under . Eh silap move on .

"Ha apa apalah dam . Kau ambik aku ke nanti ?"

"Ye aku ambik . Tunggu dekat sini jugak lah ."

"Okay bye .." tangan Adam dicium . Sekasar mana pun Adriana kepada Adam , hormat terhadap abang masih ada .

Kereta Adam berlalu . Universiti dihadapannya diperhatikan .

Lama rasanya tak pergi . Eceh baru seminggu .

Hmm mana ....

Wana !

Adriana ternampak Wana yang sedang berjalan . Segera Adriana berlari ke arah Wana .

Sehinggalah ...

Adriana terlanggar seseorang .

Adriana terjatuh .

"Aduh !"

"Eh sorry sorry saya tak sengaja !"

Adriana memandang lelaki yang dilanggarnya .

Afieq .

"Eh Adriana ."

no no no .

Adriana berjalan daripada Afieq tetapi tidak berjaya .

Kerana tangannya ditarik .

"Sakitlah !"

Adriana menarik tangannya daripada genggaman Afieq .

"Tak malu ke pegang tangan anak dara orang ?"

"Cepat betul awak lupakan saya kan ?"

"Sebab mak saya kata jangan letak sampah dalam otak saya ."

Afieq mengetap rahangnya kuat .

"Eh kau ni geram aku . Siap kau , Adriana ."

Ei ada jugak orang gila dalam MSU ni .

Adriana berlari daripada Afieq .

Mana Wana ni ?

"Wana !" suara Adriana terlalu kuat sehinggakan hampir semua orang yang berada di sekelilingnya memandang ke arahnya .

"Eh kau ni , jangan jerit nama aku lah ."

"Hehe maaflah aku excited tengok kau . Nak peluk ."

Mereka berdua berpelukan .

"Rindu gila nak lepak dengan kau . Kau dekat kampung macam mana ?" tanya Adriana .

"Oh aku okay je . Tapi tulah ada orang tu tak bagitau perkembangan dia dekat aku ." Wana membuat muka .

"Laa aku ingatkan dekat kampung kau takde line , aku diam je la tak kacau kau ."

"Takde line apa benda nya ? Internet kampung aku lagi laju daripada internet dekat rumah aku ."

"Wah padu ." Mereka berdua ketawa .

"Ha ni cerita kau dengan Mail apa cerita ?" tanya Wana secara tiba-tiba .

"Taknak la bagitau ."

"Sebab aku dah tau , saja je tanya ." Wana gelak .

Adriana memandang Wana .

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now