27- berbaik

165 15 12
                                    

Pagi itu ..

"Sayang , mama nak keluar jap tau . Dalam pukul 10 mama balik ." beritahu Puan Suliza apabila melihat anaknya duduk dihadapan kaca televisyen .

"Ha ? Lamanya ."

"Yelah dah jumpa kawan kenalah lama kan ? Duduk rumah elok elok tau ."

"Okay , bye ma ." satu ciuman daripada Puan Suliza dilekatkan di dahi Mail .

Hm dah la tak breakfast lagi . Nak keluar pergi mana ni ? Hmm ...

Mc Donalds macam best je .

Seluar jeans pemberian ibunya disarungkan ke kaki . Poket jeans nya diseluk untuk mengambil kunci kereta .

"Eh ? Mana kunci kereta aku ni ?"

Poket belakang jeans nya diraba . Kosong .

Mail mengerutkan dahinya apabila teringat di mana kunci keretanya . Mengingatkan "date" mereka beberapa hari yang lalu , dia menyuruh Adriana meletakkan kereta dihadapan rumahnya . Tetapi kunci kereta berada di tangan Adriana .

Separuh hatinya hancur , separuh lagi hatinya ingin berjumpa dengan pemilik hatinya itu .

"Adriana , bukan senang kita nak jadi macam sekarang ni . Tolong lah jangan buat keputusan ikut perasaan . Awak tengok gambar ni sendiri awak tau kan ?"

Mata Adriana sudah berkaca . Dia tahu gambar itu palsu .

"Adriana , tolong percayakan saya . Saya takkan buat awak macam ni . Please , just trust me ."

Adriana tunduk .

"Fine ."

Dan dengan itu , Adriana meninggalkan Mail .

Apa yang boleh disimpulkan , mereka masih bersama . Cuma , belum berbaik .

Mail mencari nombor telefon Adriana di kenalannya .

Penantian Mail tidak lama . Adriana pantas menjawab panggilannya .

"Awak , saya nak jumpa awak boleh ?" suara Mail tersekat sekat .

"Okay ."

"Jangan lupa bawakkan kunci kereta saya ."

Adriana terdiam . Mail menyambung semula .

"Saya tunggu awak eh kat luar ."

Panggilan dimatikan .

Kenapa dia macam terkejut je ?

xxxxxxxxxxxx

Adriana teringat . Dia letak kat mana eh kunci kereta Mail ?

"Abang Nan !!" jerit Adriana , agak bimbang . Ye lah kunci kereta orang tu !

Jeritan Adriana tidak dibalas .

Pintu bilik Adnan diterjah begitu sahaja .

"Abang Nan !" kelihatan Adnan dan Addin sedang bermain PS4 di sebelah katil Adnan .

"Apa ni terjerit jerit ?" tanya Adnan walaupun matanya masih melekat di kaca TV .

"Kunci kereta Mail mana ?"

"Hah ?" Adnan masih tidak memandang Adriana .

Dia pergi ke belakang Adnan lalu digoyangkan bahunya berulang kali dengan kasar .

"Eih dia ni ! Addin pause jap ."

Addin memberhentikan seketika perlawanan mereka . Satu jelingan maut diberikan kepada Adriana .

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now