𝓔𝓵𝓮𝓿𝓮𝓷 | 11

479 32 9
                                    

Setiap malam sebelum tidur,Mingyu pastinya tidak akan lupa menyapu lotion pada kedua-dua tangan Wonwoo.

Sudah menjadi tabiatnya berbuat demikian. Dia menjaga tangan Wonwoo seperti menjaga tangannya sendiri. Dia sentiasa akan pastikan tangan Wonwoo lembut sepertinya kerana tangan itu jugalah yang selalu dia pegang.

Senyuman tak lekang dari bibir Wonwoo memerhatikan Mingyu. Mingyu yang sedari dirinya sejak tadi menjadi perhatian Wonwoo terus memandangnya dan membalas senyuman itu.

"Bangga kan dapat suami mithali macam saya ni?" Dia tersengih dengan pertanyaannya sendiri.

Senyuman Wonwoo melebar.

Tangannya yang siap disapukan lotion naik memegang kedua pipi Mingyu. Satu ciuman sekilas singgah di bibir Mingyu. Mingyu tersenyum menerima ciuman itu.

"Not just proud but i'm soooo lucky to have you." pipinya memerah.

"And I'm also so lucky to be married to someone like you,sayang." ujarnya dengan suara yang romantis.

Mingyu membuatkan Wonwoo tidak boleh berhenti tersenyum.

"Harini awak ke mana je dengan Hyuk?" tanya Mingyu sambil tangannya bermain dengan jari-jemari tangan Wonwoo yang halus lagikan lembut itu.

"Saya bawa hyuk ke shopping mall. Saya ada belikan dia beberapa buah buku cerita tadi. Happy betul dia dapat buku baru." cerita Wonwoo dengan senyuman.

"Patutlah saya tengok atas katil dia tadi penuh dengan buku cerita. Sampai kan dia tidur pun dengan buku-buku tu." Mingyu tersengih sendiri saat membayangkan wajah Jaehyuk tadi yang lena ketiduran sambil memeluk buku ceritanya.

Bila cakap pasal Jaehyuk,Mingyu baru teringat dia ada sesuatu mahu diberitahukan kepada Wonwoo.

"Sayang. Tadi Seolran ada call saya. Dia cakap hujung minggu ni dia nak balik sini dan ambil Jaehyuk."

Perasaan hiba mula menyelubungi diri Wonwoo saat mendengar Jaehyuk mahu diambil oleh ommanya nanti.

"Lama ke Seolran nak ambil hyuk?"

"Entahla. Seolran tak bagitahu saya pun lagi dia nak ambil Jaehyuk berapa lama." Dia memandang Wonwoo. Dia tahu Wonwoo sedih kalau kena berjauhan daripada Jaehyuk. Begitu juga dengannya. Siapa je yang sanggup berjauhan dengan Jaehyuk yang sudah mereka sayang dan anggap macam anak mereka sendiri.

"Awak janganlah risau. Saya yakin Seolran ambil Hyuk tak lama pun. Lepas dia habis lepas rindu kat hyuk nanti dia hantarlah balik kat kita. " Kata Mingyu untuk menyedapkan hati Wonwoo.

Wonwoo tidak merespons. Macam mana pula kalau dia yang merindui Jaehyuk?

"Sayang. Saya dah ambil cuti seminggu tau untuk temankan awak. Kalau boleh cuti tu nanti,saya nak luangkan masa berduaan dengan awak je. Yelah,selama ni kan saya asyik sibuk bekerja dan awak pula setiap hari kena jaga hyuk. Saya pun nak awak berehat . " beritahunya tidak semena-mena.

"Seminggu? Tak lama sangat ke?" Pada masa yang sama dia rasa tak selesa kerana Mingyu mengambil cuti disebabkannya.

"Saya memang saja ambil extra cuti sebab saya ingat nak bawa Hyuk pergi jalan-jalan nanti tapi tu pun kalau Seolran tak ambil Hyuk lama sangatlah."

"Awak tak kisah kan,sayang?" dia sekadar mahu memastikan Wonwoo betul-betul okay dengan tindakannya yang mengambil cuti itu.

"Kalau ikutkan saya memang tak kisah. Cumanya saya risaukan awak lah. Nanti awak kena siapkan banyak kerja pula lepas cuti ni." ujarnya dengan nada risau.

"Gwaechanna. Kalau dah namanya bekerja memanglah akan ada kerja. Jadi kalau kerja banyak sekali sekala tu..ala bukan satu masalah besar sangatlah bagi saya. Saya tetap boleh siapkannya." bukan Mingyu jugalah namanya kalau tak confident.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now