Bab 3

9.9K 478 4
                                    

(( Haura P.O.V ))

"Auntie!", jeritku apabila ternampak Pn.Sofea yang sedang menikmati aiskrim . Beg yang diragut itu aku hanya pasrah . Banyak gambar aku bersama dia di dalam tu . Aku sentiasa bawa ke mana sahaja .

"Eh Sya-"

"Haura auntie"

Pn.Sofea kelihatan terkejut . Patutlah Adrian tidak mengecamnya .

Haura kelihatan makin cantik sekarang . Dengan kening terbentuk , mata bundar , iris matanya berwarna hazel , hidung mancung , dan bibir mugil . Lengkap !

"Kenapa tukar nama panggilan?", tanya Pn.Sofea . Aku hanya diam menilik muka milik Pn.Sofea .

Cantik walaupun sudah mempunyai sedikit kedutan . Adrian memang mewarisi muka Pn.Sofea kerana Pn.Sofea berdarah Belanda-Melayu .

"Haura taknak Adrian tahu Haura dah pindah balik ke sini . Haura takut dia jauhkan diri dari Haura", terangku sambil menunduk .

"Laa..takde lah , kalau Haura nak tahu, setiap hari tau dia tanya pasal Haura", ujar Pn.Sofea sambil menggenggam tangan Haura .

Aku tidak dapat menahan sebak . Aku mengelap tubir mataku yang sudah berair .

"B-beg Haura kena ragut . Dalam tu ada banyak gambar Haura dengan Adrian . Itu je caranya Haura dapat Haura lepaskan rindu"

"Sabar nak , insyaallah ada seorang hamba Allah yang baik hati tolong Haura", ujar Pn.Sofea membuatkan aku lebih tenang .

"Ni Haura datang sini dengan siapa ? naik apa?", tanya Pn.Sofea a.k.a bakal mak mentua . Ceh !

"Haura datang sorang , ingat nak beli buku rujukan . Maklumlah nak SPM . Datang sini naik grab je . Dekat je rumah Haura dengan Mall ni"

"Kalau macam tu , nanti Auntie suruh Adrian hantarkan kamu ke rumah ye, lagipun lama tak jumpa mama kamu", ujar Pn.Sofea panjang lebar .

Belum sempat aku mahu membalas, terdengar suara garau memanggil Pn.Sofea .

"Ibu!", jerit suara garau itu . Terkejut aku dengan Pn.Sofea . Lekas aku menoleh ke belakang .

"Adrian"

"Haura"

Aku memang dah terkaku .

"Err..ni beg kau", dia menghulurkan beg itu . Bertambah terkejut aku .

Dia yang tolong ? Aku terharu .

"T-terima kasih", aku tidak dapat menahan sebak .

"S-saya ingatkan saya dah tak dapat beg ni balik"

Aku mengelap air mata yang menitis. Eish memalukan menangis depan crush .

"A-awak ada buka beg saya?", tanyaku perlahan . Aku takut Adrian dah nampak gambar-gambar tu .

"Ada", balas Adrian selamba .

Berubah terus muka aku. Gelisah .

"B-betul k-ke?", tanyaku untuk kepastian . Ya Allah harap-harap tak !

"Takdelah , aku gurau je", balas Adrian .

Lega !!

"Ada apa dalam beg kau sampai kau takut sangat?", tanya Adrian .

"Takde apalah", balas aku . Aku kembali tenang .

"Eh ni , Haura ni datang naik grab . Apakata kalau Adrian hantarkan dia balik sekali . Lagipun rumah dia area sini je", cadang Pn.Sofea . Aku memandang muka Adrian . Dia hanya diam kaku . Aih .

"Hm", itu sahaja balasan dari Adrian .

"Okay jom", ajak Pn.Sofea . Aku segan tapi ikutkan jela . Rezeki jangan ditolak ahaks ! Buku rujukan tu lain kali lah beli .

                               ______

"Assalamualaikum", laungku apabila sudah tiba di hadapan rumah . Loceng aku tekan banyak kali . Tak sabar-sabar aku ni .

"Waalaikumussalam", jawab mama , Pn.Surya apabila membuka pintu .

"Eh Haura , mari masuk semua", jemput mama .

Aku menyalami mama . Aku membisikkan sesuatu .

"Ma , jangan panggil Syazwin nama Syazwin tau , panggil Haura please", bisikku sambil membuat muka sedih .

"Okay okay", mama setuju .

Mama menuju ke dapur untuk membuat air . Selepas itu , mama menuju ke ruang tamu dengan membawa dulang .

Mama memandang ke arah tetamu tersebut .

"Eh ! macam kenal je", ujar mama sambil memandang muka Pn.Sofea .

"Sofea kan?", tanya mama .

"Ya Allah Su , kau tak ingat aku ke?", tanya Pn.Sofea sambil tergelak .

"Ya Allah Pia ! Lamanya tak jumpa ! Aku bukan tak ingat tapi tak cam . Kau makin lawa", seloroh mama .

Aku dan Adrian hanya mendiamkan diri . Sesekali aku mencuri-curi pandang ke arah Adrian . Dia hanya membuat muka macam biasa , tiada perasaan .

"Ni Adrian kan?", tanya mama .

Adrian tersenyum lalu menggangguk .

Alah , dengan orang lain boleh senyum . Kenapa dengan aku kaku ?

Tapi , ni aku nak bagitahu . Hanya aku seorang yang memanggilnya Firasy . Namun , aku terpaksa memanggilnya Adrian sebab aku taknak dia tahu aku siapa . Aku taknak dia tahu yang aku ni Syazwina yang dia cintakan . Belum tiba masanya lagi . Aku tahu dia kecewa bila aku pindah tanpa khabar . Aku tahu itu . Kalau dia tahu aku siapa , mesti dia jauhkan diri dari aku . Aku taknak .

Aku.. Aku rindu dia .  Rasa nak jerit perkataan tu dekat telinga Adrian .

Pap !

Mama memukul bahuku . Terus mati lamunanku .

"Amboi anak dara ni . Mengelamun siang hari ni kenapa ?", usik mama .

Pn.Sofea tersenyum . Adrian , haih , macam biasa .

Aku malu ! Ya Allah !

"Ni Adrian tanya , nama penuh Haura apa", ujaran mama membuatkan aku terkejut . Terkejut gila ! Apa aku nak jawab ni ? Kenapa ma tak backup Syazwin maaaaaa ? Aku buntu !

"Errr.."

"Nama kau apa ?"

"H-Haura Sy-syazwina"

Adrian hanya mengganggukkan kepalanya .

D-dia dah tak ingat aku ke ? Kenapa reaksi dia biasa je ? Aku dah tak penting ke ?

"Ma , nak gi toilet jap"

Air mataku berlinangan . Aku bangun lalu laju memijak anak tangga . Aku nak cuci muka .

Adrian hanya memandang dengan ekor mata .

"Eh mari makan lunch", jemput mama seraya menarik tangan Pn.Sofea .

"Eh takpelah", tolak Pn.Sofea .

"Ala nak malu-malu pula , macam tak biasa", ujar mama .

Adrian hanya pelik . Ibu dengan Pn.Surya ni macam rapat je . Pernah kenal ke ? Adrian juga bangun membontoti ibu dan Pn.Surya .

Semasa melintasi tangga , Adrian menoleh melihat tangga . Dia tersenyum lebar .

                               _____

Haii ! rasa makin lama makin merepek cite ni 😂 Eh yeker ? Agagagagagaa !

Pape jangan lupa ;

Vote and Comment ❤







Mr. Hati Beku [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن