𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓯𝓲𝓿𝓮 | 25

510 33 8
                                    

"Siapa laki tadi tu ?" soal Jeonghan saat mereka sedang memasukkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet(?)kereta.

Wonwoo hanya mendiam.

" aku tahu tadi tu Jun kan ?" wonwoo mendiam lagi membuatkan Jeonghan semakin pasti lelaki yang dia lihat sedang bercakap dengan Wonwoo di dalam mall tadi adalah jun.

" Yah- mana dia ?  Kenapa dia muncul setiap kali kau bersendirian ? Dasar pengecut!" jeonghan yang tadinya tenang kini bertukar marah apabila tahu Jun datang menganggu wonwoo lagi.

" Dia dah tiada di sini. Dia tak berani pun nak apa-apa kan aku di tempat awam macam ni. Lagipun dia tahu kau ada dengan aku, lagilah dia tak berani nak ganggu aku." dia sekadar mahu menenangkan Jeonghan.

" Aku  rasa ada baiknya kalau kau buat laporan polis je pasal dia. Woo." Cadang Jeonghan.

" Dan kau nak aku bagitahu apa pada pihak polis ? Nak aku bagitahu yang dia buat gangguan seksual terhadap lelaki ? Doesn't make sense, Jeonghan." dia memang ada menggunakan cadangan Jeonghan itu untuk mengugut Jun tadi tapi bila difikirkan semula, tindakannya berbuat demikian hanya akan menjadi sia-sia saja nanti.

" Tapi kita boleh cuba." pujuk Jeonghan meski dia tahu perkara itu yang akan dirisaukan oleh wonwoo.

" Tengoklah macam mana." dia beralasan kerana malas mahu bercakap panjang mengenai itu.  Bonet kereta ditutup setelah barang-barang selesai dimasukkan.

" Baiklah. Aku nak pergi simpan troli kejap." kata Jeonghan dan kemudian mengatur langkahnya sambil menolak troli ke tempat simpanan troli yang terletak di seberang jalan.

Ketika Jeonghan sedang melintas, wonwoo nampak sebuah kereta sedang memecut dengan kelajuan maksimum  dari jauh menuju ke arah Jeonghan. Dia yakin Jeonghan tidak sedar yang dia berada dalam keadaan bahaya .

" JEONGHAN, BAHAYA !" lalu wonwoo berteriak dan segera membuka lariannya deras untuk mendapatkan Jeonghan. Jeonghan sempat menoleh untuk melihat bahaya yang dimaksudkan oleh Wonwoo dan  itu membuatkan tindakan refleks Jeonghan menjadi  lambat. Kereta itu sudah sipi-sipi mahu melanggarnya tapi mujur Wonwoo sempat datang menyelamatkannya dengan menolak tubuh Jeonghan ke seberang jalan.

Dia dengan Jeonghan sama-sama terjatuh ke atas lantai. Wonwoo bingkas bangun untuk memeriksa keadaan Jeonghan pula.

" Jeonghan. Kau okay tak ?" dia menepuk perlahan pipi Jeonghan untuk mengejutkannya yang sedang tidak sedarkan diri itu.

" Yah, Jeonghan. Bangunlah. Jangan buat aku takut." wonwoo terus panik bila Jeonghan masih juga tidak memberikan sebarang respons.

...

seungcheol meninggalkan pejabatnya dan bergegas ke hospital sebaik saja menerima panggilan daripada Wonwoo yang mengatakan Jeonghan nyaris maut dilanggar kereta tadi.

" wonwoo ,Jeonghan mana?  Keadaan dia macam mana ?Doktor cakap apa ? Dia okay kan , tak cedera kan ?" seungcheol begitu risau sehinggakan Wonwoo terpaksa menenangkannya.

" hei hei,cheol. Kau bertenang kejap boleh tak ? Jeonghan, dia ada kat dalam lagi, masih diperiksa oleh doktor. Aku pun masih belum tahu status keadaan dia. Tapi kita doakan jelah yang dia baik-baik saja." Seungcheol beralah dan cuba bertenang seperti yang dipinta oleh Wonwoo.

Tak lama kemudian seorang doktor wanita bernametag kan Dr.Im keluar daripada wad  pesakit yang menempatkan Jeonghan.

" siapa di sini ahli keluarga, Encik Yoon Jeonghan ?"tanya Dr. Im itu membuatkan Seungcheol laju mengangkat tangannya. " saya, doktor. Saya suami dia."  seungcheol menghampiri Dr itu.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now