18- kembali

224 16 2
                                    



"Kenapa awak menangis ?"

Soalan yang diutarakan tidak dipeduli . Adriana memandang jasad dihadapannya .

"Apa awak buat dekat sini , Naim ?"

"Saya nak jumpa awak ."

"Ha ? Jap saya tak faham . Awak datang Malaysia buat apa sebenarnya ?"

"Saya nak belajar dekat Malaysia . Saya nak jumpa awak ."

"Apa awak ni , Naim ? Saya peninglah dengan awak !"

Naim menarik tangan Adriana untuk duduk bersamanya .

"Saya dah fikir masak-masak . Saya nak tinggal semua benda dekat Dubai . Saya nak duduk dengan awak dekat Malaysia ." pengakuan Naim yang berani mati itu mengelirukannya .

"Awak..."

PAP ! Satu tamparan mengenai muka Naim .

"Apa semua ni , Naim ? Hah ?"

"Saya datang sini balik untuk bersama dengan awak , Adriana . Saya rindukan awak ."

"Naim , saya dah ada orang lain . Saya dah tak ada perasaan dekat awak ." luah Adriana . Raut wajah Naim berubah .

"Siapa ? Mail ?"

"Awak , dia tu buaya darat !"

"Dah la Naim . Saya sayangkan dia sebab awak ! Awak yang plan semua ni . Awak yang percayakan Mail . "

"Saya ingat awak setia dengan saya ."

Adriana menggelengkan kepalanya .

"Awak sedar tak semua ni jadi sebab awak ?!"

Adriana berlalu meninggalkan Naim .

Aku akan dapatkan balik hak aku , Mail .

PAGI ITU ..

Telefon Adriana berbunyi .

"Hello ?"

"Adriana , ambik aku dekat kampus weh ."

"Hah kenapa ?"

"Tayar basikal aku pancit lah ."

"Ha yelah jap tunggu aku ."

Kunci basikal Adriana diambil . Hauslah . Adriana singgah sebentar ke mesin air . Air milo kotak sejuk menjadi pilihan . Baru sahaja Adriana pusing ke belakang , milo kotak Adriana terlepas daripada pegangannya . Duit berterabur .

"Eh s-sorry .." Adriana mengutip duit yang berterabur .

Adriana memandang wajah orang itu . Bibir dan pipinya lebam teruk .

"Awak okey ke ?" Adriana ingin memegang pipi wajah itu tapi ditepis kuat .

"Jangan sentuh aku ." Adriana tergamam . Baru dua hari lepas dia dan Mail berkomunikasi dengan agak baik .

Mail menjeling Adriana .

"Awak ." panggil Adriana .

"Saya minta maaf . Saya tau saya salah ." Mail menghampiri Adriana . Lebam di mukanya jelas .

"Memang salah kau pun . Kau tau tak aku kena tumbuk sebab kau ?" Adriana tunduk .

Mail memandang Adriana yang tunduk . Air mata Adriana bergenang . Mail tahu , bukan salah Adriana . Jika dirinya tidak  terlalu sayangkan Adriana , Naim tidak akan berbuat sebegini . Salah Mail juga .

Kalau tersuka pun , aku akan buang perasaan aku jauh jauh . Aku takkan khianat kawan aku sendiri .

Dan Mail telah mungkiri janjinya .

"Aku nak kau jauhkan diri kau daripada aku . Aku taknak jumpa kau . Start over . Strangers ." dan Mail tahu ketika itu air mata Adriana tumpah . Air mata Mail juga jatuh .

Aku pun sakit , Adriana . Aku buat macam ni sebab aku sayang  kau . Aku sayang kita .

Untuk kebaikan kita .

Adriana melihat Mail berlalu begitu sahaja . Adriana sedih dan buntu pada masa yang sama . Siapa yang tumbuk dia ?

xxxxxxxxxx

"Haaa mana kau pergi ? Setengah jam aku tunggu ." marah Wana sambil bercekak pinggang . Wana mengamati wajah Adriana .

"Kau pahal nangis ni ? Afieq ? Mail ? Naim ?"

"Naim ada dekat sini ."

"Ha ?"

"Dia ada dekat Malaysia ."

Wana menekup mulutnya .

"Tu dia kan ?" Adriana memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Wana .

Kelihatan Naim sedang duduk berborak dengan rakan-rakaannya yang lain .

Tiada Mail . Gaduh ?

"Apa jadi sebenarnya ?"

HAIIIIIIII sorry pendek !!! cuti thaipusam yeayy ! thank you for 600+ readers & 70+ voters ❤️❤️❤️❤️❤️ btw cerita nii belum habis lagiii ! author takkan buat cerita tergantung hehehe ....
thank u fr ur supports !!!! sorry late update 🙁⭐️ btw enjoyyy yaaa !!!!! 💚💚💚💚💚💚

lots of love from bananawly ❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now