Bab 20

7.6K 335 3
                                    

Firasy Adrian tersenyum melihat isterinya yang sedang makan itu . Dia mengerling jam yang tersangkut di dinding .

3 pagi .

Kelakar pula bila teringatkan betapa kelam kabutnya dia bila isterinya menangis teresak - esak ketika dia sedang tidur . Bila disoal , rupanya mahu nasi ayam . Buntu dia mahu mencari di mana nasi ayam , dia menelefon ibunya . Memang rezeki Haura Syazwina sebab ibunya ada buat nasi ayam semalam . Dan terpaksalah dia dengan mengantuknya , memandu pergi ke rumah ibunya .

"Abang !", Haura Syazwina menghentak meja apabila suaminya nampak seperti termenung .

Terangkat bahu Firasy Adrian apabila disergah begitu . Dia memandang isterinya yang terkebil - kebil memandangnya .

"Ye yang ?"

"Abang termenung apa ?"

Firasy Adrian tersenyum kecil lalu menggeleng .

"Takde apa , cuma teringat betapa kelam kabutnya tadi nak cari nasi ayam pagi - pagi buta ni", Firasy Adrian tergelak kecil lalu mencuit pipi isterinya yang penuh dengan nasi.

Haura Syazwina menepis tangan suaminya . Dia menjeling suaminya .

"Oh , jadi sayang ni menyusahkan abang lah ?"

Ha sudah , Firasy Adrian sudah menggaru kepala bila isterinya sudah merajuk .

"Eh ! Bukan macam tula , siapa cakap sayang menyusahkan abang ? Abang lagi suka tau layan kerenah sayang yang macam baby ni , baby besar yang buat abang geram", jawab Firasy Adrian sambil mengenyit mata .

Haura Syazwina sudah menjegilkan mata . Gatal betullah suami aku ni !

"Suami siapalah gatal sangat ni ?", gurau Haura Syazwina . Dia menyambung menyuap nasi .

"Sayang nak sikit", minta Firasy Adrian . Dia sudah membuka mulutnya untuk 'sumbat' nasi ke dalam mulutnya . Matanya ditutupkan .

Muncul idea nakal dalam benak fikiran Haura Syazwina .

Perlahan - lahan dia mendekati wajah suaminya lalu menggigit bibir suaminya .

"Aduh!", jerit Firasy Adrian .

Haura Syazwina sudah tergelak berdekah - dekah . Kelakar betul muka suaminya !

"Sayaanngggg!", Firasy Adrian sudah merenung tajam . Gulp ! Haura Syazwina menelan air liur . Kenapa seram sangat muka suami dia ?

"Err..Ha meh sayang suapkan nasi", Haura Syazwina sudah tersengih . Dia menghulur tangan untuk menyuap .

Firasy Adrian menggeleng . Merajuk !

"Alah abang bucuk titew nih , janganlah majuk", pujuk Haura Syazwina . Firasy Adrian simpan senyum . Dia takdelah merajuk sangat tapi pedih wo dia gigit .

"Meh sayang ubatkan luka kat bibir tu, dekat sikit muka tu"

Firasy Adrian mendekatkan wajahnya. Laju sahaja Haura Syazwina mencium di bahagian luka itu . Tak sampai sesaat , dia sudah menarik mukanya . Malu wey !

"Alah nak lagi", pinta Firasy Adrian . Bibirnya dimuncungkan .

"Takde - takde . Sekarang ni , abang habiskan nasi sayang ni , sayang nak naik dulu, ngantuk", laju je mak boyot tu naik ke bilik .

Tergeleng - geleng Firasy Adrian melihat perangai isterinya sejak mengandung ni . Dia tersenyum memikirkan sebulan sahaja lagi dia akan menjadi seorang bapa .

*****

"Hensemnya suami kita ni!", tergedik - gedik kaki Haura Syazwina yang sedang duduk di atas kerusi . Nasi goreng segera diceduknya ke dalam pinggan untuk suaminya .

"Well , i know that", ujar Firasy Adrian sambil menepuk dada . Haura Syazwina mencebik . Perasan betul . Suami siapa la ni ? eh suami kita rupanya !

"Abangg", panggil Haura Syazwina meleret . Firasy Adrian menggumam perlahan .

"Nak ikut", Haura Syazwina tersenyum manja kepada suaminya . Yelah , sejak mengandung ni , suaminya suruh dia berhenti kerja dan berehat aje di rumah .

Firasy Adrian tersenyum . Nak kata tak boleh , merajuk karang . So pilihan jawapan yang ada hanyalah 'ya' .

"Baiklah sayangku . Nak ikut , cepat siap", ujar Firasy Adrian .

"Yeay , thank you abang hensem , tegap , maskulin , kacak , putih , comel", balas Haura Syazwina . Tersedak Firasy Adrian mendengar pujian dari si isteri . Segera Haura Syazwina menghulurkan air .

"Err-Sayang bersiap dulu", selepas itu, laju kaki Haura Syazwina melangkah naik . Tergelak Firasy Adrian .

Selesai mengemas meja makan , Firasy Adrian menunggu isterinya bersiap . Sementara menunggu , dia keluar ke taman bunga untuk menghirup udara segar . Dia melilau sekeliling dan matanya terberhenti pada satu susuk tubuh yang sedang mengintai dari dalam kereta .

Sedar diri diperhatikan , lelaki itu terus sahaja memecut laju kereta capuknya . Firasy Adrian sempat menghafal nombor plat kereta itu .

"Abang?"

Firasy Adrian memusingkan badannya . Terpana dia melihat penampilan isterinya . Walaupun pakaiannya hanya biasa tapi sungguh cantik .

Haura Syazwina pelik melihat perangai suaminya . Dia menilik badannya . Apa yang lawa ?

Setakat pakai cardigan dengan dress labuh .

Haura Syazwina memetik jari di hadapan suaminya .

"Hello ? Abang ! Kenapa suka termenung sejak kebelakangan ni ?", gumam Haura Syazwina .

Tersentak Firasy Adrian .

"Eh jom", ajak Firasy Adrian . Tangan isterinya ditarik .

"Sayang , nanti abang ada meeting dengan klien . Sayang kalau nak jalan - jalan , ajak Airis . Jangan pergi sorang - sorang , faham ?"

"Ai ai kapten", Haura Syazwina tergelak . Risau sangat cik abang saya ni !

Firasy Adrian memicit pipi gebu isterinya . Sejak mengandung ni , pipi makin tembam ! Selepas itu , dia memegang tangan isterinya .

"Sayang nak tidur jap , mengantuk", tak lama , Haura Syazwina terlelap . Firasy Adrian mengerling ke arah isterinya . Tersenyum melihat muka nyenyak isterinya . Makin lama senyumannya pudar . Pegangan pada tangan isterinya makin kuat digenggam .

I love you , Haura . Nanti abang takde , jaga diri dan anak kita baik - baik .

*****

Don't forget to vote and comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now