20- jiran

215 23 6
                                    

"Kenapa pandang macam tu ?" tanya Waiz kepada Mail yang sejak daripada tadi termenung sahaja .

"Woi !" bahu Mail ditolak .

"Mana boleh berserah !" Waiz gelak . Mail meraup mukanya .

"Ish , kau ni ! Saja je !" Mail menolak bahu pula Waiz .

"Ha tu lah  .. Kau fikir apa sampai mengelamun teruk ni ?" tanya  Waiz .

"Aku kena pindah rumah la dekat Ampang . Tapi kena balik rumah setiap hari ."

"Ha bagus lah . Kosong bilik kita . Lagi pun , aku malaslah ."

"Hmm ... Eh petang nanti kau ada kelas tak ? Kalau takde bolehlah teman aku pergi kemas barang ." ajak Mail .

"Ha bereh ."

xxxxxxx

Malam ...

KRING KRING !

"Adriana phone kau !" jerit Wana . Pantas Adriana menjawab telefon .

"Ha Iris , ada apa call Kak Nana ?"

"Abang Nan suruh Kak Nana balik ."

"Ha balik ? Kenapa ?"

"Ibu dengan abah pergi France ."

"Hah ??" terkejut Adriana mendengarnya . France ?

"Ye . Takyah terkejut sangat . Kau kena jaga Addin dengan Iris ." tiba-tiba suara garau Adam muncul .

"Kenapa aku ? Kau dengan Abang Nan lah jaga ."

"Aku ada banyak projek lah , Nan pun ada banyak photoshoot ."

"Ei yela yela . Bila kau datang ?"

"Bukan aku yang ambik kau . Orang lain ."

"Siapa pulak ?"

"Datin Suliza , jiran baru kita ."

xxxxxx

20 minit kemudian ..

"Eih mana Datin ni ?" Adriana terlihat kereta Audi merah berhenti di hadapannya . Ni lah kot Datin tu . Tingkap kereta diturunkan .

"Dahlia eh ?" Adriana mengangguk . Dahlia ? Peliknya .

"Ni Aunty Suliza . Jiran baru sebelah rumah Dahlia ."

"Ohh .. Okk ."

"Jomlah naik ."

Sepanjang perjalanan di dalam kereta , Aunty Suliza dan Adriana berborak rancak . Sekali sekala matanya memandang susuk tubuh seorang lelaki dihadapannya .

'Anak Datin tu kot .  Pemalu betul orangnya .' bisik hati Adriana .

xxxxxxx

Sesampainya di rumah mereka , Adriana pantas berlari ke belakang kereta untuk membantu Datin Suliza mengangkat barang . Muka lawa takde adab takde guna .

"Aunty pergilah masuk dulu . Biar saya tolong angkat barang ."

"Eh tak payahlah . Susah-susah je ." halang Datin Suliza .

"Takpe . Aunty rehat eh ." Datin Suliza senyum . Adriana senang hati lalu mengangkat satu beg galas .

Tiba-tiba seseorang datang dari kiri Adriana .

"Oi !!"
"Oh mak kau anak itik tok wi terbang !" beg galas yang berada di dalam genggaman Adriana dipukul ke arah tubuh itu .

"Aduh aduh !" Adriana diam dan beg galas diturunkan . Mail ?

"Eish awak ni ! Apa awak buat dekat sini ?" Adriana menjeling Mail yang masih lagi menggosok lengannya yang dipukul kuat .

"Eh aku yang patut tanya kau soalan tu eh . Dah la pukul orang sekuat hati ."

"Eh apa pulak ? Rumah saya memang dekat sini and rumah sebelah ni patutnya kosong . Awak yang menyelit duduk sini ." marah Adriana .

"Kau stalk aku eh ?" jari Mail dituding ke arah hidung Adriana .

"Apa pulak ? Awak yang stalk saya ." tangan Mail ditolak ke bawah .

"Aku stalk kau ? Mummy aku baru bagitau yang kau ni jiran baru  aku sebelum kau masuk kereta lagi sebenarnya ."

"Eishhhhhh kenapa mesti......"

"Apa yang bising-bising tu ? Adriana , Mail , masuk la rumah . Biar Kak Ani yang angkat barang ."

xxxxxxxx

"Ha Dahlia , malam ni jemputlah datang rumah . Boleh makan ramai-ramai . Ajak adik-adik sekali ." ajak Datin Suliza apabila Adriana duduk di sofa bersebelahan dengannya .

"Boleh ke , Aunty ? Segan saya dengan Aunty ." ewah Adriana ayu pulak dah .

"Mummy kenapa ajak dia ? Buat semak je ." suara Mail mencelah dari meja makan .

"Eh Mail . Apa cakap macam tu ? Tetamu ni kan bawa berkat ." Mail menjeling Adriana . Datin Suliza memandang Adriana .

"Maaflah ya , Dahlia . Anak Aunty ni memang macam ni . Nakal ." perli Datin Suliza .

"Mummy !" jeritan Mail membuatkan Adriana geli hati .

"Eh takpe , Aunty ." Adriana senyum .

"Saya balik dulu eh . Assalammualaikum , Aunty ."

"Waalaikummssalam ."

xxxxxxxxxxx

"Assalammualaikum . Nana dah balik ."

"Waalaikummssalam . Ha monyok macam tikus mondok ni apahal ?" tegur Adam sebaik sahaja Adriana bersalaman dengannya .

"Datin Suliza ajak kita makan malam dekat rumah dia malam ni ."

"Laa baguslah tu . Yang kau ni apahal ?"

"Takde apalah . Tolong bawakkan barang aku naik atas ."

"Ha ye ." Adam menuruti sahaja memandangkan wajah Adriana kelihatan penat .

"Abang Nan , Addin dengan Iris mana ?" tanya Adriana apabila keadaan rumah sunyi sepi .

"Abang Nan kau kerja , dua ekor tu sekolah . Jap lagi balik la tu ."

"Ooo ok ."

omggg 1k reads !!! 😭😭😭 thanksssss semuaaaa ❤️❤️😭 sorry sangat lama senyap huhu 😢 TQ TQ TQ buat yang masih menunggu dan membaca story EN ni huhu sayang korang 😭💙💙💙 author try post sebanyak yang boleh ❣️

XOXO bananawly 💙💙❤️❤️

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now