𝓣𝓱𝓲𝓻𝓽𝓮𝓮𝓷 | 13

451 31 6
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Tayar pancit, tayar spare takde,line telefon nak call mekanik takde dan satu kenderaan yang lalu lalang kat kawasan ni pun takde. Seungcheol jadi hilang arah dibuatnya.

"Awak dah check line telefon awak, Haena?" masuk kali ni dah kali ke berapa dia tanya soalan yang sama kepada Haena.

"It's still the same." balas Haena. Tapi tak mungkinlah dia mahu berkata benar. Inilah peluang yang dia maksudkan.

" Apa kata kita fikirkan caranya esok saja. Kawasan sini memang payah nak dapatkan bantuan sebab penduduknya pun tak ramai." cadang Haena. Dia pun sudah keletihan melihat Seungcheol yang dari tadi ke hulur ke hilir di luar kereta.

Seungcheol lama terdiam untuk memikirkannya. Akhirnya dia beralah juga. Dia masuk ke dalam kereta semula.

Dia memejamkan matanya dan terus terbayang wajah Jeonghan di dalam fikirannya. Mesti Jeonghan sekarang tengah risaukannya. 'Ah-aein. I really miss you.'

"Saya minta maaf sebab saya , benda ni jadi. Kita berdua tak dapat balik dan tersadai di dalam kawasan terpencil ini." Haena seolah-olah rasa bersalah dengan apa yang terjadi.

" Tiada siapa yang salah dalam hal ni. Jadi tak perlu nak rasa bersalah." katanya tenang.

Suasana kembali sepi.

" Awak dengan Jeonghan dah berapa lama?" Haena tiba-tiba bertanyakan soalan yang tidak pernah ditanyakannya kepada Seungcheol.

" Masuk zaman sekolah, sekarang dah empat tahun lebih. " Seuncheol bosan jadi dia melayani sajalah segala pertanyaan Haena selagi ianya bukan pertanyaan mengarut.

" kiranya dari zaman sekolah lagilah awak kenal dengan dia?"

Dia mengiakannya.

" Saya tertanya-tanya macam mana awak dengan dia boleh berkahwin ? And did both of your parents agreed with this marriage?" soalan dia kedengaran sensitif tapi masih boleh diterima oleh seungcheol.

" Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Saya sukakan dia tapi ambil masa yang agak lama untuk berani dekati dia. Sepatutnya saya berani dekati dia lebih awal lagi. Jeonghan takde parents. And luckily saya ada parents yang sangat memahami. Dengan restu mereka juga lah kami berdua berkahwin. " Seungcheol bercerita dengan senyuman. Bahagia bila mengimbau kisah-kisah lamanya dengan Jeonghan.

Senyuman Seungcheol itu bertambah menyakitkan hati Haena. Pastinya dia sedang memikirkan Jeonghan. Memang tak pernah terlintas sikit pun ke perasaan di hati Seungcheol terhadapnya ?

" Dan sekarang, adakah awak masih rasa bahagia hidup dengan dia ?" pertanyaan kemuncaknya.

Seungcheol memandang Haena yang menantikan jawapannya.

"Yes of course i do."

Haena malas bertanya lagi. Dia memalingkan wajahnya ke tepi dan hanya memandang ke luar cermin kereta dengan perasaan sedih.

" Haena." panggilan Seungcheol itu membuatkan Haena menolehkan semula pandangan ke arahnya.

"Ada apa ?" soalnya.

" Awak takkan faham perasaan saya sampai awak betul-betul jumpa cinta sejati awak."

Dahi Haena berkerut untuk cuba memahaminya.

" saya akan anggap kehadiran awak ni cuma untuk menguji tahap kesetiaan saya pada Jeonghan. Awak mungkin boleh goda saya dan lakukan apa saja cara untuk menarik perhatian saya tapi hati saya memang untuk Jeonghan. Takkan ada orang lain yang dapat mengantikan dia di dalam hati saya, Haena." beritahunya kerana dia tidak mahu Haena berusaha lagi untuk mendapatkannya kerana itu semua sekadarlah satu usaha yang sia-sia. Haena tak mungkin dapat memiliki hatinya sampai bila-bila pun.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolDonde viven las historias. Descúbrelo ahora