𝓕𝓸𝓾𝓻𝓽𝓮𝓮𝓷 | 14

442 30 7
                                    

" Hyuk, jangan nakal-nakal tau nanti. Dengar cakap omma dan jangan susahkan omma. Arreo ?" inilah pesanan Wonwoo setiap kali Jaehyuk akan pergi mengikuti maknya.

"hyuk taknak ikut omma. Hyuk nak duduk dengan appa Wonu dan appa Mingyu." Jaehyuk merangkul erat leher wonwoo seakan tidak mahu dilepaskan. Dia tidak menangis tapi wajahnya sedih.

Wonwoo tidak dapat meresponsnya kerana dia juga turut merasakan kesedihan Jaehyuk itu.

Dia mendukung Jaehyuk dan makin kuat rangkulan Jaehyuk kepadanya. Wonwoo membelai lembut rambut Jaehyuk.

Seolran dan Mingyu hanya mampu melihat tanpa sebarang kata.

" noona nak bawa Hyuk lama ke ?" soal Mingyu. Dia sebenarnya kesiankan Wonwoo. Wonwoo sememangnya tidak sanggup berjauhan dengan Jaehyuk seperti mana Jaehyuk juga tak mahu berjauhan daripada mereka.

" noona bagitahu ni, kamu jangan marah pula, gyu." Seolran seakan serba-salah mahu memberitahu Mingyu.

" noona dah berbaik semula dengan Danny. Jadi noona ingat noona nak bawa balik Hyuk terus ke Europe, tinggal dengan kami." beritahunya.

Mingyu dan wonwoo terkejut mendengarnya.

" Tak noona. Please. Jangan ambil hyuk terus daripada kami." wonwoo merayu. Jaehyuk di dalam pelukannya di peluk erat. Dia tak bersedia untuk berpisah dengan Jaehyuk.

" Saya tak setuju. Noona tak boleh bawa balik hyuk ke europe." bantah Mingyu.

" Mingyu. Hyuk tu anak kandung noona. Noona dah takde sesiapa selain dia. Kamu tak boleh halang noona bawa balik hyuk ke sana."

" jantan tu serius ke nak berbaik dengan noona ? Noona lupa apa yang dia dah buat kat noona dulu? Dia tu kaki judi, kaki pukul, kaki perempuan dan panas baran. Takkan noona masih nak terima orang macam tu semula. No.Saya takkan sesekali biarkan hyuk tinggal dengan orang yang macam tu. Sedangkan jantan tu juga yang suruh noona gugurkan kandungan masa noona tengah mengandungkan hyuk."

Seolran tergamam mendengar kata-kata Mingyu itu. Dia sememangnya bodoh kerana masih berharapkan lelaki tak guna itu. Lelaki tak guna pun dia masih suaminya lagi.

"Awak. Hyuk.."wonwoo mencuit lengan baju Mingyu agar Mingyu sedar yang Wonwoo juga sedang mendengarnya. Budak lelaki berusia 4 tahun semestinya sudah boleh faham serba sedikit apa yang orang tua mereka bicarakan.

Jaehyuk sudah mengalirkan air matanya. Wonwoo lantas mengusap air mata itu.

" Hyuk memang patut dengar ni semua, wonwoo. Dia patut tahu perangai appanya tu macammana." mingyu merenung tajam ke arah Seolran.

" noona terpaksa buat semua ni demi hyuk. Noona taknak hyuk membesar tanpa dapat kasih sayang daripada seorang ayah." dia beralasan.

" Dia mungkin ada hak sebab dia ayah kandung hyuk tapi masalahnya sekarang, hyuk pernah ke dapat kasih sayang daripada dia ?tak pernah kan ?Dia langsung tak pernah fikirkan pasal Hyuk pun. Noona. Tak cukup lagi ke kami berdua ni jadi appa hyuk ? Kami berdua ni sayangkan dia dah macam anak kami sendiri tahu tak ?" Mingyu terus mempertahankan juga hak mereka sebagai penjaga Jaehyuk selama ini.

Seolran cuba mengambil Jaehyuk daripada Wonwoo. Tapi Wonwoo seakan tidak mahu melepaskan Jaehyuk.

"Wonu. Lepaskan hyuk." dia marah.

" Janji yang noona akan bawa Hyuk jumpa kami lagi."

Jaehyuk merengek. Dia juga tidak mahu melepaskan Wonwoo.

"Noona tak janji." dia berjaya mengambil Jaehyuk daripada dakapan Wonwoo.

Mingyu buntu. Dia memicit pangkal hidungnya dan cuba untuk berfikir.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWo Geschichten leben. Entdecke jetzt