35- mangsa

73 9 0
                                    

"Iris, tolong bawak Abang Nan punya camera ni ha." arah Adam.

"Ala, suruhlah Addin. Dia tak buat apa apa pun daripada tadi." protes Iris yang sedang melihat telefonnya.

"Eh, apa aku pulak?" bahu Addin pantas ditepuk.

"Eish, jangan bisinglah. Abang Nan baru balik hospital." tegur Puan Muna. Adnan sekadar senyum melihat telatah adik-adiknya.

Adnan menyusun langkah menaiki tangga, menuju ke biliknya yang sudah lama tidak diduduki.

Adriana memandang Adnan daripada jauh. Dia mahu berborak dengan Adnan seperti biasa. Tetapi, dia segan.

Adam yang menyedari Adriana yang mengelamun di tepi tangga menghampirinya.

"Nana, kau asal?" tegurnya.

"Abang Nan."

"Pergilah. Bukan orang lain." Adam menyiku Adriana. Adriana akur jua.

Langkahnya dituju ke arah bilik Adnan. Adriana sudah berada dihadapannya.

Nak ketuk ke taknak? Nak ketuk ke taknak?

Baru sahaja dia ingin mengangkat tangannya untuk mengetuk, pintu itu dibuka dari dalam.

"Eh, Nana? Buat apa ni?" Adriana memandang wajah Adnan sekilas. Reaksinya biasa.

"Emm, Abang Nan. Nana nak cakap dengan Abang Nan boleh ke?"

"Boleh. Jom masuk." Adriana duduk di atas katil empuk abangnya sementara Adnan menutup pintu.

"Nak cakap apa tu?" Adriana menarik nafas dalam.

"Nana nak mintak maaf sebab, Nana marah Abang Nan hari tu." Adnan mengukir senyum.

"Takde apalah. Abang Nan dah lama lupa benda tu. Lagi pun, Abang Nan faham." Adriana memandang Adnan.

Dia turut senyum.

"Abang Nan."

"Hmm?"

"Abang kan ada kata yang abang tolong dia sebab dia tolong abang kan?" Adnan mengangguk.

"Apa yang dia tolong abang tu?"

"Oh. Ada model ni dia nak photoshoot, tapi dia takde tempat cantik. Dia suruh abang yang cari sebab abang kan photographer dia. Kebetulan pulak Naim tu...."

Adriana hilang fokus apabila Adnan menyebut nama Naim.

Dia masih tidak boleh terima apa yang dilakukan olehnya.

"Nana?" Adriana memandang Adnan.

"Dengar ke?"

"Dengar, dengar." Adriana bangun daripada katil Adnan.

"Abang Nan, Nana nak pergi somewhere jap. Ada emergency. Kalau Nana lambat balik, lunch je dulu tau. Bagitau ibu dengan babah."

"Ha yelah. Baik baik."

-

"Kalau ikut alamat rumah dia sekarang, ni lah rumahnya." beritahu Wana.

Pagi itu, Adriana mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Naim. Bukan untuk menyerang, tetapi untuk mengesahkan apa yang dikatakan oleh Afieq.

Adriana yakin, pasti Naim juga mempunyai penjelasannya yang tersendiri.

Adriana memerhatikan rumah semi-detached itu. Tak besar, tak kecil. Saiznya sempurna. Banyak pokok yang ditanam diluar.

Adriana senyum, teringat akan hobi Naim yang suka bercucuk tanam.

Loceng rumah itu ditekan tiga kali. Beberapa minit kemudian, pintu coklat di dalam dibuka.

Kelihatan Naim yang berpakaian t-shirt putih dan berseluar trek memanjangkan lehernya ke arah mereka.

Dia menyarung selipar pada kaki lalu menghampiri Wana dan Adriana.

"Ada apa awak datang ni? Tak bagitau, tak buat apa." Naim menjeling sekilas ke arah Adriana.

"Em, saya minta maaf. Saya pun tiba-tiba rasa nak datang." Adriana memandang Wana yang berada di belakang.

"Cakaplah." bisik Wana.

"Saya nak cakap pasal Afieq."

Naim menoleh ke arah Adriana.

-

"Adriana, saya rapat dengan Adnan. Saya takkan buat macam tu."

"Maksudnya awak takde kena mengena lah kan?" tanya Adriana.

Naim mengeluh berat.

"Saya tak cakap macam tu."

"Habis tu macam mana?" desak Adriana.

"Afieq tau saya nak sangat dekat awak. Dia gunakan saya. Dia suruh saya buat abang awak accident." rahang Adriana jatuh.

"Tapi saya tak buat. Sebab saya tau, saya tak dapat apa pun kalau saya buat macam tu. Sebab tu lah, Afieq buat sendiri kerja kotor tu."

"Dia bagi tau saya, kalau saya bagitau orang lain pasal benda ni, nanti dia akan bagitau dekat orang lain yang saya yang buat semuanya." terang Naim panjang.

Adriana menarik nafas panjang. Kena hadam betul-betul ni.

"Tapi, dia dah bagitau orang lain yang awak yang buat." Naim memandang Adriana.

"Sebab saya bagitau awak. Lepas tu, awak bagi tau Mail. Memang Afieq taulah." berang Naim. Ekspresi mukanya berubah. Mungkin geram dengan Adriana.

"Naim, saya-" Baru sahaja Adriana ingin menghabiskan ayatnya, kedengaran seseorang menekan loceng rumahnya.

"Siapa tu?" Mereka bertiga keluar. Kelihatan dua orang lelaki berbadan sasa lengkap berpakaian polis berada di hadapan pagar rumah Naim.

"Ada apa ni, Tuan?"

"Kami nak berjumpa dengan Encik Naim."

"Sayalah orangnya. Kenapa ya?"

Dua polis itu memandang sesama sendiri.

"Encik Naim, sila ikut kami ke balai."

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now