𝓢𝓮𝓿𝓮𝓷 | 7

518 30 11
                                    

Seungcheol bingkas bangun tatkala melihat jam di telefonnya sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia pergi mendapatkan Jeonghan.

Harini hari minggu dan sepatutnya dia kena bangun awal ke pasar tani tapi dia terjaga lewat. Mungkin sebab dia sudah terbiasa Jeonghan yang gerakkan dia bangun.

"Aein.Kenapa awak tak kejutkan saya?" dia menyoal pada Jeonghan yang pada tika itu sedang memasukkan bahan-bahan mentah ke dalam peti sejuk.

"Saya dah kejut tapi awak yang tak bangun." Jeonghan mengerling sekilas pada Seungcheol.

"Mianhaeyo aein. Saya janji lepasni saya takkan biarkan awak pergi ke pasar sendiri lagi. Biar saya je yang pergi nae?" katanya seraya memeluk tubuh Jeonghan dari belakang. Dia rasa bersalah sebab terpaksa membiarkan Jeonghan ke pasar sendiri.

"Tolong saya simpankan barang-barang dapur ni semua. Saya nak pergi berehat." dia menolak lembut tangan Seungcheol yang memeluk tubuhnya.

Jeonghan terus pergi tanpa memandangnya. Seungcheol pelik. Jeonghan tak selalunya begini.

Dia pantas mengekori langkah Jeonghan ke bilik.

"Awak tak sihat ke?" soalnya dalam nada kerisauan.

Wajah Jeonghan yang sedang berbaring ditatap.

"Ani." jawabnya sepatah.

"Betul ni?" dia menekap tapak tangannya pada dahi Jeonghan. Tak panas.

"Awak dah buat apa yang saya suruh tadi?"Jeonghan sengaja menukar topik.

"Itu saya boleh settlekan kemudian. Yang penting sekarang awak. Kalau awak marahkan saya sebab saya tak bangun tadi ke pasar,saya betul-betul minta maaf. Lepasni awak nak suruh saya pergi pasar setiap hari pun takpe. Saya sanggup. Asalkan awak tak marahkan saya lagi." sedaya-upaya dia memujuk Jeonghan.

Telefon Seungcheol yang terletak di atas meja tepi katil tiba-tiba bergetar. Seungcheol lantas mencapainya.

Jeonghan terus memejamkan matanya. Malas dia mahu mengambil tahu.

Seungcheol membaca message yang dihantar oleh Mingyu.

MEANgyu 😈

Today

Weh,Cheol. Esok malam datanglah rumah aku. Aku ada buat makan-makan sikit. Ajak Jeonghan sekali. Jangan tak datang. Japgi aku sent location rumah aku. ;)

10.20a.m

Namun ada 3 message lain yang belum dibacanya.

'Haena?' Dia terkejut melihat nama yang penghantar yang tertera di skrin telefonnya. Berkerut-kerut wajahnya tatkala membaca ketiga-tiga message yang dihantar oleh Haena itu.

secretaryyoon

Yesterday

Hi, Seungcheol sayang. I already miss you.😭 Can't wait to see you on this Monday.😘💕.

11.45p.m

Goodnight baby. Have a nice dream. Dream me. 😍❤

12.30a.m

Today

Morning baby. How was your night? Have a good sleep? Jangan lupa breakfast tau.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now