𝓕𝓸𝓾𝓻 | 4

587 33 0
                                    

Wonwoo masuk ke dalam bilik Jaehyuk dengan membawa makanan ringan untuknya.

"Jaehyuk..mari makan. Appa ada buatkan kek kegemaran kamu ni." Wonwoo cuba menarik perhatian Jaehyuk yang masih leka bermain dengan permainannya.

" Cakeuuuu??" dia menoleh ke arah Wonwoo setelah mendengar perkataan kek kegemarannya disebut.

"Nae. Cepat ke sini sebelum appa yang habiskan." Wonwoo sengaja mengugut mahu memakan kek Jaehyuk.

"Ahh~andwae. Kek tu hyuk punyaaa~!" marahnya dan kemudian berlari anak ke arah Wonwoo.

Wonwoo tertawa halus melihat Jaehyuk .

Jaehyuk memandang Wonwoo dengan muka yang sedih dan bibir yang dicebikkan. Nak menangis lah tu. Mengada betul budak sorang ni.

"Appa tak makan punlah kek kamu. Ni..." Dia menunjukkan kek yang masih ada di dalam piring yang dipegangnya itu kepada Jaehyuk.

Jaehyuk tersenyum kecil.

Wonwoo memotong kek itu dengan sudu dan kemudian menyua sudu itu ke mulut Jaehyuk. Jaehyuk terus membuka mulutnya dan memakan suapan itu.

"Oettae hyukkie? Sedap tak?" dia risau kalau-kalau kek yang dibuatnya itu tak sedap. Yelah,sebelum ini dia mana mahir dalam bab-bab memasak ni. Selepas berkahwin dengan Mingyu je dia banyak belajar tentang semua tu.

"Sedap sangat." dia menaikkan ibu jarinya kepada Wonwoo dengan senyuman yang paling lebar. Maknanya dia betul-betul sukakannya. Wonwoo berasa lega mendengarnya.

"Kalau macamtu,appa ingat nak tinggal sikit kek ni dekat Mingyu appa. Mesti dia pun suka." beritahunya tanpa dipinta. Dia tersenyum sendiri.

Jaehyuk tidak begitu mendengarnya dan terus makan keknya itu dengan penuh berselera.

...

Mingyu baru pulang. Langkahnya terhenti tatkala melihat Wonwoo ketiduran di atas sofa di ruang tamu. Dia menuju ke arah Wonwoo.

"Wonwoo sayang..." Mingyu mengejutkan Wonwoo secara perlahan.

"hey,sayang?" dia mengejutkan Wonwoo untuk kali yang kedua.

Wonwoo mula tergerak mendengar suara Mingyu itu. Dia mencelikkan matanya dan terus tersenyum sebaik saja melihat wajah Mingyu.

"Awak dah balik." kata Wonwoo.

"nae. Saya dah balik. Kenapa awak tidur kat sini? Kenapa tak masuk tidur dalam bilik je?" dia duduk di sebelah Wonwoo dan terus menarik Wonwoo ke dalam dakapannya.

"Saya tertidur masa tunggu awak balik tadi. Sekarang dah pukul berapa? Lewat awak balik harini?" soal Wonwoo sambil mendongakkan kepalanya memandang Mingyu.

"Saya banyak kerjalah harini,sayang. Mian buat awak menunggu saya sampai tertidur."

"Gwaechanna."

"Jaehyuk dah tidur?"dia mengucup rambut Wonwoo.

"Eoh,dah. Tadi dia tak berhenti menangis bila saya cakap yang awak tak balik lagi. Lepas saya pujuk. Dia okaylah. Tu pun tertidur sebab penat menangis. Dia kan dah biasa setiap malam awak bacakan bed story kat dia dulu sebelum dia tidur."

"Aigoo,dia menangis? Ahahaha.Gwiyowo."

"Nampaknya esok awak ada kerja yang berat nak pujuk si hyuk tu."

"Hal kecik je tu sayang. Kalau awak yang dah besar ni pun saya boleh pujuk kalau merajuk apa ntah lagi hyuk yang masih kecik tu. Saya tahu macammana nak pujuk dia." mingyu yakin dia boleh memujuk Jaehyuk.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now