𝓞𝓷𝓮 | 1

1.2K 49 13
                                    

Pantasnya waktu berlalu dan rasanya seperti baru semalam mereka bercinta tapi realitinya sekarang sudah dua tahun lebih pun mereka bergelar pasangan suami isteri.

"Chagiya. Tolong siangkan semua ikan yang ada kat atas singki dapur tu kejap.Saya nak pergi sidai baju ni." Jeonghan meminta pertolongan dari si suami,Seungcheol yang sedang menonton buletin pagi di televisyen.

"Baik." Seungcheol pastinya akan menurut setiap kali Jeonghan meminta tolongnya atau menyuruhnya membuat itu ini. Sekali sekala itu ada juga rasa ingin menolak tapi dia tak sampai hati tambah pula dia cepat cair bila Jeonghan akan memulakan ayatnya dengan panggilan manja kepadanya. Lagilah dia tak kuat :'

Seungcheol mengerakkan langkahnya ke dapur. Matanya terarah kosong pada semua ikan yang dibelinya di pasar tani tadi. Ni first time Jeonghan menyuruhnya menyiang ikan sebab sebelum ni semua kerja dapur dan kerja memasak Jeonghan yang buatkan dan ni first time juga dalam sejarah hidupnya dia kena buat benda yang dia dia tak pernah buat seperti menyiang ikan.

Seungcheol menggigit ibu jarinya,kebuntuan.

"takpe Seungcheol. Sekarang ni kau tenang. Kau pegang ikan tu dan kemudian kau buat jelah apa yang kau nak buat." dia cuba menenangkan dirinya sendiri.Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengambil tempat pemotong dan pisau dan kemudian dengan perlahan-lahannya tangan Seungcheol memegang salah satu dari ikan tu. Okay and so far so good!

" fokus,Seungcheol.Benda senang je ni. Tula lain kali sebelum nak kawen belajar dulu cara nak siang ikan jangan tahu makan ja. Paboya~ " tangannya yang memegang pisau mula menggigil seperti mengalami penyakit parkinson dan peluh-peluh cemas mula merintik keluar membasahi dahinya.

"CHAGIYA. AWAK OKAY TAK KAT DAPUR TU?" Laung Jeonghan dari halaman belakang rumahnya. Dia pula yang risau bila Seungcheol bersendirian buat kerja menyiang ikan di dapur.

"YE,SAYA OKAY. JANGAN RISAU !"

"ye,saya betul..o-kay." katanya kini dengan suara yang perlahan sambil memandang ikan yang menjadi mangsa pertamanya yang telah disiang.

Dia kemudian tersenyum megah. "Ni barulah namanya husband material."

...

Suasana sepanjang mereka berdua berada di meja makan ini ,hanya dipenuhi dengan gelak-tawa Jeonghan.

"Ae in-ah~ nantilah awak sambung gelak tu. Awak makanlah dulu,nae? karang lambat makan perut awak masuk angin." sempat lagi dia merisaukan Jeonghan semasa si isterinya itu sedang seronok mentertawakannya dan semestinya juga dia sudah tahu Jeonghan ketawa mengenai apa.

"Macam mana saya tak gelak kalau dah setiap kali saya tengok lauk ikan tu saya asyik teringat kejadian tadi." beritahu Jeonghan dan kali ni dia cuba menahan tawanya.

"Awak sepatutnya puji saya sebab saya ni kan baru first time belajar siang ikan. Saya belajar sendiri pulak tu. But,not bad what? Ikan tu masih ada rupa ikan." Seungcheol berseloroh dan kemudian mempout kan bibirnya.

Jeonghan tertawa kecil.

"Apa yang buat saya rasa benda tu kelakar bila awak dah buat semuanya dengan baik tapi satu benda je sayang..bila awak ingat yang sisik ikan tu ais sebab tu awak tak buang. Alasan awak macam budak-budak."

"Aha~ sebab alasan saya macam budak-budak jelah yang buat awak ketawa non stop kat saya dari tadi?" Seungcheol menongkat dagunya sambil tersenyum memandang si isterinya yang jenis mudah terhibur itu. Takpe dia layankan jelah.

"Yelah sebab awak tu dah 20 bukannya 9 tahun.."

"Awak je yang nampak saya macam 9 tahun lagi..orang lain nampak saya 20." Seungcheol menjawab dengan sengihan dan menerima rolled eyes daripada Jeonghan.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now