38- final

122 10 5
                                    

"Lambat balik harini. Buat apa?" tegur Adriana apabila melihat Mail pulang lebih lambat daripada biasa.

"Oh, ada kerja sikit." Adriana mengangguk.

"Awak, jangan lupa tau bayar bil-bil kita." pesan Adriana.

"Iye, saya janji akhir bulan ni saya bayar."

-

"Apa ni?" tanya Adriana sebaik sahaja Mail menunjukkan kunci rumah kepadanya.

"Kita pindah rumah baru."

"Hah? Rumah baru? Awak biar betul ni?"

"Betul, takkan saya nak tipu awak." Mail senyum melihat isterinya gembira.

Adriana pantas memeluk Mail.

-

Mereka sudah berpindah ke rumah baru. Adriana seronok dengan kehidupan mereka sekarang. Namun, ada sesuatu yang masih meraguinya.

"Awak."

"Hmm?"

"Sebenarnya kan, awak kerja apa?"

Mail berhenti bermain telefonnya. Dia memandang Adriana.

"Kenapa awak nak tau?"

"Yelah. Sebab kerja awak tu lah kita dapat hidup senang macam ni tau."

"Ala, kerja biasa je. Kerja dengan kawan saya."

"Oh, okay."

"Saya nak naik tidur dulu tau, mengantuklah pulak hari ni." beritahu Adriana sambil mengatur langkah ke arah biliknya.

"Okay. Goodnight."

Mail menarik nafas lega. Selamat. Nasib baik tak kantoi.

-

"Assalamualaikum."

Adriana yang sedang menonton televisyen mengintai keluar daripada dalam. Kelihatan dua orang polis berada dihadapan rumah mereka.

"Awak! Ada orang datang!" jerit Adriana. Beberapa minit kemudian, Mail turun.

"Siapa datang?"

"Entahlah. Tengoklah diorang nak apa."

Mail keluar.

Sudah 10 minit Mail berada di luar. Tudung sarung hitam dicapai untuk keluar melihat apa yang terjadi.

Adriana menghampiri mereka.

Dua orang polis itu memandang Adriana. Mail tidak senang duduk.

"Puan ni isteri dia ke?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Ye, saya isteri dia. Kenapa ya?"

"Nama suami puan Ismail Izzani."

"Ha, betul lah itu nama suami saya."

Polis itu pandang sesama mereka.

"Puan, suami puan telah dituduh mengedar dadah kepada beberapa kelab malam di sekitar Kuala Lumpur. Kami terpaksa bawak dia ke balai."

Adriana memandang ke arah Mail.

"Awak apa ni?"

"Adriana saya buat ni untuk kita, Adriana. Untuk anak kita." polis mula menggari pergelangan tangan Mail.

"Untuk anak kita? Mail, banyak lagi kerja dekat luar sana yang halal. Kenapa awak pilih kerja macam ni?!" Suara Adriana mula meninggi.

Air mata tidak mampu ditahan lagi lalu jatuh mengalir di atas pipinya.

"Oh, selama ni bukan main awak mengelak daripada saya? Kata kerja ni la itulah. Sekarang ni baru saya tau, duit makan pakai saya selama ni duit haram! Semua sebab awak!"

"Adriana, saya tak ambik dadah tu. Saya tak sentuh barang-barang tu."

"Jangan cakap dengan saya." Adriana memalingkan mukanya.

Kecewa.

Terasa.

Marah.

Terhadap suaminya.

"Mail, saya nak awak lepaskan saya."

"Adriana apa awak cakap ni?"

"Saya taknak bila anak saya lahir, dia tau yang bapak dia pengedar dadah!"

Mail menarik nafas dalam.

"Adriana Dahlia binti Jamal..."

-

Penjara Kajang itu diperhati Adriana. Tempat dimana suaminya ditempatkan atas kesalahan mengedar dadah.

Kini, dia sudah tiada siapa lagi di sisi. Dia terpaksa menjaga anak yang belum lahir ke dunia itu seorang diri.

Adriana pusing ke belakang. Namun terlanggar seseorang.

"Ya allah, saya minta maaf sangat."

Lelaki itu mengangkat beg Adriana. Mereka berdua mengangkat muka.

"Adriana?"

"Naim?"

THE END.

YA ALLAH DAH HABIS AKHIRNYA CERITA DUA TAHUN NI!!!

ya, ending memang macam tu. hehe. terima kasih kepada penunggu setia update daripada cerita ni huhu author appreciate sangat sangat 💖

minta maaf kalau rasa ending macam rush sikit sebab author ingat nak buat ending lain tapi macam panjang sangat so kita buat pendek je.

btw kan, author ada tulis sequel ( sambungan ) untuk encik nakal ni. hero dia of course naim daniel. tapi tulah, kalau ramai nak, saya okay.

all in all, thank you sebab spend masa untuk baca cerita cringe ni huhu sedar tak sedar dah 5k dah 🥺 thank you sangat sangat.

love, bananawly 😘

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now