11- bola

239 16 5
                                    



Di dorm ,

"Ui hang pe cita , Ad ?"

"Cita apa pulak ni , Wana ? Kau ni kerja bawang je eh ." marah Adriana . Wana ni setiap minggu ada je topik untuk bawang .

"Topik bawang kali ni ada kau !" Adriana memandang Wana . Apa pulak dah ?

"Kau dengan Mail , bergelak ketawa dekat cafe ! Apa ni ? Cepat betul eh kau move on ." Wana menggenggam penumbuk . Mana taknya ? Baru dua hari Naim pergi , dah ada pengganti .

"Eish ni tak suka ni . Masyarakat MSU ni suka sangat bergossip . Buat tambah dosa kering je ."

"Eh bagilah tau aku . Apa cerita ni ? Mail confess kan ni ?" bahu Wana dipukul . Suka hati je buat cerita .

"Taklah ." dan Adriana pun menceritakan cerita yang sebenar .

"Uish ! Macam drama novel eh kau ! Tapi , peliklah . Naim lepaskan kau dekat Mail sebab dia nak kau bahagia . Wah , sayang betul dia dekat kau , Adriana . Kau patut hargai usaha dia untuk buatkan kau happy ."

Adriana berfikir sejenak . Ada betulnya juga kata Wana . Pengorbanan yang Naim lakukan sangat besar .

"Hmm .. tulah .."

"Tapi kan , aku rasa dia nak kau lupakan dia sebab tu dia lepaskan kau dekat Mail ."

Hmmm .. apa apalah .

"Eh dah la . Aku pergi kelas dulu . Nanti jumpa dekat court ."

"Ha yelah ."

"CLASS dismissed ."

Fuh , habis pun kelas . Adriana terus pergi ke dorm dan menukar bajunya . Jersey Real Madrid dan inner hitam dipakai pada badan . Tudung syria berwarna hitam disarung di kepala .

Nak pakai selendang ? Nanti jarum tercabut . Nak pakai bawal ? Buatnya nanti depan cermin sejam untuk betulkan awning je .

Langkahnya dilajukan . Pejam celik dah pukul 5.15 . Janji pukul 5 . Mampus aku kena marah dengan Kak Sofea . 

Sesampainya dia di court ...

"Ha sampai pun . Mana kau pergi ? Nasib baik T-rex tak sampai lagi ."

Kak Sofea ataupun dikenali sebagai T-Rex . Kenapa T-Rex ? Kak Sofea ni tinggi , kejam , mulut takde insuran dan hmmmm ... senang ceritalah , kalau cari pasal dengan Sofea Raihana , menempah mautlah jawabnya .

"T-Rex tak datang harini !" jerit Iman , pemain bola jaring .

Adriana dan Wana bertepuk tangan . Pemain yang lain juga turut bersorak gembira kerana ketiadaan T-Rex .

"Kita nak main apa nii ?" tanya Wana . Bila 'coach' takde , boleh main apa-apa .

"Wana , Adriana ! Jom main volley !" ajak Mimi . Geng netball diorang ada tujuh orang , Wana , Adriana , Mimi , Shah , Farah , Bahiyah dan Dhia .

"Iyah , aku nak dekat tengah ."

"Hang biaq betui ? Peranan hang besaq tau . Ha aku takmau tanggung na . Injured ka apa nanti lagu mana ?" tu diaa ceramah dari utara .

"Takdenya . Aku dah pro lah ."

Yakinnya Adriana .

8 minit kemudian ..

"Ha Adriana tangkap !" 

MATANYA dibuka . Bilik sakit .

PAP ! Pukul Wana .

"Aduh ! Sakitlah !"

"Ha tadi Iyah dah cakap . Degil ! Belagak . Tengok apa jadi ." marah Wana . Dah pengsan , menyusahkan aku . Dahla jauh . 

𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔Where stories live. Discover now