17- degil

204 16 5
                                    

"Biar betul kau ni , Adriana ?" tanya Wana tidak percaya .

"Yelah , takkan aku nak tipu pulak ."

"Adriana , he is the biggest playboy in this university !" Adriana memandang Wana tajam .

"Aku tak percaya lah gossip macam tu ! Lantaklah apa orang kata ."

"Adriana , dia..."

"Dahlah , Wana ! Kau nasihatlah berapa banyak karangan sekali pun , aku takkan percaya apa yang orang kata pasal dia !"

"Kalau kau tak percaya diorang , percayakan aku . Kau kawan baik aku . Aku takkan tipu kawan baik aku sendiri ."

"Kau dengki kan dengan aku ?"

"Adriana , aku tak kisahlah siapa boyfriend kau . Tapi bukan playboy ."

Adriana teringat kejadian petang tadi . Dia dan Wana gaduh teruk . Sunyinya .

Tiba-tiba Adriana teringatkan Mail . Rindunya ya allah . Apa jadi dengan dia sekarang ni ? Dia mesti dah lupakan aku . Dia mesti dengan Arissa .

Mata Adriana menangkap sesuatu . Panjang umur . Kelihatan Mail dan Arissa bergelak tawa . Air mata Adriana mengalir . Pantas pipinya dilap .

Aku rindu suara dia , gelak dia , senyuman dia . Ya allah sakitnya perasaan ni .

Dan setelah sebulan berlalu , aku tahu yang ..

Aku sayang dia .

Tapi Afieq ?

ADRIANA melihat surat-surat yang dihantar oleh pengirim misteri itu . Adriana tidak membalas surat-surat itu lagi selepas mendapat surat yang kedua . Malas katanya .

Siapa yang bagi surat ni ? Aku kena cari siapa dia .

HARI ini hari sangat bermakna buat warga MSU . Hari ini genap 88 tahun MSU ditubuhkan . Semua pelajar berkumpul di dewan untuk meraikannya .

"Terimalah persembahan pembukaan oleh pelajar MSU !!" tirai pentas dibuka . Adriana tidak dapat lihat siapa yang berdiri di atas pentas itu .

Dan apabila lampu pentas itu semakin terang dan Adriana diam dan kaku .

"Lagu ini saya tujukan kepada seseorang yang saya sayang dalam diam dan ingin saya miliki . Dengarkan ." Matanya memandang Adriana selepas ayat pertama disuarakan .

Mungkin dia nak bagitau aku yang orang tu bukan aku . Sabar , Adriana .

Sayang tidak semestinya dengan memiliki .

"Biar waktu tentu takdir kau dan aku .

Biar hati jadi saksi bersamamu ."

Adriana teringat surat hijau yang dia dapat setiap hari .

"Namun aku tak sanggup merelakan hancur semua

Namun ku tahu yang kau harusku lepaskan ." Mata mereka bertentangan .

Lirik lagu ni sama dalam surat tu . Tak mungkin .

"Biarkan semua kenangan yang indah .

Akan selalu ada kau dan aku bersama ."

Tak . Tak mungkin .

"Biarkanlah sayang cinta kita hilang

Walau kita tak rela tinggalkannya demi kita , demi kita ."

Bukan dia yang tulis . Bukan . Dia dengan Arissa .

"Ku doakan kau terus dengan jalan yang baru .

Andai itu adalah yang terbaik untukmu ."

Bukan . Bukan Mail . Aku dengan Mail takde apa-apa . Adriana memandang Mail . Mata Mail asyik merenung Adriana seperti dia ingin menyampaikan sesuatu .

"Lepaskanlah , biarkanlah cinta kita berakhir .

Dah tertulis mungkin kita kan bersama semula ."

Mata Adriana dan Mail bertentangan lama . Adriana yakin . Surat itu ditulis oleh Mail .

Apa maksudnya ?

SELEPAS tamat majlis itu , semua orang berpusu-pusu ke dewan makan untuk mengambil makanan . Kecuali Adriana . Adriana termenung seketika . Dia masih memikirkan tentang surat itu .

Kalau Mail yang tulis , kenapa ? Kenapa surat tu untuk dia ? Takkan dia suka aku kot . Mustahil . Baru sahaja Adriana bangun daripada kerusinya , ada satu suara menyapa .

"Memang surat tu aku yang tulis . Tak payah nak fikir sampai pening ."

Adriana memandang belakang .

"Mana ada saya cakap apa-apa ."

"Mesti kau pelik , kenapa aku tulis surat tu untuk kau kan ?"

"Kenapa ?"

Mail mendekati Adriana .

"Takpelah . Aku tak nak dituduh perampas ." dan Mail pun meninggalkan Adriana . Terpinga-pinga .

Hah ?

TELEFON Adriana berbunyi .

"Hai , Afieq ."

"Hai . Buat apa tu ?"

"Tengah siapkan assignment ni ."

"Ohh .. Ni saya nak bagitau yang kita tak jadi jumpa . Saya ngantuklah . Lagipun banyak kerja yang saya kena siapkan . Awak duduk je lah dalam bilik eh ?"

"Oh okay . Tidur awal tau . Bye , I love you ." 

Panggilan dimatikan . Dan saat itu Adriana terfikir . Dia sayang Afieq dan Mail pada masa yang sama . Aduh , ni kalau orang lain tau , maunya dilabel playgirl .

SEUSAI  sahaja solat maghrib ..

Perut Adriana berkeroncong  .

Laparnya . Nak pergi cafelah .

AYAM goreng yang dibeli lima minit tadi diratab dengan penuh nikmat . Adriana bangun pergi membasuh tangannya . Ketika Adriana pusing ke belakang , masa seolah-olah terhenti .

Adriana terus berlari ke belakang cafe itu .

Dia terduduk sambil menangis . Ulangan tayang Afieq dan Arissa berpegang tangan dan bergelak tawa asyik bermain di dalam fikirannya . Patah hati lagi .

Tulah degil lagi . Betul lah apa yang Wana dengan Mail kata . Padan muka kena batang hidung sendiri !

"Adriana ?"

JENG JENG JENGGGGG !! 

XOXO bananawly 🖤

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now