Adriana pergi ke dapur untuk melihat Puan Muna .
"Ibu , macam mana dia boleh tau rumah kita ni ?"
Puan Muna memandang Adriana .
"Tak silap ibu , Abang Nan yang bawak dia tadi ."
"Hah ? Kenapa Abang Nan yang bawak dia kat sini ?" memang bukan satu keluarga yang tahu Adriana sudah tiada apa-apa hubungan dengan Naim . Tetapi Adnan lah antara orang pertama yang tahu tentang mereka berdua .
"Assalamualaikum .."
"Ha tu Abang Nan dah balik ." Adriana pergi ke pintu rumah melalui ruang tamu . Kelihatan Naim sedang menikmati teh yang dibuatnya tadi . Naim yang menyedari kehadirannya memandangnya dengan pandangan redup .
Sebaik sahaja Adriana berdiri di belakang Adnan , tangan Adnan ditarik .
"Eh apa tarik tarik ni ?" tanya Adnan sebaik sahaja mereka berdua duduk di atas katil Adriana .
"Kenapa abang bawak Naim pergi rumah kita ? Abang sendiri tau kan yang Nana tengah marah dekat Naim ?" suara Adriana cuba dikawal .
Adnan mengeluh .
"Abang Nan saja je bawak dia pergi sini . Tetamu kan bawak berkat ."
"Abang Nan saja je kan ? Saja nak rapatkan Naim dengan Nana balik ?"
Adnan diam .
"Nana , dia dah tolong abang permudahkan urusan abang . Apa salahnya abang tolong dia balik ?"
"Abang boleh tolong dia balik tapi bukan dengan cara macam ni !" Adriana menengking .
Adnan diam . Tidak tahu untuk membalas apa .
"Abang keluar ."
"Nana , abang minta maaf ."
"Nana kata keluar , keluar lah !"
Dan dengan itu , Adnan membuka langkah perlahan menuju ke pintu bilik Adriana .
I promise , i will make it up to you .
xxxxxxxxxx
"Aku minta maaf , Adnan . Aku tak sangka dia boleh marah kau macam tu ."
Adnan hanya menggelengkan kepalanya . Menyesal kerana tidak berfikir terlebih dahulu .
"Dah lah , Naim . Back off . Dia dah ada orang lain . She won't come back to you ."
"Kau tak faham , Nan . Aku dah lama dengan dia . Aku balik sini pun sebab dia ."
Wajah Naim dipandang .
"Ye , aku tau . Tapi bunga bukan sekuntum . Stop wasting your time loving people who doesn't love you as much as you love them .
Aku tau susah untuk kau lepaskan Adriana . Tapi cukup sampai sini je usaha kau untuk dapatkan dia . Mungkin kau akan dapat perempuan yang lebih baik daripada dia ."
Naim tunduk .
xxxxxxxxx
Steak yang dipesan hanya ditenung .
"Awak okey ke ni ? Kenapa tak makan ? Tak sedap eh ? Tak sedap bagi saya ." pinggan Adriana ditarik .
Tangannya dipukul kuat .
"Aduh !"
"Saya tak cakap apa apa pun eh dekat awak yang saya tak nak makan !" Adriana meninggikan suaranya sedikit . Bimbang jika orang sekelilingnya terdengar .
Wajah Adriana dipandang gerun .
Period ke ?
"Awak ... awak per....."
"Per apa hah ?"
"Awak period ke ?" Mail tanya dengan sekali nafas .
"Mana ada !!"
Hmm , period lah tu .
Kerusinya ditarik ke hadapan sedikit supaya wajah Adriana dapat ditenung .
"Apa awak ni ?"
Kepala Mail diletakkan di atas dagu .
"Apa kata awak tarik nafas , lepas .."
Adriana ikut kata Mail . Akhirnya dirinya sudah mula tenang .
"Okay sekarang ni , buah hati saya . Sila beritahu saya apa masalah anda supaya anda tidak akan rasa terbeban dengan masalah anda ."
Jelingan Adriana kepada Mail bertukar menjadi senyuman .
"Kenapa ni , hmm ?"
xxxxxxxxxxxxx
Mail tidak bercakap selepas Adriana menerangkan apa yang terjadi .
Hatinya tidak tenang .
Tindakan Adnan sangatlah mengelirukannya .
Sesampainya sahaja kereta Mail dihadapan rumah Adriana , Adriana memandang ke arah Mail .
"Awak ?"
Mail memandang Adriana .
"Jumpa esok ."
"Hmm ."
xxxxxxxxx
Esoknya ..
"Nana turun makan !" jerit Puan Muna .
Adriana turun dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar hitam .
"Eh , kamu nak pergi mana ni cantik-cantik ni ?" Adnan yang sedang duduk di meja makan memandang Adriana .
"Nana makan kat luar sebab ada janji dengan kawan ."
Adnan dijeling tajam .
"La ye ke ? Ibu masak lebih untuk kamu ni sebab lauk favourite Nana ."
"Takpe , ibu simpan . Malam ni Nana panaskan Nana makan ni je lah ." satu senyuman terukir di bibir Puan Muna .
"Yelah . Kamu hati-hati dekat luar tu tau . Balik cepat-cepat ."
Tangan Puan Muna dicium .
"Okay , ibu . Nana pergi dulu . Kirim salam dekat Babah tau ."
"Eh , suruh la Abang Nan hantarkan ." Adnan bangun daripada kerusi .
"Eh tak payah lah . Mail nak hantarkan ." Adnan dijeling sekali lagi .
"Bye , ibu !"
sksjskskkss LAMANYA AKU TAK UPDATE 😭😭 sorry if chapt kali ni pendek sikit , btw since corona is all over the world , stay home and safe ya ! ❣
BTW THIS BOOK REACHED 3K READERS SJSJJSDNNS THANK YOUUU !!!!❤❤❤
YOU ARE READING
𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔
RomanceAdriana Dahlia , 18 seorang pelajar kolej di MSU . Hidupnya serba sempurna ketika kali pertama memasuki kolej berpengaruh itu . Tetapi , hidupnya kembali tunggang terbalik apabila seorang jejaka idaman , Ismail Izzani yang tua setahun daripadanya su...