14- priority

214 16 4
                                    


Kenapa aku rasa macam ni ?

Dua minggu lagi , Mail . Dua minggu lagi . Sekejap je .

JAM di tepi katil dilihat .

"Hah ? Dah pukul 4 dah ? Aduh aku tak tidur lagi ni ." rungut Adriana .

Kalau tak boleh tidur , nak buat apa eh ?

Aplikasi Instagram dibuka . Terpampang gambar Naim dan seorang perempuan .

Hmm .. Girlfriend baru kot . Haih . Baru 2 minggu . Cepatnya move on .

Ehh , aku ? Mail ? Adriana menggelengkan kepalanya .

"No to the no to the no no no . Mail hanya sementara . Sementara . Highlighted !"

"ABANG Nan ! Nana dah siap dah ni !" jerit Adriana . Adriana mendekati ibu dan ayahnya .

"Bye ibu , abah ." tangan kedua orang tuanya dicium .

"Jangan asyik berangan . Belajar dulu , baru berangan ." pesan Puan Adila .

"Tulah . Nana banyak berangan . Hari tu kan dalam bilik , Nan....." mulut Adnan ditekup oleh tangan Adriana .

"Apala Abang Nan ni !" Adnan ketawa .

"Bye ibu , abah !"

DALAM perjalanan ..

"Nana , apa jadi dengan date Nana tu ?" tanya Adnan memecah kesunyian .

"Date apa pulak ni ?"

"Date dekat tasik hari tu . Eleh buat buat lupa pulak ."

Oh , Mail .

"Ha okay je . Kenapa ?"

"Taklah . Takkan takde seciput perasaan suka kot ?" tanya Adnan .

"Apa tadi ? Seciput ?"

"Ha la ." Adnan ketawa .

"Memandai je eh ." bahu Adnan dicubit .

Adriana senyum .

Ada Abang Nan , tapi bukan seciput .

PINTU bilik dikuak .

"Adriana !!!" tubuh kecil Adriana dipeluk .

"Aduh ! Wana , sebelum kau peluk aku macam bantal peluk kau , baik kau tolong aku angkat barang-barang ni masuk dalam ." Wana senyum lalu mengangkat barang-barang Adriana masuk ke dalam bilik mereka .

"Takde cerita apa-apa ke ?" tanya Wana . Adriana duduk di atas katilnya .

"Cerita apa ? Kau ni kan , gossip je ."  marah Adriana .

"Taktau ke ? Tadi Kak Rissa gaduh dengan Mail dekat cafe ."

Kak Rissa ?

"Kak Rissa as in Nadia Arissa ?" Adriana kenal Kak Rissa kerana dahulu Kak Rissa pernah bermain bola jaring .

"Normal lah tu ." Adriana tidak suka mengambil tahu tentang hal orang lain kecuali tentang dirinya .

"Masalahnya , time diorang bertekak tu , aku dengar nama kau !"

Langkah Adriana terhenti .

Kenapa pula ? Apa kaitan Kak Rissa dengan aku ?

"Kenapa pulak ?" tanya Adriana .

"Manalah aku tau . Cuba kau tanya Mail sendiri ."

Telefon Adriana dicapai . Mail beritahu bahawa tiada kelas pada hari ini . Jadi , Adriana tidak menganggu jadual Mail . 

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now