36- lokap

75 9 0
                                    

Adriana tidak keruan.

Naim baru sahaja ditahan oleh polis atas cubaan membunuh.

Siapa yang report dekat polis ni?

"Mail."

-

Meja itu dipukul kuat. Pedih ditapak tangan tidak dihiraukan.

"Awak ni suka sangat kan buat keputusan terburu-buru?" tengking Adriana.

"Keputusan terburu-buru apanya? Bukti dah ada." jawab Mail tenang.

"Bukti apa? Bukti voice recording tu? Tu bukan bukti. Tu penjelasan daripada satu pihak. Awak tak boleh buat report macam tu je."

"Yang awak nak marah-marah sangat ni kenapa? Sayang sangat ke dekat Naim tu?" Mail mula bengang.

Aku dah buat apa yang patut.

"Sekarang ni bukan soal saya sayang dia ke tak, tapi soal polis tahan Naim tanpa dengar penjelasan daripada dia dulu."

"Eh, Adriana kalau awak sayang dia lagi, cakaplah. Nak main back up back up pulak dah."

"Awak ni kenapa, Mail? Saya cakap pasal benda yang penting tau sekarang ni. Yang awak ni? Tak habis habis dengan benda tak matang macam ni."

Mail berdiri.

"Benda tak matang? Oh, tak matang. Habis tu, pasal Naim ni matang lah? Oh. Macam tu." perli Mail.

"Mail, awak ni kenapa?"

Datang bulan kot dia ni.

"Saya geram lah, Adriana! Saya dah buat macam-macam untuk awak sentiasa dengan saya tapi awak? Tak habis habis dengan Naim awak tu. Dia dah masuk lokap, lantak dia lah! Apa yang penting sekarang ni, kita."

"Apa awak cakap ni? Naim tu kawan baik awak tau. Kawan baik awak, bukan orang lain."

"Kawan ke tak kawan lantaklah, janji saya dapat apa yang saya nak."

Adriana mengetap rahangnya kuat. Geram dengan sikap Mail yang tidak berfikiran waras, atau bahasa kasarnya, gila.

Ya, gila. Kawan mana yang sanggup masukkan kawan dia dalam lokap?

-

Adriana pulang ke rumah petang itu dengan keadaan yang sangat penat.

Letih, dengan apa yang terjadi.

"Kak Nana, dah makan ke?" tegur Iris yang baru sahaja selesai mencuci pinggan di dapur.

Adriana sekadar menggeleng. Takda mood nak makan.

"Nak Iris panaskan lauk tak? Lauk banyak lagi rasanya tadi. Ibu suruh tinggal dekat Kak Nana." tanya Iris lembut.

Adriana memberikan segaris senyuman kearah adik perempuan bongsunya itu.

"Takpe, Iris. Malam ni Kak Nana panaskan. Tak lapar lagi."

"Okey."

-

Pagi itu, Adriana bersiap awal untuk pergi ke tempat Naim ditahan.

Dia ingin memberitahu Naim bahawa dia akan mengeluarkan Naim daripada situ kerana dia tidak bersalah.

-

"Naim Daniel." Wajah Naim terangkat. Dia memandang warden penjara itu.

"Ye saya."

"Ada pelawat datang."

Pelawat? Siapa pulak nak datang ni?

"Apa awak buat dekat sini? Nak cakap tahniah dekat saya sebab dah masuk lokap?" tanya Naim acuh tak acuh.

Adriana mengeluh. Dia memegang telefon itu kuat.

"Saya minta maaf, Naim. Saya taktau apa-apa pun pasal hari tu." Adriana akui.

Naim senyum senget.

"Awak ingat saya taktau ke awak plan untuk perangkap saya? Awak suruh boyfriend awak tu report polis lepas tu bila polis datang rumah saya, boleh lah diorang tahan saya. Kan?"

Adriana memandang Naim dengan pandangan tidak percaya.

Bagi Naim, itulah teorinya. Adriana dan Mail memang sengaja ingin mengenakannya. Adriana mengajak Wana berjumpa dengannya agar tidak nampak ragu-ragu.

"Naim, saya taktau pun yang Mail tu buat report polis."

"Lantak awaklah. Malas saya nak percaya."

"Kenapa awak tak percaya saya?" Naim memandang Adriana.

"Kenapa saya tak percaya awak? Awak yang patut tanya diri awak tu, kenapa awak tak percaya saya. Saya penat, Adriana. Saya dah takde siapa-siapa dah kecuali adik saya. Itu pun tengah sekolah lagi. Saya tak tau dia nak makan apa dekat sekolah kalau takde duit belanja." suara Naim mula perlahan.

Mungkin ini takdirnya. Dia tidak boleh melawan.

Adriana mengeluh. Jujur, dia masih sayangkan Naim. Dia masih ambil berat akan Naim. Tapi sebagai kawan atau sebaliknya? Adriana masih belum punya jawapan.

"Saya janji, saya akan keluarkan awak daripada lokap ni, Naim."

Naim tidak menjawab. Dia meletakkan telefon bertali itu pada gagangnya.

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now