31- McD

151 13 4
                                    

Malam itu seperti biasa di rumah . Seisi keluarga Adriana duduk di hadapan televisyen untuk menonton filem kegemaran mereka .

"Nana , kenapa bibir tu ?" Puan Muna yang duduk bertentangan dengan Adriana ternampak luka pada bibir Adriana .

Adriana menutup bibirnya .

"Takde apa lah , tergigit je ."

Adnan yang sedikit risau mendekati Adriana .

"Nana kena tumbuk ke ?" Adriana menjeling Adnan .

"Nana okay lah . Mana ada kena tumbuk ."

"Meh sini Abang Nan nak tengok ." tangan Adnan bergerak naik pada bibir Adriana tetapi pantas ditepis oleh Adriana .

"Tak , benda aku dah kata aku okay aku okay lah !" Adriana menaikkan suaranya sedikit . Adnan tunduk .

Puan Muna dan Encik Jamal hanya mengeluh . Jika ditegur , pasti melenting lagi .

Adriana menghentakkan kakinya . Langkah diatur naik ke atas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pagi esok , Adriana bersarapan seperti biasa . Adnan datang daripada belakang lalu duduk bertentangan dengan Adriana .

"Nana , hari ni Abang Nan ambik daripada kolej tau ."

Mata Adriana memandang Adnan pelik .

"Apahal pulak ?"

"Nana habis kelas pukul 3 kan ? Abang pun habis awal harini . So alang alang boleh ambik Nana ." lembut suara Adnan memberitahu Adriana .

"Hm ikut lah , jangan lambat sudah ." Adnan senyum tanda puas hati . Ini lah peluangnya untuk meminta maaf kepada Adriana .

xxxxxxxxxxxxxxx

Habis kelas ...

"Weh Nana , habis kelas lepak McD jom ?" ajak Wana yang sedang mengemas bukunya .

Adriana teringat kepada kata-kata Adnan ketika sarapan pagi tadi . Hmm , mesti Abang Nan lambat sikit kan ?

"Okay ."

xxxxxxxxxxxxxx

Selepas kelas di McDonalds ..

"Kalau la aku tak training hari tu , aku rasa aku tak boleh nak baling jauh macam tu ."

"Tu lah kau . Makan je kerja . Nasib baik kau ada metabolisme tinggi , macam aku ."

"Ah kau Wana . Kau makan pun sikit . Ada hati nak cakap metabolisme tinggi konon ."

Tiba tiba telefon milik Adriana berdering menandakan ada orang menghubunginya .

"Tu , Adnan call ." Adriana mengeluh lalu menekan butang hijau .

"Nana , abang dah sampai ni . Nana dekat mana ?"

"Oh , dah sampai ke ?" Adriana mengetap bibir .

"Haah , Abang Nan dah tanya guard tu takde orang pun dekat pondok depan dengan pondok belakang . Nana tunggu dekat mana ?"

"Mmm , Nana dekat McD ni dengan Wana . Abang Nan pergi dulu lah ."

"Ohh , nak abang tunggu tak ?"

Eh orang tua ni , banyak pulak soalan dia .

"Tak , tak payah . Balik dulu . Nanti Nana balik dengan grab ke apa ."

"Oh okay , take care ."

"Ye ye , okay bye ."

Panggilan dimatikan .

"Kenapa ?" tanya Wana .

"Dia nak tunggu aku pulak dekat sini . Aku suruh la dia balik dulu ."

"Korang tak baik lagi ke ?" Adriana menggelengkan kepalanya .

"Beb , tak baiknya kau ni . Abang kau tu kot ."

"Lantaklah . Siapa suruh gatal sangat jadikan Naim tu tetamu rumah aku ?"

2 jam kemudian ..

"Kau kena baik dengan abang kau tau , ingat !" beritahu Wana .

"Hmm tengok lah . Kalau aku hidup lagi ."

"Eish kau ni . Dah lah aku pergi dulu . Jumpa esok ." lambai Wana .

"Ha ye ."

Telefon Adriana berdering lagi . Kali ini Puan Muna yang hubunginya .

"Ye ibu ."

"Nana .." terdengar esakan Puan Muna .

"Eh ibu kenapa ni ?"

"Abang Nan kamu , accident .."

!!!!!! sorry lama tak update !!!!! 🙏🙏🥺 btw thank you for 4k readers !!! 😭❤️❤️❤️ ya allah sorry sangatt ☹️ btw sorry for short chapter , next chapter will be longer author janji 🤚 selamat berpuasa semua !!

XOXO , bananawly 💙

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now