𝓔𝓲𝓰𝓱𝓽𝓮𝓮𝓷 | 18

495 28 23
                                    

"Mana kau tahu alamat rumah ni ? Dan buat apa kau datang sini ?" Jeonghan menyoal dengan dingin. Setahunya, dia tak pernah pun mengundang perempuan ni untuk datang ke rumahnya.

Haena cuba untuk memaniskan muka dan senyumannya kepada Jeonghan.

" Long time no see, right ? Kita pernah berjumpa di office je, hari ni kita berjumpa di sini pula. Takdir bukan ?" balasnya dengan suara yang cuba juga dimesrakan. Ikutkan hatinya dia tak hingin berbuat baik dengan lelaki itu.

'Takdir otak dia.' Jeonghan mengetap giginya menahan rasa geram.

" Saya datang nak tengok Seungcheol. Dh lama dia tak masuk kerja . Saya risaulah kalau dia tak sihat atau ada apa-apa jadi pada dia. Jadi saya datang ke sini cuma nak pastikan keadaannya."

" Dia takde." balasnya acuh tak acuh.

" oh - yeke ? Tapi dia yang text saya suruh saya ke sini. Mustahil pula dia takde." dia sengaja mempamerkan message yang dihantar oleh Seungcheol kepada Jeonghan. Secara terangnya, contact name dan message itu memang daripada Seungcheol. Dia terkedu.

" Tak tahulah kalau awak masih tak percayakan saya lagi." dia tersenyum sinis.

" Memang aku tak pernah percayakan perempuan licik macam kau pun,Yoon Haena."

" Kau jangan ingat nama keluarga kita sama, kau dan aku rapat, Haena. Takkan sesekali." baginya Haena sentiasa jadi musuh nombor satunya. Ini pertama kalinya dia bermusuh dengan orang sebelum ni tak pernah.

" Kalau ye pun kita boleh bincang hal ni kat dalam kan ? Tak manis jiran tetangga tengok kita berdua kat depan pintu macamni. Nanti dorang fikir kita ada apa-apa hubungan pula." dia hampir hilang sabar sebab Jeonghan ni jenis yang degil. 'Susah sangat ke nak bagi nak bagi aku jumpa dengan laki dia ?'

" Tak semudah itu." dia berpeluk tubuh dengan senyuman sinis.

" Kau fikir aku segila tu untuk biarkan ular macam kau masuk ke dalam rumah aku ? It's like ordering death !"

" kau nampak tu ?" Jeonghan menunding jari pada sesuatu.

Haena segera menoleh untuk melihatnya.

Longgokan sampah ?

Tapi dia tidak sebodoh itu untuk tidak faham apa yang Jeonghan cuba maksudkan.

" Lepas apa yang kau cuba buat , kau tak ubah macam sebahagian daripada sampah-sampah tu semua. You're trash, Haena." dia cuma menambahkan kemarahan Haena.

Haena hilang sabar dan terus bertindak mencengkam leher Jeonghan.

" kau ni memang keterlaluan. Buat baik dengan kau cumalah satu perkara yang menjijikkan . You better die, YOON. JEONG. HAN !" kalini dia mencengkam leher Jeonghan lebih kuat. Fikirannya sekarang hanya mahu Jeonghan mati.

Jeonghan tidak dapat bernafas dengan betul dan lehernya sakit akibat cengkaman Haena. Dia cuba melepaskan dirinya dengan menolak tubuh Haena. Sekali tidak berjaya tapi kali kedua dia berjaya meleraikan cengkaman itu.

Haena jatuh tersungkur di hadapan Jeonghan dan kebetulan pula pada tika itu ,Seungcheol muncul dan terkejut menyaksikan adegan itu.

...

Haena selesai mengambil ubatnya. Dia terhinjut-hinjut berjalan ke arah Seungcheol.

" Kaki awak masih sakit?" seungcheol risau melihat keadaan Haena itu.

"Em. Masih. Tapi sikit je ni. Nanti letak ubat okaylah." dalam hati dia berbunga sebab Seungcheol risaukannya. Nampaknya ideanya untuk sengaja terjatuh tadi tidak sia-sia. Mujur dia jatuh kena pada masa Seungcheol muncul. 'Poor you Jeonghan. Seungcheol langsung tak kisah pasal kau.'

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ