Bab 13

7.8K 338 7
                                    

"Sayangggg~"

Haura Syazwina sudah tersenyum kecil . Adoi suami aku ni . Suka kacau kalau aku tengah masak .

"Ye bang ? Sayang tengah masak ni"

Firasy Adrian datang dengan tersengih .

"Kenapa ni ? Sengih - sengih macam orang tak betul"

"Eh sampai hati sayang cakap abang macam tu"

Haura Syazwina tergelak kecil dengan muka Firasy Adrian . Tercebik - cebik . Tak sedar dia dah tua . Eh tak sedar diri pula , sebaya je kita ni . huhu

"Takdelah , abang saja nak borak dengan sayang , esokkan nak masuk pejabat dah"

"Alah bang , macam tak jumpa je kat pejabat", seloroh Haura Syazwina . Api ditutup . Lauk ayam masak merah di cedok masuk ke dalam periuk manakala sayur bayam di letak di dalam mangkuk .

"Sedapnya bau", Haura Syazwina tersenyum bangga .

"Maaflah bang , masak ringkas je sebab barang dapur dah habis", ujar Haura Syazwina sambil mencedok nasi untuk suaminya .

"Apa yang ringkasnya ? Kita dua je yang makan , lainlah kalau ada anak - anak", usik Firasy Adrian . Muka Haura Syazwina sudah membahang .

"Takde rezeki lagi", ucap Haura Syazwina perlahan . Mukanya berubah suram . Sudah 4 tahun kahwin tapi tidak dikurniakan cahaya mata lagi .

"Takpe , kita usaha keras lagi nanti , takmo sedih - sedih", Firasy Adrian mengenyit mata . Haura Syazwina menjegilkan mata . Firasy Adrian tergelak .

"Tadi kata barang dapur dah habiskan ? lepas ni bersiap kita keluar pergi beli barang"

Haura Syazwina mengganggukkan kepala .

"Bang , sayang teringin nak tanya satu soalan ni", kata Haura Syazwina .

Firasy Adrian mengangkat kepalanya dari memandang nasi . Sedap sangat air tangan isteri sampai tak terangkat kepala !

"Ha apa dia tu ?"

"Bang kenal ke siapa saya ?"

Firasy Adrian tergelak besar .

"Uhuk - uhuk"

"Ha siapa suruh gelak , sayang tanya je kan", ngomel kalahkan makcik tapi tetap dihulurkan air sirap kepada suaminya . Mati tercekik dia juga sedih nanti .

"Takdelah , soalan sayang kelakar sangat , of course lah abang kenal"

"Bang betul - betullah"

"Okay okay , abang gurau je tadi tu , sebenarnya , abang kenal sayang dah lama sejak sayang masuk form 1 lagi . Bila abang lalu sebelah sayang , abang dapat rasakan aura Haura Syazwina cinta hati abang", jelas Firasy Adrian .

"Tapi abang masih tak yakin sangat , but bila abang nampak gambar - gambar kita dulu---", kata - katanya dipotong oleh Haura Syazwina .

"Cop - cop , bila abang tengok gambar - gambar tu ?"

"Abang sebenarnya sempat tengok isi dalam beg sayang waktu sayang kena ragut dulu"

Jelas terpancar riak terkejut pada muka isterinya itu .

"Ab-abang tengok ?"

Firasy Adrian mengangguk kecil sambil tersenyum nipis .

"Tak sangka sayang bawa ke hulur - ke hilir gambar kita berdua", usik Firasy Adrian membuatkan muka Haura Syazwina berubah rona warna .

"Jadi selama ni abang dah tahu la ? Patutlah tak teragak - agak nak masuk minang sayang , tak nyempat - nyempat nak tunggu sayang sambung belajar", ujar Haura Syazwina sambil mencebik .

"Tu cebik - cebik kenapa ? cium kang"

Terus Haura Syazwina mengemamkan bibirnya .

"Tahu takut"

*****

"Barang kering dah sudah , barang basah pula"

"Bang , sayang nak pergi dekat barang basah sekejap , abang tunggu sini boleh ?", tanya Haura Syazwina kepada suaminya yang sedang membawa troli .

Firasy Adrian merenung muka isterinya lalu menggangguk . Suka dia menatap wajah isterinya yang dicintai sejak kecil .

Sedang Haura Syazwina leka memilih sotong , seseorang terlanggarnya lalu barang - barang milik orang itu terjatuh . Segera Haura Syazwina membantu . Semasa hendak memulangkan barang kepada empunya , dia terkejut .

"Am-ammar ?!"

Ammar tersenyum .

"Hi Haura , do you miss me huh ?", soal Ammar sambil tersengih sinis .

Segera Haura Syazwina memulangkan barang lelaki itu dan lari meninggalkannya . Sotong tu lantaklah ! Yang penting dapat lari dari mamat psycho tu !

Ammar perhati dari jauh .

"You gonna be mine , dear"

Melihat kebahagiaan mereka membuat hatinya bertambah sakit . Lalu dia pergi meninggalkan tempat itu dengan seribu satu rancangan di kepala .

"Aku akan rampas kebahagiaan korang"

*****

Haluuuuuu~

Miss me huh ? or rindu Adrian ? Hmmmm .

Jeng jeng jeng , watak antagonis sudah mareii 😝 Nak taknak korang kena terima 😂 Okay , just wait for the next chap . btw , korang memang silent readers ke cane ? Sedih author tengok vote dengan ciput je 😿

Don't forget to vote and comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now